Thursday, October 20, 2005

Buat Simple Tapi Menarik!!!

Buat Simple tapi Tetap Menarik.
Saya belajar sesuatu semalam. Hanya kerana perkataan dasawarsa saya telah digelak padu oleh sifu saya. Dia suruh saya menjadi diri saya sendiri jangan ikut sangat apa yang orang lain buat! Buat apa yang kita tahu! Simple tapi tetap menarik!!

Simple tetapi Tetap Menarik!! Saya cuba meladeni dan memahamkan maksudnya. Betul juga katanya takut nanti perkataan bombastic yang cuba saya target itu bertukar menjadi plastik jika penggunaannya tidak tepat. Ahaks!! Syukran sifu saya bukan penulis saduran. Saya juga bukan penulis jelmaan mana-mana penulis mapan. Saya hanya ingin menjadi diri saya sendiri dan matang dengan hasil karya mereka bukan dengan ‘style’ mereka!

Maka saya ciptakan sebuah sarjen yang bertajuk ‘Hanya kerana KD’

Dasawarsa itu apa?
Saya send ke Sastera.

Sepi.

Dasawarsa itu apa?
Saya send ke Sifu

Kekekeke
Ada kamus dewan ke tak ini?
Soalan dijawab dengan soalan

Kerana Dasawarsa saya digelak sifu
Jgn guna perkataan bombastik
Takut jadi plastik
Kalau salah tempatnya nanti
Jangan ikut sangat apa orang lain buat
Buat apa yang kita tahu
Simple tapi menarik!

Kerana tiada KD (Kamus Dewan)
Kerana ‘Dasawarsa’
Saya meladeni
Cuba mengunyahi
Makna tersirat disebalik
Simple tapi menarik!
Syukran sifu !!

insanYalin 18/10/2005

Wednesday, October 12, 2005

Rindu

Rindu

I
Kupunggaikan agul melangit
Menyentuh debu buana
Berlagu gurindam taqwa
Agar aku dapat diam di sini
Tanpa semilir mazmumah
Mengetuk pintu kalbu

II
Aku ingin kembali
Hampir nahar diamuk rindu
Tintaku meruntun hiba
Mohon ditari biar bernadi
Animoku melonjak
Menyentuh langit tujuh
Tak mampu kukuburkan lagi
Biarkan tintaku kembali bernyawa
Peleraiannya
Aku harus mendiami daerah ini
Kembali menghuni di sini!!

InsanYalin
Seusai melarik cinta di Ramadan yg mulia pasti tintaku kembali bernadi

Thursday, October 06, 2005

Untuk Hawa

Untuk Hawa

Hawa
kenapa kaku dan buntu dalam mentaati ajaran-Nya?
Mengapa segan menjulang ad-din-Nya?
Kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Sinar islam menyuluh kita!
Memartabatkan kita!
Memayungi kita!

Harus
Kesyukuran kau panjatkan melangit
Keangkuhan kau lebur lenyap
Keengkaran kau lumat hancur

Wajib
Terpasak kukuh menyemai syukur
Tunduk merendah sebagai hamba
Malu menghiasi segenap rasa

Goncang dunia ini Hawa!
Tapi bukan dengan tangan kotor menggoda
Bukan dengan lenggok mencair taqwa Adam
Tapi dengan ilmu bersulam iman
Dengan kasih keibuan mendidik insan
Dalam melahir insan hebat
Yang menjulang panji kebenaran
Moga kau ternobat srikandi
Bersalut nikmat bukan duri

Yalin 05


p/s:Kerana aku hawa maka aku suka mengingatkan hawa.

Putri Katak Nay

Puteri Katak

Ong! Ong! Ong!
Bukan teringin nak jadi puteri
Apatah lagi jadian katak

Puteri lambang kemegahan
Katak lambang kekurangan
Dicantum membawa makna
Disatukan menjadi nama

Ketinggian seringkali buat kita gayat
Kekurangan membuat kita beringat
Maka gabungan gayat dan beringat
Membawa makna tersirat sebalik tersurat

Agar diri sentiasa merasa kekerdilan
Kerna katak itu kecil
Katak itu mengerutu
Katak itu seringkali disangka batu
Kehadirannya tak siapa peduli
‘kecilnya siapa nampak!’

Yalin 05