Saturday, March 17, 2018

Anda Nak Kurus Dan Sihat?



ANDA NAK KURUS DAN SIHAT???
Tak perlu makan pil kurus yang boleh memberi kesan sampingan dalam masa jangka panjang. Anda hanya perlu bertukar dari tea yang manis kepada tea yang lebih sihat tanpa gula iaitu Vergold Organic Green Tea yang hanya yang hanya RM 27.20.

Kemudian mengamalkan Chia Seed
 Semestinya perlu cuba Chia Seed ni. Dimana kelebihannya adalah seperti berikut. Hanya RM 41.50

KHASIAT CHIA SEED
1. Sumber tenaga yg baik
2. Mengawal selera makan
3. Mengatasi sembelit
4. Baik utk gigi dan tulang
5. Memperbaiki Perkembangan Sel
6. Meningkatkan Metabolisme Badan
7. Mengurangkan Keradangan Kulit
8. Meningkatkan Daya Ingatan
9. Mengawal Berat Badan
10. Meningkatkan Tahap Kesihatan Jantung
11. Baik utk Sistem Dalaman
12. Melawan Diabetes
13. Selamat diambil oleh Ibu Mengandung

Kemudian anda perlukan makanan yang banyak serat yang dapat memastikan anda epat kenyang iaitu granula mix seed and cranberry hanya RM41.50

tak perlu bayar lebih untuk kesihatan anda. Jadikan ia sebagai amalan..insyaAllah Allah permudahkan
untuk dapatkan bekalan bagi ketiga-tiga barang dia atas boleh wasup saya
019 5101334

Wednesday, March 07, 2018

Apa yang Istimewa bulan ni


Berita baik untuk semua orang!!
Bermula 15 Mac ini ada promosi yang HEBAT!!
Dengan setiap pembelian Produk Kesihatan sebanyak lima unit..
atau dengan pembelian set bersalin yang berharga RM 365

Anda hanya perlu tambah RM 65 untuk mendapatkan pembuat sarapan 3 dalam 1 Savorlife. Cuba anda cari harga pembuat sarapan ini di lazada..

Saya pun ingin memilikinya
Disebabkan saya ada 4 orang anak
maka saya beli 3 unit vitamin C untuk anak anak saya, BIO C untuk saya dan Salmon Omega Complex untuk suami. Siapa berminat boleh pm saya 019 5101334. Saya boleh jadi perunding anda.


Tropical Herbs Post Natal Care (10pc/pack)

*SET LEPAS BERSALIN*

TROPICAL HERBS adalah sistem komprehensif utk penjagaan dan pemulihan yg lengkap utk ibu ibu yg baru Melahirkan anak

*SET LEPAS BERSALIN*
*Tropical Herbs*
*menyenangkan*
Disukat terlebih dahulu dan di pek dlm bentuk uncang yg mudah dgn penyediaan yg ringkas

*Keberkesanan* terbukti
Herba herba yg digunakan adalah diuji sejak turun temurun & terbukti secara saintific menguatkan tenaga tubuh juga mempercepaykan process penyembuhan

*Herba berkualiti*
Menggunakan ekdtrak herba yg distandardkan & herba berkualiti spt manjakani, kunyit, tahi angin dan halia.

*Ramuan semulajadi*
Tiada bahan kimia, pengawet atau haruman tiruan yg digunakan.

*Pengilang herba bertauliah*
Dikeluarkan oleh syarikat yg bertauliah yg mempunyai sijil GMP

*Kapsul sayuran*
Sesuai utk semua bangsa dan agama

*Arahan dan carta* penggunaan disertakan
Panduan langkah demi langkah diberikan

*PERCUMA*
Bengkung lepas bersalin Tropical Herbs
★ dgn set lepas bersalin Tropical Herbs digunakan dgn campuran peramping perut Tropical Herbs. Ia akan.membantu dlm
● memenjalkan otot perut
● Menegang dan memenjalkan kulit yg regang

­čŹÇPacking
*Herba pembersih wanita*
20 uncang x10g
Membersij bahagian vagina

*campuran penghangat badan*
15 paket x 15g
Membantu menghangatkan badan

*Herba Mandian*
20 uncang x 10g
Membersih dan menyah bau tubuh

*Campuran penenang*
15 paket x 3 g
Membantu menyejukkan dahi

*Teh Herba*
10 uncang x 2g
Teh herba untuk wanita

*Campuran peramping perut*
20 paket x 15g
Membantu menegangkan bahagian perut

*minyak bayi*
60ml
Menenangkan dan menyamankan bayi

*lepas bersalin 1*
60 kapsul x 300mg
Lepas bersalin 2
80 kapsul x 300mg

Membantu memulihkan tenaga dan membina semula kekuatan selepas bersalin.

­čŹâTropical Herbs ~ set berpantang
Harga jual RM365.70
Harga ABO RM292.55


Friday, February 16, 2018

Bahagia itu adalah menghargai apa yang kita ada!




Alhamdulillah syukur pada Allah
Apabila kita memudahkan urusan orang lain ada sahaja doa yang baik dari orang tersebut untuk kita.
Bahagia terasa di hati. Dan yang paling penting bahagia itu kita yang cipta.

Alhamdulillah berjaya menyediakan khidmat yang terbaik dengan izin Allah. Rasa seronok dapat menyediakan iron philips amway pada pelanggan pada bulan satu ni, cuma tinggal lagi sorang sahaja lagi yang belum menerima iron. Sebenarnya risau, bila upline kata iron philips akan habis stok dan lagi satu bimbang sangat iron board yang akan sampai lambat. Maka order awal insyaAllah sampai awal. Terima kasih tak terhingga atas kepercayaan anda. Kepuasan anda kebanggaan kami.

Saya baru sahaja terjebak dengan amway ni atas alasan membeli penapis airnya iaitu eSpring. Alhamdulillah eSpring telah dipasang ke rumah untuk mendapatkan air bersih dengan izin Allah. Dan yang paling best kutu eSpring saya pun bakal habis bulan depan. Yahoo!!! Dan saya telah berikan bekalan air bersih saya kepada anak-anak saya. Tq En MK Riza yang tolong memasangkan penapis air tersebut. Alhamdulillah sangat best! Rasa bahagia bila dapat menyediakan satu yang terbaik untuk seisi keluarga.

Dulu saya sangat takut, takut membekalkan air yang tidak bersih untuk dijadikan sumber minuman kami sekeluarga. Saya sedar rumah yang saya sewa sekarang jangka hayatnya adalah sangat lama. Paip paip dirumah memang berkarat. Tiang bilik air pun saya dapat lihat dimakan anai-anai. Saya tak dapat bayangkan karat air masuk dalam badan anak saya. Saya cikgu kimia, kami belajar pengaratan di sekolah. Kami ada menjalankan eksperimen pengaratan dan sangat jelas tentang proses pengaratan. Dan detik itu saya memang mencari penapis air dan alhamdulillah Allah menemukan saya dengan eSpring.

Alang-alang sudah terjebak dan dijadikan ahli amway saya grap peluang untuk menjana pendapatan daripada amway. First niat saya untuk orang mudah memiliki produk amway dengan harga mampu milik.
40 ++ orang pertama yang membeli barangan amway dari saya, saya beri dengan harga yang sangat mampu milik. Dekat sangat dengan harga ahli tanpa perlu menjadi ahli. Itu pelaburan langit saya, agar Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya pada saya. Saya mencari redha Allah dan bukannya manusia.

Saya dan suami akan terus berusaha menjadi rezeki yang halal. Dalam hidup saya banyak kebetulan yang Allah berikan yang sebenarnya memberi banyak manfaat kepada saya. Saya sangat bersyukur dengan segala ketentuan Allah pada saya. Jika anda ingin menjana pendapatan bersama saya. InsyaAllah saya boleh bantu anda, memberi pandangan dan boleh jadi juga kita boleh menjadi satu team yang hebat. Menjadi Mama yang power dengan izin Allah



saya  iman yalin, ABO Amway Rizlin "Produk Berkuali Mampu Milik"
saya juga agen  Balm Tasneem "Balm mesra keluarga pengerat kasih"


Wednesday, February 14, 2018

Bila Ummi Iman Berbicara.



Saya mendapat gelaran ummi pada tahun 2010 dengan kelahiran anak pertama saya Sufi Nur Iman, pada saat itu dan detik ini gelaran ummi itu amat membahagiakan hidup saya. Saya memang cintakan anak-anak kecil sejak dari dulu lagi. Pada saya anak-anak ini bagai selimut putih yang suci hatinya tanpa secalit dosa seperti saya. Saya suka meminta hati-hati yang bersih ini mendoakan untuk saya. Agar Allah sentiasa memayungi hidup kita semua.

Saya berusaha menjadi yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya cuba elakkan marah (selalunya bila kita nak marah adalah apabila kita tak cukup rehat dan letih bekerja), saya cuba menyantuni anak-anak saya seperti saya menyantuni pelajar-pelajar saya. Saya ingin hidup bahagia. Saya ingin ketenangan dan keceriaan hadir dalam setiap helaan nafas saya kerana pada saya hidup itu hanya sementara. Apa guna kita tebalkan sangat rasa busuk hati dan prasangka yang bukan-bukan. Baik kita positif dan berusaha meraih pahala.

Ujian memang akan hadir dalam hidup kita. Masalah kewangan, masalah di tempat kerja, masalah demi masalah akan munul. Itu semua benda yang kita memang tak mampu nak kawal. Tapi kita mampu mengawal cara penerimaan kita terhadap masalah yang kita hadapi. Dan jika penerimaan kita betul dengan caranya, insyaAllah semua yang hadir dalam hidup kita adalah bukan masalah tapi warna-warni kehidupan yang menceriakan hidup kita. Saya tak dapat bayangkan hidup ini jika hanya satu arah sahaja. Tentu amat membosankan.Dan tiada motivasi untuk kita hidup.

Sebenarnya dari ayat yang sangat positif, kita tak akan dapat memastikan diri kita hebat melainkan ada orang yang benci dan selalu cari pasal dengan kita.Maka sekiranya ada orang yang selalu memberi masalah pada anda, itu bermakna level anda adalah lebih tinggi dari dia. 

Fokus pada hala tuju hidup anda. Teruskan perjuangan mencari pahala. Dunia ini ladang ke sana. Jika di dunia ini kita tak mahu menjadi kaya, kita tak mahu berusaha sampai berjaya. Bagaimana kita mahu ke akhirat nanti? Tegarkah kita dengan hanya mensedekahkan senyuman dalam sepanjang hidup kita? Tegarkah kita tak mampu mengeluarkan bantuan pada kesusahan orang lain yang sangat menyayat hati kita? Kaya bukan untuk keluarga kita sahaja, jadilah kaya yang mampu membahagiakan hidup kita dan dalam masa yang sama kita mampu membahagiakan orang lain untuk bekalan ke sana nanti.

Saya tengah berusaha untuk menjadi kaya. Saya ingin menyempurnakan rukun Islam saya yang ke 5. Saya ingin bawa semua keluarga saya ke Tanah Suci Mekah. Saya terlalu rindu untuk bertemu dengan Allah. Saya ingin mengadu padaNya, saya ingin merintih padaNya, saya ingin serahkan hidup saya padaNya, saya ingin Dia menjadi segala-galanya dalam hidup saya. Ya Allah pilihlah saya jadi tetamuMu. Pilihlah saya, keluarga saya dan seluruh umat Islam menjadi tetamuMU. Amin..

Wednesday, February 07, 2018

AMWAY RIZLIN 2018

Saya juga agen amway. Terjebak sebenarnya. Saya beli espring penapis air amway. Tak sanggup biar air paip rumah sewa saya yang berkarat itu masuk dalam perut kami anak beranak.  Alhamdulillah dah nak habis bayar dah sebab saya main kutu. Allah itu maha baik kan.Maka alang-alang saya dah jadi ahli, saya rebut peluang berniaga. Saya tak rasa Allah takdirkan sesuatu itu dengan sia-sia. Maka saya memulakan langkah berniaga saya.

AMWAY RIZLIN, PRODUK TERBAIK MAMPU MILIK moto perniagaan saya. Jika anda mahu membeli barangan amway dengan harga berpatutan bolehlah membeli  melalui saya. Nak jadi ahli pun lagi baik. Kita usaha sama-sama untuk meningkatkan pendapatan kita kerana Allah.

Sejak menjadi ahli amway ni, banyak juga produk yang saya cuba
deoderan, sabun madu , lotion Allano.

Alhamdulillah saya memang rasa berbaloi-baloi. Tak reti nak cerita. Anda cubalah sendiri!! Dan saya akan terus kongsikan kebaikan produk AMWAY dan Balm Tasneem dalam blog saya ni. Selamat membaa yer.




SAYA AGEN BALM TASNEEM NATURAL 002632

Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

Saya dah lama melupakan Blog saya ni. Tiba-tiba malam ni Allah mengingatkan saya akan blog yang tercipta lama dulu. Saya akan memanfaatkannya sekali lagi. Saya sayang Allah. Benar-benar sayang Allah.

Saya sudah menjadi ibu kepada empat orang anak. Dalam mencari yang terbaik dalam hidup anak-anak saya. Saya diperkenalkan dengan balm Natural Tasneem yang dapat memudahkan hidup saya sebagai seorang ibu. Saya cuba ke empat-empat balm ini. Dan alhamdulillah kesemuanya rasi dengan anak saya dengan izin Allah.

Sebagai cikgu kimia saya tahu bahan kimia sintetik adalah tidak baik untuk anak-anak. Yang natural itu adalah lebih baik dan saya sangat suka dengan minyak pati asli yang banyak kebaikan dan kegunaannya. Saya juga sangat risau dengan pengambilan ubat batuk dalam kalangan kanak kanak yang berusia bawah setahun. Saya amat risau yang ubat ini dapat memberi kesan yang tidak baik pada perkembangan bayi jika diambil. Maka saya guna balm mesra keluarga ini untuk mengantikan ubat batuk, ubat selesema, ubat cirit dan ubat muntah.

Adakah anda ibu prihatin seperti saya juga? Saya juga pastikan di dalam rumah saya terdapat lotion Allano yang dapat melindungi anak saya daripada segala kemungkinan. Dan saya berharap agar Allah melindungi anak anak saya walau di mana mereka berada.

Saya sayang iman iman saya
Saya sayang Allah
Saya sayang keluarga saya

Jika anda berminat memiliki balm tasneem tersebut
boleh wasup
www.wasup.my/60195101334/imanyalin







Thursday, December 24, 2015

Maulidur Rasul


Hari ini hari keputeraan Baginda Agung yakni Nabi Muhammad SAW. Rindu benar rasanya pada Insan mulia ini. Bila hati ini menyentuh tentang cerita saat-saat kewafatanmu ya Rasul betapa sayunya hati ini. Kasihmu terhadap umatmu terlalu kuat sehingga bibirmu hanya kedengaran umati umati di saat-saat akhir kehidupanmu. Ya Rasullulah SAW betapa kasihnya baginda pada kita semoga di dada kita hanya baginda rasulullah yang menjadi pujaan.

Malu rasanya
melafazkan cinta
pada dirinya
insan mulia

kerana cinta kepada rasulullah
bererti cinta kepada Allah..

suka sangat akan lagu nasyid tersebut. Ya Allah moga aku antara yang mendapat syafaat baginda kelak. Aku, kedua orang tuaku, adik beradikku, anak-anakku, suamiku dan semua ummat ISLAM bakal mendapat syafaat dari baginda rasulullah. Amin.

Sunday, December 13, 2015

HIDUP KEMBALI...

Assalamualaikum
Saya dah lama tinggalkan blog ini. Lama dan sungguh lama. Entah kenapa hati saya tergerak untuk mencari sajak-sajak lama saya di esastera.com.Hasil saya dapat adalah blog yang usang ini. Maaf saya terlupa akan kewujudan kamu. Insya Allah saya akan manfaatkan semula blog ini. Salam pertemuan semula. Moga ada manfaatnya kelak.