Wednesday, December 28, 2005

Catatan Sedar YALIN

26 Disember 2005 bersamaan 24 Zulkaedah 1426

SETAHUN, genap setahun tragedi Tsunami melanda. Bencana alam yang meruntun jiwa. Kebenaran yang menyayat hati. Kematian yang terpaksa ditempuhi, kehilangan yang mesti diterima walau hati menolak hebat. Kesedihan yang dihadiahkan lantaran pemergian insan-insan tersayang. Bencana peringatan dari ALLAH agar manusia sedar tiada kuasa yang lebih HEBAT DARINYA. Tiada kuasa yang dapat menandingi-Nya. Ombak ganas yang menelan manusia, meranap harta benda sekaligus menitipkan peringatan. Takziah buat semua mangsa Tsunami. Moga segala yang berlaku menjadikan iman kita lebih mantap lagi. Ameen

Ya ALLAH aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai agamaku dan dengan muhammad sebagai nabi dan rasulku.Hindarkanku Ya Allah dari segala kemaksiatan sama ada yang aku ketahui ataupun tidak. SesungguhNya kau Tuhan yang Maha AGUNG.

Hari ini juga hari bersejarah buat adik saya. Adik Abu Umar. Genap setahun usia pertunangannya dengan gadis bertuah yang berjaya menarik perhatiannya. Maka saya titipkan ucapan Tahniah via SMS kerana dia berada jauh dari Malaysia. Dia sedikit terkejut kerana saya mengingati tarikh pertunangannya. Well adik, kak udakan kakak yang baik. Mestilah kak uda ingat hari bersejarah buat adik. Moga adik saya ini berjaya dalam imtihannya dan kembali menabur jasa di tanah airnya. Ustaz Umar moga kegemilangan islam itu bisa kau bawa sekembalianmu ke Malaysia. Kak uda mengharapkan segala yang terbaik buat adik. Cayok adik Umar!

Catatatn insanYalin
Brutal in iman.

Monday, December 26, 2005

Lagi lagi CINTA!

Ada apa dengan cinta? ENTAH saya pun tak tau!
Cinta itu pelikkan! Pertemuan perpisahan yang direncanakan membuat kita sering berfikir sendirian. Seringkali kita dipacu asyik. Mengingati, mengingati dan terus mengingati. Alangkah indah jika cinta kita pada ALLAH seperti itu jua. Sentiasa asyik dan mekar. Benar kata orang kalau takut kecewa jangan bercinta, kalau tak inginkan perpisahan jangan dimulakan dengan pertemuan. Tapi pertemuan itu indah, jalinan itu indah, segalanya nampak indah sebelum perpisahan menyapa dan merobek segalanya. Cinta luas maknanya dalam pengertiannya. Maka jangan disempitkan skop percintaan itu.

KISAH…
ADAM dan HAWA lambang dua jiwa menjadi satu
Sunyi ADAM tanpa HAWA itu sudah pasti
Namun cinta itu biar MEKAR DALAM PERATURAN
Walau seringkali diri tewas mengungkap KASIH dan SAYANG
Kembalilah mendaulatkan AD-DIN
Baru cinta MEKAR dan HARUM MEWANGI
Dalam REDHA dan keberkatan-Nya

Moga nanti cintaku MEKAR dalam REDHA-NYA. Ameen.

P/s: Semua orang ada tanggapan masing-masing tentang cinta. Tak gitu. Tau tak per!!

Friday, December 23, 2005

BicarA YAlin

22/12/2005 bersamaan 20 Zulkaedah 1426

1.Pergi buat lessen memandu yang hilang. Huhuhu sebelum pergi ayah dah tanya ttg gambar tapi anaknya ini tak ambil peduli last-last dapat jelingan maut dari ayah masa orang JPJ minta gambar. Jelingan maut dibalas dengan senyuman manis bergula sebab sedar salah sendiri. Kekeke . Syukran ayah sebab tak marah. Satu kerja pergi tangkap gambar sebelum buat lessen yang hanya mengambil masa tak sampai 5 minit!

2.Dapat panggilan dari anak murid. Cikgu, Kak Yong dapat 8A! Memang dah agak dah, budak ini memang pandai plus rajin. Huhuhu happy sungguh dia. Tak lama lepas itu. Terima lagi mesej: Cikgu, Adibah dapat 8 A! Huh! Lagi sorang. Alhamdulillah tahniah saya titipkan. Petang sikit dapat mesej lagi: Cikgu Cda dapat 6B 2D. Hehe taklah cikgu saya dapat 6A 2B. Semua ini berkat segala dorongan dan semangat yang cikgu bagi. Thanks a lot. Tersenyum saya membacanya. Dia yang berusaha, saya cuma mengajar . Segalanya terpulang pada dirinya sama ada ingin mengibar kejayaan atau tersungkur kekalahan. Huhuhu korang semua buat cikgu happy! Tahniah!! (Lagi dua orang murid soh jer, dua-dua lelaki huhuhu entah apa depa dapat).

3.Baru saya tahu apa yang saya tak tahu. Hehe gelagat adik kesayangan saya buat saya tergelak. Alahai sorry adik pasni akak tak buat lagi huhuhu. Persoalan demi persoalan darinya membuatkan saya hairan. Rupa-rupanya kihkihkih hanya saya dan brad yang tahu! Brad nanti kalau jadilah hamba Allah itu nak kap alif dot dot dot, kita makan nasi minyak orang itu sama-sama ya Brad. Huhuhu.

4.Dapat mesej dari adik Qal: Salam aqak Yalin.Penat saya mencari BS hari ini. Berbaloi juga saya beli Bs sebab panjang juga karya akak. Tapi kenapa karya akak selalu berakhir dengan kematian ek?.Huhuhu lagi sorang! Jawab saya: Hidup ini tak selamanya indah Qal. Terus dia tak balas mesej saya. Huhuhu. Adik itu sibuk barangkali atau mungkin kreditnya habis! Pandai jer saya. Hahaha. Lagi satu saya terima komen dari seseorang, katanya dari cerpen-cerpen awak saya tahu awak ini romantik orangnya. Hehehe ya ke saya ini romantik? Kalau romantik in iman sedap juga mendengarnya! Huhuhu . Kena tanya sifu ini!! Sifu, betul ke ana ini romantik? Huhuhu entah-entah plastik!

5.Nak tahu tak! My mother tak berapa suka saya menulis. Dia suka anak dia ada kerja tetap like other people. Ayah pula tak berapa suka saya buat home tuisyen ini.Dia kata merepek jer buat benda-benda lagu itu. Huhuhu . Tapi ayah best sebab dia tak pernah marah apatah lagi saya menulis. Apa-apa pun kata mereka. Saya tetap sayang mereka sebab merekalah segalanya bagi saya. Masing-masing ada pendapat mereka sendiri ya tak?

p/s: Huh tak caya, 2005 bakal berlalu 2006 menyusul. Umur bakal bertambah. Amalan masih lemah berbaur kurang. Suku abad bisa menyapa. Ya Allah entah apa yang aku buat sepanjang hidup ini demi ad-din? Erm.. salam.

Catatan sedar insanYalin@ putri katak Nay
Eh! Bila masa kau jadi puteri hah? Hehehe . Bila-bila masa jelah!

Tuesday, December 20, 2005

Ada Orang Tanya Saya

Ada Orang Tanya Saya

Ada orang tanya saya via sms. Kenapa cerpen cinta yang saya hasilkan selalunya berakhir dengan kesedihan. Mesti ada watak yang dimatikan. Untuk cerpen Athia saya terima persoalan dari adik Amal. Kenapa wujudnya watak Atirah yang seiras Athia? Kenapa akhirnya Haiqal mati? Adakah itu hanya harapan palsu?
Saya tersenyum pantas membalas: Bukankah cinta mereka cinta yang abadi. Bukan harapan palsu tapi dibawa kemati. Adik Amal juga menegur kesilapan saya dalam cerpen itu. Katanya Kak Lin bukanke kita ambil PMR umur 15 tahun bukan 16 tahun? Hehe betullah itu adik Amal. Sis yang silap! Uhuk!!
Terima juga sms dari seorang sahabat. Baru baca sikit tapi dah komen Best!! Huhuhu. Syukran.

P/s-Saya suka bila ada insan memberi respon tentang cerpen saya. Saya rasa dihargai.salam buat semua.


Monday, December 19, 2005

Madah WANITA solehah

Madah untuk Wanita Solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu melingkari diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
Bukan pada kecantikan wajah,
Kemanisan wanita solehah ,
Bukan dilihat pada tahap manjanya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Bukan atas kebijaksanaannya menutur kata,
Memujuk rayu ,

Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya menjulang ad-din

Nafsu
wanita cantik berlandas rupa paras
Akal
cantik wanita atas kekebalan ilmunya
Hati
Kecantikan wanita hanya pada akhlaknya dan agamanya

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar bersih dan sentiasa mendapat Rahmat tuhan

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerana ada lagi manusia yang lebih hebat ilmunya darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Bahana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah atas setiap kurniaNya,
Salam buat wanita solehah.

Yalina insan 02.
P/s-sajak lama yang diberi nafas semput hehehe

cERITa yALIn

17/18 Disember bersamaan 15/16 Zulkaedah 1426

Malam itu menyaksikan detik Cik Nany selamat dinikahkan dengan En. Ahmad Fahmi dengan dua kali lafaz nikah. (Dua kali bukan sebab pengantin lelaki gugup tapi saksi buat salah kah kah kah) Keajaiban telah berlaku apabila dengan secara automatiknya Cik di pangkal nama Nany berganti Puan. Tak sangka sahabat saya dah jadi isteri orang.Tahniah buat Nany yang melangsungkan majlis pernikahannya di Masjid Batu Gajah dan itulah buat pertama kalinya saya menjejak kaki ke Masjid Batu Gajah semata-mata untuk melihat sahabat saya dinikahkan. (Selalunya kalau pergi sebab ada majlis agama). Alhamdulillah Cik di pangkal nama saya masih selamat! Walau rata-rata sahabat saya dah hilang Cik-nya lantaran jemu hidup bersendirian barangkali.

Oh ya tak lupa juga buat Hasnida, schoolmate saya yang juga bernikah pada malam itu. teringat kenangan bersamanya. Nida! ingat lagi tak masa kita form 5. Ada pertandingan menyanyi kat sekolah kita. Kita berdua dengan macho dan brutalnya mendaftar diri dengan mempertaruhkan lagu JUWITA. Dahlah tak practic. Tinggal lagi beberapa jam saat pertandingan, baru kita sibuk-sibuk mantapkan vokal. Tapi tak sangka ya dapat SAGUHATI. Kih kih kih kelakar rasanya.

Besoknya bunyi kompang membingitkan telinga (Jahat betul kih kih kih) mengalu-alukan kedatangan mempelai. Nany kelihatan anggun bergaya menanti ketibaan Fahmi. Tahniah Nany moga berbahagia hingga akhir hayat. Buat Hasnida minta maaf sebab tak dapat hadir ke majlis kahwinmu. Banyak jumpa anak murid di Majlis perkahwinan Nany.

19 Disember bersamaan dengan 17 Zulkaedah 1426

Yahoo! Pergi berkelah dengan famili tercinta dan sedara mara. Konvoi empat buah kereta semuanya. Pak Cik Peli sekeluarga satu kereta, Kak Diana sekeluarga satu kereta. Ayah satu kereta dengan mak, kak long, kak ngah dan anaknya Haziq yang cute (Abang ipar kerja), Saya bawa adik Zubir, Syazwana, Syazwan dan Safuan yakni sepupu-sepupu kecil saya.

Kami berkelah di Lubuk Timah. Best gak, main-main air. Nak mandi segan tahap dewa. Maka kuredah arus sungai dengan stokin hitam. Bila main air di kolam air panas pula. Masing-masing celup kaki.Kak Ngah siap mandikan Haziq.Adikku Zubir dan sepupu-sepupu kami yang lain siap berendam lagi Kak Long dan Kak Ngah bising katanya stokin hitamku kotor. Pandai jer dia orang! Kih Kih Kih yang pasti mereka mandi air stokin yang aku pakai. Jahatnya mak cik lina nih!!! Kih kih kih

Sedih kali pertama apabila melihat surau berkunci. Tapi bila melihat kami terkial-kial kat situ akhirnya pak cik itu buka kunci surau dan panggil kami (saya dengan Syazwana). Sedih kali kedua melihat surau yang penuh dengan najis mutawasitah. Bertabur tahi cicak yang banyak. Alahai awat tempat suci itu tak terjaga!!!!

Saya- Pak Cik terima kasih ya!
Pak cik itu- Sama-sama. Surau itu kunci sebab takut orang buat benda lain kat situ. (cerita pak cik tersebut tanpa diminta)
Saya dan Syazwana- Patutlah.Ada orang buat kerja lain ke? kerja apa itu?

Wednesday, December 14, 2005

Dia yang kukenal...

JIWA MUJAHID. Nama itu adalah insan pertama yang sedar akan kehadiranku dalam arena penulisan. Menggunakan nama mujahid tapi sebenarnya dia Mujahidah. Menghulur salam perkenalan buatku insan yang baru bertatih mengenal kuasa pena. Benar kehadirannya meniup semangatku untuk berkarya. Ya! Dia peminat pertamaku yang telah aku letakkan dekat dalam hati ini. Dia adik angkatku selain dari Abu Umar. Itu yang sering aku titipkan padanya jika dia bertanyakan tentang hal adik angkatku.Dia baik. Sangat baik. Selalu mengirim warkah buatku , malah dia tak pernah lupa akan tarikh lahirku. Pernah aku tersentak apabila menerima kiriman hadiah darinya semperna hari lahirku. Tidak kusangka dia ingat hari bersejarah dalam hidupku.Malah dia juga tidak lupa mengirim kad hari raya untukku setiap kali lebaran. Dia banyak membantuku dalam setiap perkara termasuk soal hati dan perasaan.

Tapi kini dia dilanda kesedihan. Sedikitpun tak mahu dikongsikan denganku. Limaza adik? Apa salahku. Mungkin seketika kakakmu ini terleka mengabaikanmu tapi jangan kau menghukum dia dengan kesalahan yang tidak disengajakan itu. Adik, benar hanya adik dan adik umar sahaja adik angkatku. Tiada yang lain. Yang lain hanya sahabat. Yang lain hanya kenalan . Sebaya kupanggil nama, setahun jagung ku gelar adik. Tapi adik lain, adik sahabat dan juga adikku. Kau harus tahu dan perlu tahu bahawa kakakmu ini sentiasa dan akan sentiasa mengasihanimu.

Lama kita bersahabat walau tanpa empat mata, percayalah adik dalam hati ini tersimpan niat untuk bertemu denganmu. InsyaAllah panjang umur, diizinkanNya kita akan bersua. Minta maaf adik andai ada tingkah yang merobek hatimu. Percayalah bukan niatku. Ingat kepercayaan perlu ada dalam pengukuhan sebuah jalinan persahabatan. Ketahuilah adik bertapa sedihnya akak bila mengetahui kesulitanmu dari insan lain. Dari kejauhan akak doakan agar ketabahan menyinari adik! Semoga awan gelap tak lama menyaluti langitmu. Ingat adik kadang kala selepas turunnya ribut petir yang meresahkan jiwa ada pelangi yang dihadiahkan-Nya kepada kita. Moga ada keajaiban yang berlaku Ameen.

BUAT ADIK UMAR. Adikku ini bakal menghadapi imtihan tak lama lagi. Sekalung doa juga buatnya agar dipermudahkan untuknya menjawab soalan peperiksaan. Cayok adik!! Adik pasti boleh!! Moga adikku ini juga berjaya. Ameen.Kak uda sentiasa doakan buat adik.

P/s: Saya ada dua orang adik kandung. Muhammad Hisham bin Yaacob dan Muhamad Zubir bin Yaacob. Muhammad Haziq adalah anak sedara saya yang paling comel!!

Tuesday, December 13, 2005

Sentuhan rasa

Sebuah Pertemuan

3/12/2005
Alhamdulillah bersua juga akhirnya saya dengan sahabat maya saya Yamie. Cantik orangnya. Sopan dengan kerudung labuh yang dipakai. Gembira tatkala melihat kunjungan kali kedua adik Cda bersama Cik Yamie ke teratak buruk keluarga saya. Kami kemudiannya menghadiri satu majlis kenduri kahwin salah seorang sahabat di Raudhah.com. Tahniah diucapkan buat pengantin baru tersebut, moga bahagia hingga ke anak cucu plus akhir hayat. Ameen.
Petangnya adik Cda yang baik hati telah membawa kami ke Teluk Batik. Ombak yang membelah pantai itu seolah mencurah ilham pada diri untuk berkarya. Namun apakan daya masa mencemburui dan tatkala itu pena dan kertas lekang dari jemari. Kami kemudian berjalan menyusuri pantai yang damai namun akhirnya terpaksa akur akan perpisahan lantaran masa yang pantas bergerak seolah berlari. Menunaikan solat Asar di rumah Cda akhirnya pertemuan berakhir di pekarangan teratak insanYalin. InsyaAllah moga adalah pertemuan yang seterusnya. Ameen.

4/12/2005
Berangkat ke Langkawi. Bertugas sebagai organizer untuk LIMA 05. Jual tiket ma! Key in maklumat trade visitor dan juga buat pas masuk untuk mereka.Pengalaman yang 50 peratus best dan 50 peratus tak best. Seminggu duduk sana. Pengalaman yang paling best sekali ialah ketika duduk bersila di gigi air, berlantaikan pasir berteduhkan awan yang biru sambil dihiburkan dengan nyanyian ombak yang merdu. Terasa kebesaran Illahi, terungkap kehebatan pencipta. Menghayati keindahan buana seolah menyingkap satu persatu tirai hamba dalam diri. Sungguh! Kita insan yang tiada apa-apa. Bertapa kerdilnya umpama sebutir debu namun ad-din yang mengangkat dan menghadiahkan kilauan cahaya dengan rahmat dan kasih sayang dari-Nya. Menyusuri tepi pantai dengan berstokin menimbulkan pertanyaan dari seorang adik yang juga pertugas LIMA 05 dari Kuala Lumpur.Sedikit penjelasan kutitipkan buatnya.

Bertemu petugas LIMA 05 yang juga datang dari Kuala Lumpur (selain dari adik tadi). Berkepul-kepul asap yang keluar dari mulut mereka. Sama sahaja sukatannya baik yang keluar dari celahan bibir Adam atau dari dua celahan bibir merah milik Hawa.Terasa pelik melihatnya tapi itulah kenyataan yang disaksikan oleh indera ini.Kesayuan menggigit tangkai hati. Melihat pakaian mereka sahaja teringat pasal isu bungkus membungkus yang sering dibangkitkan oleh BRADERMACHO. Brad ana mula sedar kenapa isu itu tak pernah habis!
LIMA 05 berlalu dengan penuh peringatan. Banyak manusia yang kutemui memberi pengajaran dan pelajaran dalam diri. Ya, hidup ini tanpa iman bak sampan yang tiada kemudi. Hidup ini tanpa ad-din, kosong, rapuh, resah, gelisah. Masing-masing perasan hebat! Sedangkan mereka lupa ada satu kuasa yang lagi MAHA HEBATNYA, lagi BESAR KEUNGGULANNYA. Salam keinsafan.

KAWAN baru saya
LINDA organizer yang comel(orang perak tercinta), KAK ZAN jurufoto(orang Batu Pahat), Bro AMIR yang hensem tapi dah berpunya kih kih kih, AH KUAN, Si kembar SIU MEI dan SUI SHI, Pak Cik DIN, Pak Cik Hamid,Pak Cik Khalid (kiranya semua pertugas LIMA 05 dari Perak) serta semua makcik-makcik dan kakak-kakak cleaner adalah kawan baru saya. Setiap kali saya berbual dengan mereka (kakak2 dan makcik2 cleaner) mereka akan mengucapkan terima kasih buat saya. Muka mereka juga sentiasa mempamer senyuman dan telah saya katakan orang melayu memang berbudi bahasa walau tidak semua.

Catatan sedar insanYalin
P/s: Kain Batik, coklat yang beraneka rupa, kain pelekat, kesedaran + pelajaran ku bawa pulang dari Langkawi. Selamat tinggal Langkawi bisikku tatkala feri berlabuh lalu kami menyusur meningggalkan jeti yang semakin lama semakin mengecil dari pandangan. Salam.

Monday, December 12, 2005

Thursday, December 01, 2005

Tak caya!! Percayalah..

29 haribulan 2005
27 Syawal 1426 Hijrah
Dari pukul lapan sampai lima petang baru kelas saya habis. Letih sangat. Dari Kampung Bendera saya ke Taman Saujana kemudian balik rumah sekejap dalam 20 minit buat apa-apa yang patut than saya bergegas ke Belengkor. Tepat pukul lima saya rasa lega sangat. Sebabnya kelas dah habis!! Yahoo!!. Tapi kena pergi ke Batu Gajah pula nak ambil duit di Maybank. Bukan duit saya tapi duit untuk mak saya dari ayah. Tapi yang bestnya ayah kirim duit untuk saya rentetan dari beg duit saya hilang. Entah kenapa lepas ambil duit saya bergegas ke kedai menjual majalah yang berderet di Pekan Batu Gajah itu.

Mata saya melilau mencari majalah yang mula mendapat tempat di hati saya apalagi DAFlah selain BS. Jumpa ajer terus saya gapai dan bayar harganya. Sambil berjalan tangan saya membuka helaian majalah itu. Saya buka ruangan cerpen. Maklumlah dah berapa kali saya hampa bila apa yang saya cari tak jumpa. Tapi semalam mata saya hampir terbeliak. Mulut saya tak putus memuntah senyum. Akhirnya nama insanYalin tercatat juga dalam ruangan cerpen di DAF!!! Alhamdulillah. Di sepanjang perjalanan untuk mendapatkan kereta kancil yang saya parking berhampiran dengan bank, saya asyik senyum meleret. Happy sangat. Bawa kereta pun dengan rasa yang erm..tak tahulah bagaimana nak gambarkan.

Sampai sahaja di garaj kereta di rumah saya. Saya mula menghantar mesej. ‘Sifu! Cerpen ana masuk DAF!! Sayang Sifu!!’ . Pastu ana hantar mesej buat Insanfakir maklumlah cerpen itu ana ada hantar juga untuknya atas urusan kerja. Maaf saudara insanfakir. Tak tahu pula cerpen itu tersiar. Ingat sudah dibakulsampahkan. Nanti ana hantar cerpen baru! Itu janji saya padanya! Hehehe dan dgn tak malunya saya pesan pada saudara insanfakir agar jangan lupa beli DAF kekeke!

Hampir semua teman rapat dan adik-adik saya, saya mesej. Wei!! Cerpen kita/akak/kak uda keluar kat DAF!! Yang paling pantas reply siapa lagi sifu analah, than insanfakir, Yamie, adik Umar, adik Amal, cucu ana and bro Riza (adik mujahid tak ada kredit kut! Hehe) . Alhamdulillah Sesalan Adam Rintihan Hawa memberi tuah buat diri saya. Sifu, walaupun sifu kata itu hasil usaha ana tapi yang pasti sifulah pendorong ana dengan takdir dan izin dari yang MAHA BERKUASA. Syukran sifu!! Tak lupa juga buat Tuan Ahmad Baei Jaafar iaitu editor Majalah DAF atas sentuhan akhirnya membuatkan Sesalan Adam Rintihan Hawa oleh insanYalin menjadi karya yang hidup. Juga buat sifu yang mencantikkan + memperhalusi bahasa ana dalam cerpen Misteri Cinta oleh Yalin dalam BS86 !! Sentuhan akhir sifu memang mantap!! Teringat akan cerpen Nurkasih bukan itu ajer kiranya semua cerpen ana kat Bs dapat sentuhan akhir dari sifu!! Hehe syukran! Moga Allah membalas jasamu.

Dialog ceria
Saya: Ayah cerpen anak ayah keluar dalam DAF!!
Ayah: Baguslah nanti boleh jadi sasterawan negara
Saya: Kekeke yelah itu ayah. Doakanlah buat anakmu ini.