Monday, March 27, 2006

Saya anak emak!!!

Pesta Buku

Saya nak pergi sangat pesta buku. Saya suarakan pada emak. Saya khabarkan pada ayah. Ayah hairan. Kau nak beli buku sampai nak ke KL? Mak tanya. Kau nak beli buku apa?. Alahai, saya pencinta buku yang tidak mendapat kelulusan dari emak ayah untuk ke PWTC. Zahirnya mereka mengizinkan tapi saya tahu bagi-bagi mereka itu sebenarnya tak bagi. Saya bungkam. Duit RM450 yang saya peruntukkan untuk beli buku saya masuk tabung. Saya jenis manusia yang tidak suka merayu tapi kuat merajuk. Moga satu hari nanti mereka faham akan minat saya. Saya tak salahkan mereka. Kerisauan mereka terlampau gah sukar untuk saya patahkan. Kalau saya anak lelaki , mungkin kerisauan mereka itu tidak berbaki. Saya akan pastikan satu hari nanti pasti saya akan menjejak kaki saya ke pesta buku.Tempat yang nak sangat saya pergi!! Huhuhu hati saya menangis lagu ‘Jangan sakiti hati ibu ayah’ nyanyian kumpulan nasyid Wildan.

28 Mac 2006

Hari bersejarah buat sifu saya. Selamat hari lahir sifu. Anak murid doakan agar sifu semakin hari semakin mantap dan ceria sokmo. Sifu syukran atas tujuk ajarmu, teguran dan nasihat bukan sahaja pasal karya, malah kehidupan dan cinta. Moga Allah membalas segala kebaikanmu dengan ganjaran pahala yang besar. Ammen. Sempena hari lahirmu ini. Anak murid menghadiahkan satu sajak buat sifu

Sifu
Syukran
Nasihatmu
Tujuk ajarmu
Teguranmu
Akan ku jadikan panduan
Sepanjang hayatku
Akan aku kenang sehingga hancur
Tubuhku dimamah bumi
Syukran sifu syukran.


Cerpen Yalin.
Intro cerpen baru Yalin. Erm… idea yang tercurah lantaran cinta itu tak semestinya indah dan bahagia. Ada juga cinta derita. Bila hanya kita yang menyinta bukan si dia.

I
Saya pun tidak selalu rindu kat awak.Pastu awak tak pernah hadir dalam setiap mimpi saya walaupun istiqarah. Lagi satu saya pun tak tahu apa yang saya dan awak sedang buat sekarang.Cintakah?

Terkedu Yasmin membaca mesej tersebut. Berkali dia membaca menuntut kepastian dari setiap bicara bisu yang diladeni oleh inderanya itu. Spontan tangannya meletakkan handsetnya ke sisi walhal sebentar tadi dia terlalu ghairah untuk berbalas mesej dengan syabab itu. Dia mengiringkan badannya. Panas. Ada mutiara yang mengalir. Semakin lama semakin mendudu. Hatinya benar-benar sakit. Kenyataan itu umpama menelan belati tajam yang ditelan luka. Bukan sahaja luka malah melumat hancurkan hatinya. Matanya dipejam rapat. Cuba menenangkan gelodak hati yang bergelora. Kesakitan yang tak terperi. Aku harus tidur. Moga jagaku nanti segala perasaan ini akan lenyap, bisik Yasmin di dalam hatinya.

P/s: Oh ya, ada orang kata saya kejam lantaran watak Syakirah yang tidak menyambut cinta Anuar Fikri dalam cerpen Akukah yang terlewat? BS 94. Hehehe itu hanya cerita adik bukan reality tapi saya gembira bila dia menghayatinya dan sudahnya saya terlebal KEJAM. Kuang kuang kuang.Kejamkah saya? Nanti ya saya pejamkan mata saya. Mencari KEJAM dalam diri. Huhu salam.

Wednesday, March 22, 2006

AMARAN EMAK!!!

Nak BOMOHKAN!!

Heheh dalam era kemajuan ini, masih lagi yang percayakan bomoh. Entahlah mungkin ya mungkin juga tidak. Tapi yang pasti benda ghaib itu memang ada. Kalau tidak masakan kita diberi menghayati rukun iman yakni percaya dengan yakin, (mengaku dengan lidah, membenarkan dalam hati serta melakukan dengan amali= makna iman) akan benda-benda yang kita tidak nampak dengan mata kasar yakni malaikat dan sebagainya.
Mak. Mak saya nak bomohkan saya. Dia kata nak buat saya benci menulis. Saya terlalu lalai dan lepa sehingga membiarkan Ijazah Biokimia kelas kedua atas saya menjadi kertas yang tak berguna. Tambah lagi sepupu saya menanyakan umur saya. Dan menyatakan amat rugi sekali jika saya membiarkan Ijazah saya itu begitu sahaja.
Lantunan irama mengetik jari yang menari dengan alunanan irama sutera bicara kata amat mengasyikkan saya. Tanpa saya sedar menjangkau usia 2 tahun saya telah menganggur (Emak saya kata saya penganggur walau saya sebenarnya bergerak sebagai guru tuisyen di Sek. Henry Gurney Batu gajah, dua buah pusat tuisyen yang lain dan hometuisyen) huhuhu saya kena cari kerja lantaran risau tarian pena saya akan terhenti setelah dibomohkan emak.
Saya Azlina, lulusan Bac.Science(Hons) Biochemistry dari UPM ingin mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan saya. Sila hubungi saya secepat mungkin. Hantaran permintaan anda kepada alamat email saya putri_kataknay@yahoo.com Saya akan berusaha bersungguh-sungguh sebab saya tak mahu dibomohkan emak. Lantaran cinta saya pada dunia penulisan. Salam.

Tuesday, March 21, 2006

Tiada PErasaan

hahah ada orang kata saya tiada perasaan
erm mungkin saya spesies dengan
kayu yakni kaku
batu yakni beku
tunggul yakni erm...
entahlah
ataupun saya telah mengambil alih watak RAZIF dalam cerpen saya Misteri Cinta
3 k = kayu, kaku dan kuyu huhuhu

salam berperasaan dari Yalin

Monday, March 20, 2006

Kening???

Kening oh Kening

Cikgu kening cikgu itu cikgu cukur ke?
Dari sekolah ditegur kawan
Di universiti disoal siasat
Alam pekerjaan ditanya jua.

Kening itu dibentuk ke?
Astafirullah halazim!
Bukankah itu haram!
Mana bisa aku lakukan
Nak tahukah kalian
Dulu aku digelak
Lantaran kening bak burung melayang

InsanYalin 06

Puisi YaLin

Habuan kejahilan!

Kaabah itu perlu diruntuh!


Ya Allah!
Mereka ingin membinasakan baitullah!
Tentera bergajah Abrahah itu bercita meruntuhkan baitullah!!


Mereka mencabar siapa?
Kuasa atas segala kekuasaan
Kuasa terhebat yang MAHA!!


Sijjil dilempar ababil
Dari tanah yang dibakar keras
Datang berpasuk-pasuk
Memamah mereka bagai daun dimakan ulat
Utusan Allah
Atas habuan mencabar Tuhan!
Atas kejahilan mencemarkan
sesuatu yang mulia disisi ALLAH
Rasakan penangan Ababil itu!
Rasakan!!

Sajak lama Yalin05

Saturday, March 11, 2006

Hari ini Dalam sejarah

Jumaat yang mendamaikan.

Hari ini saya mengajar di HG. Entahlah saya pun kurang pasti, bila mengajar di sini kebahagian itu milik saya. 5 orang bakal mengambil SPM tahun ini. 9 orang akan berdepan dengan PMR. Sesampainya saya pintu pagar yang sentiasa berkunci dibuka. Saya melangkah masuk. Kaki diatur ke kelas yang saya mengajar. Pintu masih berkunci. Saya duduk di tangga menanti. Tak lama kemudian datang seorang wanita membuka kunci pintu pagar bilik kelas. Sambil menunggu hadirnya mereka saya membelek nota.
Akhirnya mereka sampai. Lima orang semuanya. Majibah (bukan nama sebenar) , dan dua orang rakannya yakni bekas pelajar saya tahun lepas juga datang. Dipeluknya saya hingga terharu menjalar dalam diri saya. Gembira jumpa mereka. Yang pasti mereka berdebar menanti keputusan SPM. Majibah (bukan nama sebenar) mengikuti kelas menjahit. Azu (bukan nama sebenar) mengikuti kelas memasak yang lagi seorang itu saya kurang pasti kelas apa pula yang diikuti. Apa-apa pun moga kejayaan milik mereka. Cayok! Cayok ! korang. Cikgu memang sayang korang. Heheheh

Semalam saya terima panggilan telefon dari insan yang tidak dikenali. Hehehe saya menerima berita gembira. Walaupun berita itu tidak sebesar mana, tapi ia amat penting dan amat bermakna dalam hidup saya. Berita yang menjana semangat saya agar terus menarikan tarian pena ini. Heheheh nanti saya konfirmkan dulu kesahihan beritanya. Baru saya akan kongsikan di sini.Tapi saya dah beritahu Sifu saya. Tak tahulah dia percaya ke tak. Mak dan ayah saya hanya diam sahaja bila saya khabarkan, sebabnya mereka tak suka saya menulis. Bagi mereka menulis ini bukan satu kerjaya tambahan saya leka menulis dan mengajar sehingga tak berkesempatan memohon kerja dalam bidang saya (memang salah saya). Tak apa saya tak patah semangat saya akan buktikan pada mereka yang hobi saya ini tidak sia-sia. Bahana saya tahu pena itu lebih tajam dari pedang. Maka saya amat ingin menggunakan kesaktiannya. Sebab saya belajar dan mengajar sejarah dan sejarah membuktikan karya dapat menaikkan semangat nasionalisme sehingga tergenggamnya merdeka yang kita warisi ni.

Hari ini sepatutnya saya ripuh dengan kelas. Tapi awal-awal pagi perut saya sakit. Sehingga saya batalkan semua kelas saya pada hari ini. Saya rasa perut saya banyak angin. Sakit betul. Huhuhu.

Salam dari insanYalin 06.

Thursday, March 09, 2006

Puan/Cik dan Hari Jadi

Salam pagi KHAMIS.

Semalam hati saya tercuit. Terima sepucuk surat dari DBP menyatakan cerpen yang saya hantar untuk menyertai peraduan telah diterima. Mulanya saya ingat surat itu bukan milik saya kerana pangkal nama berbunyi PUAN. Bila saya amati rupanya memang nama saya. Rasa janggal pula melihat pangkal PUAN pada nama saya sebab saya CIK. Gelaran CIK itu masih saya bawa hingga kini. Surat yang tercatit Puan InsanYalin buat saya tersenyum. Saya Cik. Susah-susah panggil Mak Uda. Hahahah.

Hari ini hari jadi adik saya Zubir yang ke 13. Pagi-pagi lagi sudah kedengaran nyanyian lagu SELAMAT HARI JADI buat dirinya sendiri.Ingat lagi dia lahir tahun 1993.9/3/1993. Masa itu saya berada dalam darjah enam. Adik saya Hisham darjah 5. Kak Long tingkatan 3, Kak Ngah tingkatan 2. Gembira menyambut kelahiran adik yang bongsu. Lepas saya SPM. Dia baru tadika. Sayalah yang pergi menghantarnya ke sekolah. Dan ingat lagi dia menangis di bawah pokok rambutan depan kedai Pak Hassan sebab tak nak masuk ke kelas yang tinggal lagi beberapa meter sahaja lagi. Zubir..Zubir. Kelakar Kak Lin rasa bila terkenangkan adik. Moga bila besar nanti adik jadi insan berguna. Ameen. Nak bagi adik hadiah apa ya? Erm??

Renungan Buat hari ini

PesaNan Saidina Umar Al-Khatab

Jika kamu ingin mengikut petunjuk dari para iman,
Maka kuatkan dirimu untuk menerima mushibah
Dgn hati yg lembut di waktu menghadapi kepahitan
dan hati yg sabar terbentang di dada.
Lisanmu perlu dikunci , matamu perlu dikendali,
Rahsiamu disembunyikan dan hanya dilihat oleh Allah sahaja.
Namamu jangan terkenal , pintumu ditutup , mulutmu tersenyum,
Perutmu lapar , hatimu luka, pangkatmu dipendam dan keaibanmu tersohor
Dan tiap-tiap hari menelan perasaan pahit dari pengaruh zaman dan teman,
Sedangkan hatimu menurut,
Siangmu sibuk mengislahkan (mendamaikan) orang tanpa membangkit-Bangkitkan,
Ambillah kesempatan pada malam itu ,
Jadikan ia persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan.

insanYalin 06

Monday, March 06, 2006

Hati ..wahai hati

Wahai hati,
Jangan kau mati,
Jangan menurut kata nafsu nanti kau lesu,
Setiap diri pasti merasai mati…itu pasti,
Tapi jangan kau mati wahai hati
Sebelum diri ini merasai mati…
Aku merayu

Yalin 06

Lapan perkara mematikan hati, mengikut Ibrahim bin Adham

1.Mengetahui hak ALLAH tetapi tidak menegakkan hak itu.
2.Membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhannya.
3.Mencintai nabi tapi mengabaikan sunahnya
4.Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri.
5.Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya
6.Takutkan neraka tapi melakukan maksiat.
7.Mahukan syurga tapi tidak beramal solih.
8.Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.

Sayu menyelinap di pagi Jumaat lalu.

Alhamdulillah mulai minggu depan diri ini akan melangkah kembali ke Sekolah Henry Gurney BG. Teringat hari Jumaat yang lepas apabila saya menemui Puan Sapiah membincangkan tentang jadual untuk saya bertugas di sana. Saya gembira sebab memang merindui mereka. Ramai yang dah keluar serta memulakan kehidupan yang baru. Saya mendoakan agar mereka terus ceria dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan. Moga mereka tidak menjadikan sejarah silam ini sebagai gelombang hidup mereka kelak. Pada saya yang berlalu biarkan tapi yang bakal mendatang kita usaha sehabis baik.

Masa saya melangkah keluar dari penjara kecil itu. Terdengar laungan suara memanggil cikgu. Saya menoleh. Majibah (bukan nama sebenar) rupanya. Pantas kaki berpaling dan terus menghampirinya. Dia juga begitu. Saya cium pipi kiri dan kanannya dia mencium tangan saya. Matanya berair. Terharu saya. Sebak menjalar dalam diri saya. Saya cuba mencipta suasana ceria. Lantas bertanyakan tangannya yang tercalit warna cat. Rupanya dia tengah membancuh cat. Sebak saya bila dia menyatakan bahawa rakan-rakannya (bekas anak murid saya) yang dibebaskan bulan 12 tahun lalu menanti hadirnya saya. Terkilan juga saya mendengarnya tambahan tidak berkesempatan menemui mereka di saat akhir. Kalau saya tahu mereka menanti saya pasti saya hadir. Dari kejauhan saya doakan agar mereka berjaya dalam hidup. Pengharapan yang benar.

Ingat lagi dulu saya selalu memberi mereka membaca dan mengomen cerpen-cerpen saya. Malah ada di antara mereka yang mengedit cerpen saya. Membetulkan ejaan yang saya terlepas pandang. Hahaha. Gembira bersama mereka. Menjelang raya saya menerima kad hasil buatan mereka. Mereka memang kretif. InsyaAllah minggu depan saya akan melangkah lagi ke sana. Menyambung animo seorang guru yang tidak pernah terpadam.Walau hanya sekadar guru tambahan kejayaan setiap murid saya dambakan. Henry Gurney, Cikgu datang lagi!!!

insanYalin 06

Thursday, March 02, 2006

Bukan SEMUa Orang!!!

Bukan semua orang dapat menjadikan kerja itu sebagai satu hobi. Tanpa cuti dan rehat yang mencukupi. Siapa bisa kekal hebatnya. Bahana kita manusia, insan yang lemah serta sarat beremosi . Kesibukan buat kita keletihan dan sedikit demi sedikit semangat yang cuba kita jana kian luntur. Tambah bila apa yang kita buat tidak dihargai, apa yang kita buat tidak mendatangkan manfaat buat mereka. Secara langsung menyumbang pada lunturnya semangat perjuangan yang cuba kita jana setiap masa. Kita berusaha membuat nota buat mereka tapi mereka langsung tidak menghargai. Benar. Manusia ini memang begitu. Lantaran itu sifat manusia maka dilabelkan dengan nama insan. Sukar menghargai apa yang senang diperolehi dan akan mula mencari bila segalanya hilang.

Dalam tiga bulan eksperimentasi diri bermula. Saya cuba bekerja tujuh hari seminggu. Mulanya saya benar-benar seronok. Teramat sangat! Tambah bila orang yang saya sanjungi menjadikan kerja sebagai satu hobi semangat saya teruja untuk menjejaki langkahnya. Dia sifu saya. Saya perlu dan mahu menjadi seperti sifu saya!! Bahana kepingan kehebatannya menempiasi hidup saya. Dia menjadikan kerjanya sebagai hobi, melakukannya dengan senang hati dan penuh keikhlasan.Saya ingin mencontohinya! Tapi sejak dua menjak ini keripuhan saya meragut kebebasan tarian pena saya. Hidup saya jadi kosong! Benar-benar kosong. Cinta saya, saya telah abaikan sedangkan saya hidup selain mendamba cinta Allah dan keluarga menulis adalah kecintaan saya. Maka saya dah tak larat lagi!! Saya perlukan rehat! Saya perlukan cuti walau sehari!!!!

Saya sunyi dan rindu untuk mendengar ketukan jari menyentuh papan kekunci. Saya ingin selalu menyentuhnya dengan sentuhan sayang dan penuh kecintaan. Bulan depan insyaAllah saya akan create satu hari cuti untuk diri saya. Dah lama saya tak sujud padaNya tanda syukur dikedinginan malam, dah sebulan bacaan saya masih terhenti di juz yang sama. Dah dekat sebulan tangan saya lupa memegang al-mathurat. Betapa lalainya saya dalam mengejar cinta dunia dan manusia. Saya perlu kuat , sedar dan insaf!!!!!!

Kerja memang Hobi tapi bukan seumur hidup saya akan saya habiskan dengan kerja!!! Saya kena bijak!! Anak Pak Acob kena bijak senantiasa!!! Yahooo!!!! Nanti saya cuti sehari seminggu!!!!! Saya dah letih bekerja tujuh kali seminggu. Selamat tinggal bulan 2. Moga bulan 3 menjanjikan kecermelangan buat saya. Eh!! Sifu saya lahir bulan tigalah!! Heheheh


P/s-Gambar kartun yang cute itu.Pelukisnya namik_pasha. Syukran buat dirinya. Pertama kali dalam hidup saya ada orang tujukan lukisan itu buat saya. Saya suka sangat. Suka sangat melihat muslimin berkopiah, bercermin mata dan berjanggut!!! Huuhuh. Muslimat pula saya suka yang berbaju kurung. Sebab comel sangat.


Buat students saya yang melawat blog ini. Ini kata-kata semangat buat korang yang cikgu ambil dari Dr Syukri pakar motivasi . Titipan semangat buat korang dan juga cikgu!!!

·Saya yang menentukan hidup saya
·Semua A bukan senang tapi tak mustahil
·Jangan beri dalih tapi kata boleh
·Yang dulu dah terlepas yang datang jangan melepas
·Lawan!! Jangan layan perasaan malas
·Paksa diri bukannya manjakan diri jika mahu berjaya
·Kita sebenarnya jauh lebih baik daripada yang kita sangkakan
·Gila-gila nak jadi yang terbaik
·Lebih baik sakit kerana displinkan diri daripada sakit kerana menyesal
·Untuk mendapatkan yang lebih besar, kita mesti sanggup korbankan banyak perkara yang kecil.

Jangan malas ya korang!! Cuba sehabis baik!!
insanYalin