Friday, December 29, 2006

Hehehe

Hahahaha
Sebelum saya masukkan entri baru hari ini saya tergelak besar dulu. Buat Bikash, saya bukan putus cintalah sahabat? Cinta dalam hati saya tidak pernah putus. Masih ada cinta yang maha luas tu dalam diri. Maka ungkapan putus cinta itu tak selayaknya ditujukan buat saya. Heheh itu benar.

Saya tergelak juga bila baca blog salah seorang daripada sahabat baik saya di mana dia mengucapkan selamat tahun baru tapi tahunnya bukan 2007 tapi menjadi 2008. kah kah kah kah. Kelakornya orang perak tu hehehehe. Ada ke tahun tak ingat? Apa daa..jalan nak balik kampung raya nanti ingat tak? Kih kih kih jangan marah awak. Gurau petang-petang ni. Heheh.

Buat sahabat yang ambil berat dan respon serta mesej saya pasal topik ‘Brutal in Iman’ n ‘Tentang Cinta’ syukran yer. Saya tak apa-apalah. Rencah kehidupan ini memang melazatkan untuk dinikmati. Ia mengajar kita sesuatu. Sesuatu yang boleh buat kita bergembira suka dan apa sahaja.Cuma satu jer. Bagi saya kalau bersedih jangan melampau-lampau. Kalau gembira jangan berlebih-lebihan. Lagi satu, ingat ada sebab DIA mencipta dan mentakdirkan sesuatu. Hidup biar jadi insan yang sarat syukurnya.InsyaAllah.

Alamak cepat bebenor masa berlari. Tahun depan dah nak masuk 2007. (Bukan 2008 awak heheh). Saya suka nombor ganjil. 2007 nombor yang cantik itu. Pastu berapa bulan kemudian usia bakal bertambah (kalau masih panjang umurlah) 26 tahun. Macam tak percaya je. Dah besar panjang rupanya anak pak Acob ini. 4 tahun lagi nak masuk umur 30 tahun. Kelakar pula rasanya. Entah bila kak long saya nak kahwin? Kalau saya 26, dia mesti 29. Saya doakan agar kak long saya tu cepat kahwin. Nanti boleh saya buat koleksi anak sedara banyak-banyak.

Sekarang ini saya tengah sibuk menulis. Cari idea, cari ilham untuk meranumkan bakal novel saya yang belum saya tanam lagi. Apa daaa tanam pokok tak lagi tapi nak hasilnya ranum. Tak salahkan mengharap. Dengan harapan bisa tercetus satu usaha untuk merealisasikannya. Dan saya tengah berusaha.Doakan saya jika anda benar-benar sahabat saya yang paling baik.

Tahun baru ini, saya kena tunaikan janji saya pada seorang hamba Allah tu. Kalau tak salah saya , nama dia Anuar Ibrahim. Saya lupa namanya dieja U ke W ke? tak ingat. saya. Dia ini yang bagi tahu saya komen pertama saya dalam kolum HELLO BEBEH di BLUES SELAMANYA keluar. Syukran buat dia . Dengan dia inilah dulu saya selalu gaduh teruk. Bukan pernah jumpa pun, call pun tak pernah. Gaduh dalam sms jer. Mmg tak da kerja kan. Ada dua cerpen saya berkisah tentang dirinya. Tapi tak 100 peratuslah benar sebab tambah ajinamoto.

Dia kata dia nak lupakan saya. Entah apa dosa saya sampai dia tak nak ingat saya lagi. Dah lama dah kita org tak berhubung . Hehehe tapi sebab dah janji nak bagi dia baca semua cerpen saya yang tersiar pada tahun depan (beberapa hari lagikan tahun baru). Maka kena tunaikan janji. InsyaAllah bulan satu ini saya pos.

Budak ni pandai tau. Saya pernah janji nak tunaikan dua permintaan dia.. Nak tahu permintaan pertama dia

1. Maafkan segala kesalahan dia, dulu kini dan akan datang.
2. Dia nak baca semua cerpen saya yang tersiar.

Ok dik insyaAllah nanti sis hantar ya. Alamak dah banyak saya merepek ini. Maka saya undur diri. Malam ni saya mengajar dan ada sedikit kerja yang perlu saya selesaikan. Salam keamanan sejagat. Yang singah blog saya syukran. Tiada ilmu bantu dalam setiap kata-kata saya. Cuma omongan kosong insan yang mempunyai hati.

Salam n wasalam
Putri_kataknay
Perak tercinta.

Tuesday, December 26, 2006

kisah gembira pula

salam..baru pas belajar bercinta dari blog brad yg mmg maha luas pengalaman cintanya. Actually yang lepas tu lepas. dah tak der jodoh. Nak buat ganna meratap pun tak da guna. Hidup mesti diteruskan. Cinta yang gagal menjamin cinta yang lebih sempurna. Ini bukan soal laku tak laku. Apa ingat orang p ini barang ke? nak laku-laku. haha . Ini soal perasaan. Soal rasa. Soal hati dan soal apa-apa sahaja ( tiba2 jadi poyo (sila lihat kamus apa maksud poyo) hehe)

dahlah nak citer pasal something lak. semalam 24 haribulan 12. mak cik lina ni telah berjumpa atau kata melayunya bertemu (eeleh cam berjumpa n bertemu tu tak sama hehe) dengan adik Nissa' Yusof. Syukran adik. atas kesudian bertemu dengan kak yalin. Amat menghargainya. nanti bila-bila kita jumpa lagi. Seronok sembang dengan adik.

p/s:
GILD: mana tahu akak yang sms adik? hehehe. Pandai kamu ni yer? Tak yah balas pun tak per. It's ok.
ARTZ: Benjana dan bejana. Pilihlah mana suka hehehe. bejana tu balang. Benjana tu cari sendiri yer.
JIDAH; kamu suka mengusik yer. nak kena betul. Ni bila nak datang rumah ni. Jangan cakap jer.
Perindu: Tiada kata yang mampu ku luah
Ein: salam kenal.

Monday, December 25, 2006

brutal in iman

Kalau mencintai luahkan...

saya tergelak. Bila saya berbicara tentang cinta.Tiba-tiba kotak komen yang selalunya kosong ini terisi. nampak sangat cinta itu sesuatu yang menarik dan mampu mengujakan setiap insan.saat saya menulis catatan ini. Hati saya dalam dengungan bersyukur. dalam lantunan gembira dan sedikit sayu.

entah mengapa suka rasanya untuk saya menalunkan bahagia di hati ini. Saya benar-benar bahagia bila mengetahui suatu masa dulu cinta yang saya damba itu bersambut. Suatu masa dulu insan yang saya sayang itu rupanya dalam diam turut menyimpan rasa pada saya. Alhamdulillah bukankah itu satu nikmat buat saya.Walau segalanya telah terlambat tapi saya gembira mengetahui bahawa satu masa dulu hatinya dan cintanya pernah jadi milik saya tanpa saya mengetahuinya.

lain kali pesan saya jika kita menyintai seseorang luahkan sahaja. Jika dapat orang beku dan kaku seperti saya. sampai bila pun saya tidak mengetahui yang ada orang yangcinta saya.betahun saya simpan rasa ini. Menyesal saya menolak perkenalan yang dihulurkan. Menyesal saya hanya menyatakan 'kita hanya sahabat di alam maya' walau dalam hati saya dulu pernah inginkan agar persahabatan maya itu beralih nyata.tapi kini yang pasti dah jadi nyata pun. sebagai adik kakak walau umur kami sebaya.

saya sedih benar-benar semalam. Sangat sedih bila dia menyatakan segala. Tapi saya gembira juga. sekurang-kurangnya saya tahu dia pernah sayang n cinta saya. ha ha ha.

Itu kisah lama. Kisah lama yang baru saya tahu semalam. Mungkin tidak ada jodoh kami. Dia pun bakal nak jadi suami orang dalam masa terdekat ini. Saya doa dan sentiasa berdoa agar dia bahagia. Pengharapan ini adalah benar. tanpa secalit yang tidak benar.

Kisah cinta ini benar-benar bodoh bukan. Dan perasaan yang menutup rasa cinta itu juga bodoh. Kenapalah ditolaknya cinta itu sedang memang dia mengharap cinta itu miliknya. Sekali lagi pasrah. Pasrah pada ketentuannya. Jangan sedih putri_katak. yang berlalu itu udah-udah ler.Mungkin ada yang terbaik buatmu nanti. Mungkin kasih seorang adik kakak lebih bermakna buat kau dan juga dirinya.

Dengar Dr cinta ini berpesan. Cinta itu tidak semestinya bersatu. Kisah cintamu ini kisah cinta yang terhebat. Penuh dengan kesenian melampau. Kelewatan menyatakan rasa hati itu seni. Memendam rasa sampai bertahun itu juga seni. dan mungkin menghadiri majlis perkahwinannya itu juga satu cabang seni yang terindah.Hei putri_katak, kisah cintamu ini kisah cinta orang dewasa. Cinta yang hanya berakhir dengan kebahagian hanya cerita cinta budak-budak. kau harus bangga kerna pernah melalui kisah percintaan yang unik ini.

Buat dia, jangan risau yer. Kita ok jer. insan bernama yalin ini tidak akan musnah sebab cinta. Syukran sebab cerita sekurang-kurangnya kisah itu buat putri_katak ini melompat suka. Syukran sebab menyinta walau cinta itu telah terpadam dan kau bakal menjadi suami orang. wahai adik percayalah benjana Ilahi ini sangat indah.Mengenalimu itu sudah satu nikmat.Bersahabat denganmu juga nikmat.Berkongsi masalah denganmu juga nikmat dan membongkar rasa yang tertanam bertahun itu juga nikmat walau ada secalit kesal dalam hati kita.

moga jadi suami yang baik. Moga bahagia hingga akhir hayat. Kenang daku sebagai kakak terbaikmu. Hei yalin budak brutal in iman. segala cabaran dia hadapi dgn senang dan tenang. Dia budak selamber. Dia tak akan rasa apa-apa. salam brutal in iman..

maka carilah iman itu mengisi dadamu
haha poyo jer aku ni.
putri_kataknay.
saat dan detik ini.

Thursday, December 21, 2006

tentang cinta

Semasa saya menulis catatan ini, saya sedang mendengar lagu puisi di blog Brad. Pada masa yang sama hujan turun di dada langit. Renyai-renyai menyentuh bumi Allah ini dengan kasihNya. Dan kini sayalah putri_kataknay. saya tersenyum dan berfikir benarkah dunia ini akan tandus tanpa cinta. Menerima seseorang dalam hidup lantas cuba menyayanginya lantaran kasihnya yang tidak kunjung padam. Cinta itu entahlah.

saya pun tidak mengerti cinta yang sebenar. kata seseorang kita hendaklah berada di daerah itu, barulah kita mengenal cinta.

saya pernah menyukai seseorang. Maksud saya putri_kataknay ini pernah menyukai seseorang. tapi balasannya sepi lantaran malunya yang melangit diatidak meluah rasa. Tapi tiada pernah dia menyimpan dendam. Sentiasa mendoakan agar dia sentiasa bahagia dan sejahtera di bawah lindunganNya.

Ingin dengar satu kisah. Tentang putri katak yang pernah mengenali seorang putera katak yang tidak pernah jemu mengemis cinta dari putri kataknya. putri kataknya itu sangat jahat.Dia suka menitip ujian demi ujian. Entah apa yang cuba dilakukan. Tapi putera katak ini sentiasa menerimanya sebagai cabaran untuk menyentuh cinta puteri kataknya itu. Katanya cinta itu sungguh mahal untuk ku sentuh.

katanya lagi segala ujian itu untuk menjadikan dia putera idaman si putri katak. Dia rela dititipkan ujian. Putra katak ni sungguh menyentuh hati. Dia pernah berkata pada putri kataknya.

'Andai awak jumpa insan lain yang lebih baik dari saya, saya tak marah dan akan doakan kebahagian awak'

Putera katak itu juga meminta agar dia tidak dilupakan.Putri katak itu hanya tersenyum. Hatinya sukar untuk ditafsirkan. Dia kaku dalam bercinta walhal dialah doktor cinta buat katak-katak yang lain. Dia sering menitip nasihat cinta buat katak-katak yang lain tapi malangnya dia lupa untuk tinggalkan titipan nasihat cinta buat dirinya.

entahlah saya pun tak tahu penghujung cinta putri katak ni. Pada saya jika kita menyintai seseorang cubalah merebut hatinya. Cubalah cubalah cubalah. Mana tahu lamaran yang ke 103 kali itu diterima.

saya yang naif tentang cinta. sedang berbicara tentang cinta... :)
insanYalin

Tuesday, December 19, 2006

Seorang Tua dan Cintanya

Seorang Tua dan Cintanya



Dia terpana
Ini cinta pandang pertama
Setelah 21 tahun sengal tanpa cinta

Dia tersenyum
Manis bermakna
cinta itu menghimpitnya
Mendakapnya dengan seribu sayang


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Cintanya yang bersinar
Memudakan ketuannya
Meremajakan jiwanya


InsanYalin

Sunday, December 17, 2006

Ripuh

Lama tak update, heheh sibuk sikit.Ermm..sejujurnya saya malas. Ha Ha Ha. Tak tahu apa yang nak dikongsikan bersama. Syukran buat Brad, saya gembira sebab cerpen saya ada dalam Bs 112 kat sebelah tu. Belilah. Sokong saya dan komen karya saya cam ada seorang adik di Esastera.com tu buat. Hehe. Saya tak kisah demi kebaikan rela karya dicincang dan dikomen oleh sesiapa pun.

Semalam kawan saya kahwin, saya tak pergi lagi. tahniah buat Wani. dari kejauhan saya doakan awak bahagia yer.saya tak tahu alasan apa yang nak saya berikan. erm insyaAllah ada izinnya kita jumpa. Tahniah sebab dah sempurnakan separuh dari agama :)

saya tengah sibuk menghasilkan cerpen tentang merdeka. huhu otak saya blur sesangat. Rasanya menjangkit kat BLUR- pelukis kat Bs tu.. hehe apa-apa pun saya harap semua sahabat saya bahagia.Doakan kebahagian saya juga yer...

salam penuh ingatan dan cinta
putri_kataknay
anak pak Acob
dari bukit banyak GAJAH...

Sunday, December 10, 2006

Cinta

JatuH CiNTa SaTu KesilapaN?

Jatuh cinta satu kesilapan?
Limaza…bukankah ia hadir dari rahmat yang Esa,
Bukankah ia datang tanpa di pinta,
Hadir tanpa di duga.

Cinta bukan satu kesilapan
Tapi tempat menguji ketakwaan,
Cintakah kita pada yg Esa atau
Melangit pada yang tak kekal
Sama ada kitalah hamba pada cinta atau PENCIPTA

Cinta bukan satu kesilapan,
Ia perasaan yang suci,
Tapi kita yang menzahirkan…
Kenapa cinta yang dipersalahkan,
Tatkala ia dinodai..
Bukan salah cinta itu..tapi salah diri,
Sebab tak dibina dengan islam,
Tak dihalusi dengan keimanan,
Tidak di bajai dengan ketakwaan

Cinta bukan satu kesalahan ,
Tapi tapak penyubur iman,
Kerana “tak sempurna iman seseorang
Jika ia tidak mengasihi saudaranya
seperti mana ia mengasihi dirinya.”

Cinta bukan satu kesilapan ,
Bukankah Allah itu maha pengasih dan penyayang,
Cinta tu luas maknanya….
Cinta ibu membawa kesyurga,
Cinta keluarga memberi bahagia,
Cinta pada kerajinan peroleh kejayaan,
Cinta pada buku dicurahkan ilmu ,
Cinta pada sahabat mendapat berkat,
Cinta pada ibadah mendatangkan rahmat tuhan,
Cinta pada Allah kebahagiaan yang hakiki.

Tapi …..memang cinta satu kesilapan,
Jika ia menjauhkan diri dari PENCIPTA,
Jika ia membina jurang dari yang ESA,
Jika ia mengalpakan diri lantas mengangkat darjat kemaksiatan,
Jika ia memadam cahaya Ilahi,
Jika ia mengundang kemungkaran khalidnya,
Jika ia menjadikan kita hambanya.
Maka seharusnya cinta itu kau jauhi,
Dan memang ia merupakan satu KESILAPAN.


Nay
27 Ogos 2003
karya lama saya

Saturday, December 02, 2006

Terkenang

Terkenang

Sahabat di sekolah dan di matrikulasi (i)



Entah kenapa saya terkenang sahabat lama. Sahabat dari saya sekolah rendah, menengah, matrik dan di Universiti. Mungkin sebab rakan semasa di U dulu nak tamatkan zaman solonya. Tahniah buat Aifa Jasni dengan pasangannya Fakulrazi (Razi). Esok kendurinya kan? Minta maaf saya tak dapat datang sebab menghadiri kenduri di sini. (Mak Su saya kahwin).



Masa saya sekolah rendah. Saya bersekolah di SKKG. Saya ingat lagi guru kelas yang paling saya sayang Puan Hajah Che Don. Masa saya pindah ke Perak dia pun bersara. Cikgu, saya ingat cikgu sampai sekarang. Saya sayang cikgu dan saya doakan agar cikgu bahagia dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.



Kawan baik saya semasa di SKKG ialah Faieza binti Long Chek, Mariati, Balkish Zubaidah dan Khairul Nisa (mereka ini satu kelas dengan saya). Saya dan Faieza anak askar di kem Genting Klang. Rahayu Ismail , Zarina juga sahabat saya. Ingat dulu kita orang dulu pernah minat pada seorang mamat yang bersopan santun dan tinggi lampai orangnya. Namanya Zuhairi. Heheheh saya dengan Rahayu selalu dok usha budak ini sampai satu hari makanan yang dibawanya terjatuh ketika makan di kantin. Mungkin time tu aura pandangan kami (ayu dan saya terlalu kuat sehingga bekalannya jatuh) heheh.



Masa sekolah SKKG dulu, saya paling tidak suka dengan seorang budak nama Zamri. Dia ini duduk sebelah saya. Hari-hari dia buat saya marah. Kami asyik gaduh memanjang. Saya dan dia pengawas sekolah, tak semegahkan?. Huhu bila ingat balik rasa nak tergelak. Mesti dia dah lupakan saya. Dalam kelas saya juga ada dua budak nama Farid, Farid Bustamam dan Farid Sulaiman seorang pengawas seorang pernah jadi ketua kelas. Heheh yang paling saya rindu sekali ialah Faieza binti Long Chek. Awak kita rindu awaklah. Apa khabar agaknya awak yer?



Darjah 6 saya pindah ke Perak. Sekolah di Convent Bt Gjh. Menengah pun di sekolah itu juga. Kawan baik saya kat sana ialah Fatimah, Huda, Yati, Nany , Izra, Lin, Nora, Nisa, Ros, Salmi, Loi Mei Lee, Eza Salfarina, dan banyak lagi. Banyak juga kenangan masa di sekolah ini. Heheh biarlah saya simpan sahaja. Tak pun nanti saya citer.(kalau rajin).



Di Matrik pula, kawan baik saya ialah Yusnida Jomari dan Diba. Yus entah buat apa sekarang tapi Diba dah meninggal. ( Tolong sedekah al-Fatihah buat dia). Kematiannya sungguh mengejutkan saya dan buat saya sedar yang mati itu tidak mengenal usia. Diba, selamanya saya akan kenang awak. Kolej Taj Country Resort melakar sejarah antara saya dan juga dia. Dan yang saya tahu kematian bukan bererti lenyapnya cinta persahabatan saya buatnya. Hingga kini saya mengingatinya. Dulu kini dan selamanya. Dulu, Diba sering menitip ayat Lin sayang disayang di buku saya. Kini selamanya Diba sayang disayang di hati Lin. Wahai Diba (Hasnorliza Al-Haris ), Lin sayang Diba! Sayang yang tiada akhirnya! Sungguh!

Wednesday, November 29, 2006

Dungu

Kadang kala kita ni dungu. Bila cinta datang mengetuk, tidak pernah kita nak buka hati ini seikhlasnya. Tidak pernah kita nak menghargai cinta yang si dia berikan. Malah kita hujani dirinya dengan pelbagai ujian. Entah apa yang kita cari dengan titipan ujian itu?sedangkan cinta yang dilimpahkannya sepenuh hatinya. Entahlah kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita lakukan. Bimbang juga takut nanti cinta yang suatu masanya itu terukir hanya untuk kita kini terhakis lantas berpaling.

Cinta dan rindu ini benar-benar menyakitkan. Rasa ingin mencari satu daerah yang tiada istilah cinta. Tapi mana mungkin. Kita mana bisa hidup keseorangan. Hidup ini perlukan teman. Itu fitrah. Fitrah yang kalau kita membantahnya kita yang sengsara. Tapi sukar untuk mencari teman itu. Ya begitu sukar sehingga kadang kala kita sendiri tidak sedar apa yang kita lakukan.

Maka sekali lagi kita perlu bersandar padaNya. Setiap kesulitan itu disisipkan kemudahan. Cari jalan penyelesaiannya walau bercakap itu lebih mudah dari melakukannya. Moga jalan dan tindakan ini sentiasa terpandu. Moga akal dan hati ini bertindak sewaras-warasnya berlandaskan iman. Moga cinta sesama insan tidak mengaburi mata kita. Cinta TUHAN yang teratas. Cinta TUHAN yang teragung.

Ada apa dengan cinta insan ini? Entahlah, entah bagaimana untuk mentafsirkannya. Aku harus berjalan,melihat lagi, melihat dan mentafsir dengan ketelusan bukan penuh kenafsuan.

p/s: Yahoo saya dah dapat BS 11o.. jangan jeles

Sunday, November 26, 2006

Biar Benar!!!

Sudah tiga empat kali berturut-turut saya pergi kedai majalah di Batu gajah. Pelik BS 110 masih tak ada lagi. Apa yang berlaku. Lori bawa majalah terbalik ke? Pelik! pelik!

Dan yang paling saya geram saya tak baca lagi sedangkan semua orang dah baca.Hu hu hu geramnya saya!!

Monday, November 20, 2006

Ini satu Kisah...

Kelahiran dan kematian

Malam Ahad baru-baru ini saya tidur lambat. Saya mencari idea untuk menyiapkan satu synopsis untuk dijadikan cerpen. Sambil mencari idea saya meng ‘on’kan Ym dalam keadaan invisible. (Adik Diya kata saya suka menyorok. Saya katakan padanya saya putri katak memang begitu afalnya) . Saya nampak adik Ode and adik Tuah online. Saya menyapa mereka berdua dan bersembang dengan si Tuah yang bertuah. Sambil-sambil itu saya selesaikan kerja saya.

Jam menunjukkan pukul 2 lebih pagi. Baru saya tersedar sudah lama saya berjaya. Akhirnya saya ambil keputusan untuk tidur. Barusahaja dalam 15 minit saya baring. Saya dengar suara abang ipar saya memanggil emak saya dari luar rumah. Saya buka tingkap. Ya memang itu abang ipar saya. Saya mencapai tuala mengejut emak dan membuka pintu.

“Kak ngah gugur,” kata yang keluar dari bibir abang ipar saya. Terkejut saya. Abang ngah kata lagi dia nak bawa Kak Ngah ke hospital dan nak minta tolong tengokkan Haziq yang lena di rumah mereka yang tidak jauh dari rumah kami.

Emak menyuruh saya. Saya naik ke atas semula mengenakan tudung. Sampai di rumah Kak Ngah, saya terus tanya Kak Ngah. Dia menunjukkan fetus yang berusia 4 bulan itu . (menurut kata doctor) . Ya Allah sedih saya . bayinya itu telah cukup sifatnya. Dia sungguh comel. Hati saya dipagut sayu.

Saya tak dapat menahan air mata saya setelah Kak Ngah dan abang ipar pergi ke hospital . Saya memeluk Haziq yang sedang lena itu erat-erat. Kak Ngah mesti sedih! Ya dia mesti sedih kelahiran yang dinanti itu berganti kematian.

Yang menyedihkan hati saya menurut Kak Ngah semasa bayi yang tidak cukup bulan itu lahir, dia lihat mulut anaknya itu terbuka beberapa kali sebelum berakhir. Ya Allah tidak dapat saya bayangkan. Moga Kak Ngah tabah. Menurut bang Ngah pula , Kak Ngah asyik menangis di hospital. Dalam dunia ini siapa yang tidak saya anak?

Malam tadi Haziq tidur dengan saya. Malam itu bila dia panggil ibu, ayahnya saya katakan bahawa ibunya di hospital, Mak Uda pun sayang Haziq juga. Tidur dengan Mak Uda ya. Mujur budak yang berusia setahun 6 bulan itu faham. Akhirnya dia tertidur beralaskan lengan saya setelah saya menyanyikan beberapa buah lagu nasyid dan bacaan ayat lazim padanya.

Sunday, November 19, 2006

Mereka dan aku

SPM sudah menjelang. Saya harap semua student saya berjaya. Cuma saya gentar akan students saya di HG. Saya harap sangat-sangat agar mereka semua berjaya. Walau hanya 8 orang yang bakal mengambil peperiksaan (2 orang mengulang dua tiga subjek) Sebagai guru mereka , saya tetap gentar. Sepatutnya hari ini kelas terakhir saya untuk tahun ini di HG. Tapi bila mereka inginkan saya mengajar mereka lagi esok. Saya putuskan esok saya akan datang lagi ke sana untuk mengajar mereka. Saya mengajar mereka Sains dan Matematik. Esok mereka ingin saya mengajar mereka subjek Matematik seperti hari ini.

Saya amat suka mengajar di sana. Saya dapat mengetahui wajah sebenar dunia dari pengalaman mereka. Bagi saya mereka anak-anak yang tabah. Yang bangun dari sebuah kegagalan yang berpunca dari diri mereka sendiri atau kerakusan insan lain. Saya sayang mereka seperti adik-adik saya. Umur mereka hanya lima atau enam tahun beza dari saya.

Tadi kebetulan saya berpeluang melihat anak kepada salah seorang student saya di HG. Budak itu sungguh comel macam ibunya. Kebetulan keluarganya melawatnya siang tadi. Mereka sempat bertegur sapa dengan saya. Dan saya telah pun mendukung bayi kecil yang berusia 6 bulan itu. Hei bayi perempuan itu sungguh comel. Dan saya tergelak bila teringat ibunya pernah menceritakan pada saya detik-detik dia melahirkan anaknya itu tak lama dulu (semasa dalam kelas sewaktu saya mengajar subjek Sains). Dia sungguh jujur dan saya pula yang terasa malu dan ngilu.

Saya tergelak juga mengenangkan mereka curi-curi salam berlaga pipi dengan saya. Memang saya yang memulakan cara salam sebegitu dengan mereka agar kami lebih erat. Tapi sejak ‘timbul isu’ tentang salam sebegitu. Kami tidak lagi berlaga pipi bila berdepan dengan Misi (orang yang mengawasi mereka) tetapi sebaliknya.

Bila saya tanya kenapa boleh jadi isu. Mereka kata ini ‘penjara’ dan orang di penjara ini ‘Kolot’ .Saya hanya tersenyum walau secara jujurnya saya sedikit terasa dengan peraturan itu. Dalam diam saya mencari silapnya bersalam sebegitu... what everlah!

Friday, November 17, 2006

Ia Indah Bukan?

Islam itu Ad-din. Ia adalah cara hidup atau tatacara kehidupan. Dari segi bahasanya bermakna selamat. Tujuan Islam diturunkan ialah menjaga maruah, keturunan, harta, agama dan akhlak. Alangkah ruginya andai kita mengaku Islam tanpa menghayati makna Islam itu sendiri.

Dan Islam itu berdiri atas paksi keimanan yakni kepercayaan. Terdapat rukun Islam dan Iman yang perlu kau perhalusi. Tanpa iman mana bisa kita dapat mengabdi pada DIA yang satu. Ayuh kita jadi umat Islam yang sesungguhnya. Jangan hanya Islam hanya pada nama. Biar Islam keseluruhannya. Agar sentiasa apa yang kita lakukan itu berpandu dan memperoleh redhaNya.

Sesungguhnya hidup dan matiku adalah untuk ISLAM. Dan aku juga akan mencintai seseorang bahana imannya bahana Islamnya.

“Aku menyintaimu kerana ad-dinmu. Selagi kau berpegang kuat padanya selagi itulah cinta ini akan terus bernyala dengan maraknya. Jika kau masih alpa jangan disalahkanku andai satu hari nanti aku pergi tanpa selaut bicara”

Aku berjalan, melihat dan mentafsir. Mencari cerminan jiwa, agar aku bisa menyucikan keladak dosa yang kian menebal. Aku ini hidup dalam belas al-Rahman dan al-Rahim-Nya. Maka seharusnya aku mendahului cintaku pada-Nya dari yang lain.

Sesekali aku terfikir. Andai satu hari udara yang menyambung nyawaku ini diambil semula. Pasti mati aku kekejangan.

Thursday, November 16, 2006

Haziq yang comel

Dia dah pandai sekarang ini sangat pandai. Telatahnya mencuit hati. Dia dah pandai mengacau mak uda dia. Dia dah pandai merajuk. Dia dah pandai memujuk dan pandai menari. Hehehe dialah Haziq pemata hati yalin..

Monday, November 13, 2006

Hehehe

Kereta Rosak Lagi..

RM524 melayang. Syukran ayah yang tercinta sebab betulkan kereta kancil merah ini. Ayah tukarkan tayar dan apa lagi entah. Ayah kata banyak benda yang longgar. Huhu ternyata Yalin hanya tahu guna jer. Ayah kata tayar kereta botak. Tapi Yalin tengok ok jer. Botak kat mana? Hehehe

Rupanya mak kata ayah risau kat sana. Jumaat lalu dia balik rumah esoknya dia bawa kereta kancil ini pergi bengkel. Hehehe ayah syukran yer. Syukran banyak-banyak.habis duit ayah RM 524 melayang. Tak semengah betul Yalin.

Syukran..syukran wahai ayah.

Tuesday, November 07, 2006

Memohon

Memohon

Ya Allah, sejukkanlah gelojak hatiku dengan salji keyakinan dan padamkan bara di jiwa dengan air keimanan.

Oh Tuhan, buatlah mata yang tak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan , dan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir.

Oh Tuhan, halakan kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu, dan tindakan-tindakan ku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus , dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu kepada hidayah-Mu.

Ya Allah, lenyapkanlah was-was, dengan fajar cahaya kebenaran dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran, dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina.

Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami, dan halaulah keresahan dari jiwa kami.

Kami berlindung kepada-Mu dari rasa takut, kami bersandar dan berserah kepada-Mu. Kami tidak meminta kecuali kepada-Mu. Engkaulah pemelihara kami-sebaik-baik pelindung dan penolong.

Amin ya rabbal alamin.

Thursday, November 02, 2006

ANTI YAMINA ANA YALINA

Yamina dan Yalina

Saya kenal nama ini di Raudah.com. Sekali terpandang namanya saya teruja untuk mengetahui orangnya lantaran nama samaran kami hampir sama. Dia Yamina saya Yalina. Beza antara huruf M dan L. Akhirnya persahabatan dia alam maya ini dibawa ke alam reality dengan bantuan adik Simple-Shida. Alhamdulillah kini saya pernah bersua dirinya dan juga adik Shida. Yamina selamanya saya tak kan lupakan awak. Awak sahabat yang baik, tinggi orangnya, cantik dengan tudung labuhnya. Saya gemar bersahabat dengan awak. Ingat dulu kita saling mendoakan agar berjaya dalam KPLI. Yamina seperti Nile Chem, bila ada kerja kosong dia akan memberitahu saya. (syukran Nile-Chem) Kami (saya dan yamie) berangan-angan tuk jadi roommate atau mate apa sahaja.

Buat awak syukran sebab menyayangi saya. Saya juga menyayangi awak. Walaupun tiada tertulis nama awak di link saya (lepas ni saya letak ya) tapi nama awak sentiasa ada dalam handset saya. Ada dalam ingatan saya walaupun seringkali juga kelupaan dan kesibukan membuat saya tidak sempat bermesej dengan awak. Yamina, Yalina memohon maaf jika ada tingkah Yalina yang menguris Yamina. Yalin sayang Yamielah! Jangan kuat merajuk ok. Dah baca buku ayat-ayat cinta tak? Novel tu bagus. Bacalah nanti boleh kita bincangkannya.

Yamie orang kata cemburu tu tandanya sayang. Nak tahu tak link yang banyak-banyak itu sifu yalin yang letak. Tapi alhamdulillah yalin dah pandai juga meletakkan link. Nanti yalin letak link yamie dalam blog lin yang serba biru ini.

Salam lebaran, salam kemaafan, salam kasih sayang.

P/s:
1.Nile- kad raya awak dah sampai. Syukranya, orang tunggu kad kahwin pula. Heheh

2.Dj_candles- Syukran lawat blog sis. Yup blog ni berwajah baru. Sis bukan rehat nak kahwinlah. Sis still young apa? Heheh

3.Widz- Raya cam mana? Moga widz pun gembira juga. Salam lebaran dan kemaafan.

4.Awang- salam kenal juga buat Awang_blues. Blog cantiklah. Mmg suka dengan kartun itu.

5.Perindu- katamu puitis.. suka mendengarnya. Salamlebaran bersulam kemaafan sahabat.

6.Pu3- salam penuh keceriaan buat awak juga.

7.Rhea- ukhwah yg terbina ini. InsyaAllah moga kekal selamanya.

8.Diya –Akak mmg dah lama pandai menulis tentang cinta. Hehehe kita kan buat cerpen cinta sokmo. Maka hidup ini penuh dengan cinta. Adik jangan nakal sangat yer…. Hehehe.

Saturday, October 28, 2006

Ayat-Ayat Cinta

Ayat-Ayat Cinta

Cinta itu sungguh luar biasa. Cinta yang bersulam redha dan hanya berpaksikan Allah semata-mata. Tiba-tiba saya menjadi seorang perindu. Rindu untuk menjadi pencinta kepada insan yang benar-benar mencintai Allah. Watak Fahri Abdullah Sidiq memberi kesan dalam diri dan hati saya sehingga rindu mengamit saya untuk turut sama menyintai dan mengasihi dirinya. Cinta yang terbangun dengan redha Allah ni benar-benar mengujakan saya. Percintaan yang cantik sekali disertai dengan adab-adab yang menarik serta keluhuran Islam itu sendiri membuat kisah ini menyentuhkan hati sehingga gerimis bisa melanda hati saya.

Lelaki yang Soleh. Itulah Idaman setiap muslimah. Siapa yang tidak mahu bila terpandang sahaja wajahnya cinta pada Allah bersemi. Bila mendengar tuturnya kebesaran Allah dirasai, bila bersama dengannya nikmat iman itu menyelubungi. Bertuah Aisha bersuamikan Fahri. Bertuah Maria dapat bergelar isteri kepada insan yang soleh.

Ya Allah kisah cinta ini sungguh luar biasa. Kerana apa luar biasa itu wujud? Kerna ia sarat dengan ayat-ayat Quran serta ajaran Islam yang luhur itu.

‘ Aku masih mencium bau syurga. Wangiannya meresap ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya.Di sana ku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selamanya.’ (petikan dari Novel Ayat-Ayat Cinta)

Cinta itu bukan sahaja di dunia. Di dunia aku untukmu di akhirat juga aku ingin tetap bersamamu. Andai ku temui insan semulia FAHRI alangkah indahnya. Dan saat itu dapat aku dengar hati ini berdendangkan kepujian melangit untukNya seperti kesyukuran Zulaika yang dapat mempersuamikan Nabi Yusuf a.s.

Dunia ini bukan sebesar daun anggur. Banyak lagi lelaki soleh yang bisa kita termui. Kata-kata dari Fahri yang membuat hati ini tersenyum. Hei saya benar-benar meladeni buku ini dengan setulus rasa hati saya. Syukran buat Riza sebab membenarkan saya meminjam bukunya. InsyaAllah saya akan beli buku ini untuk simpanan sendiri biar Ayat-Ayat Cinta ini memandu saya untuk melayari bahtera cinta saya buat insan dalam
keredhaanNya.

Hati saya kini dipenuhi cinta. Hahaha moga ayat cinta mampu menghiburkan kalian juga. Dan membuka mata kalian walau apa juga situasi kita. Yang di atas itu jangan sekali luput dalam ingatan. Buat Saudara Habiburrahman El Shirazy moga limpahan rahmat Allah keatasmu. Syukran atas hasilan Novel yang membuka mata hati dan iman ini.

Yang meladeni dengan setulus rasa cinta
InsanYalin 06

Thursday, October 26, 2006

Ucapan raya Yalin hehehe

Salam Lebaran

Teringin pula nak buat ucapan Hari Raya buat semua sahabat/sahabiah yang selalu jenguk blog Yalin. Syukran. Buat

1.KAY – Syukran sebab singah blog akak. Salam adilfitri buat adik. Moga ukhwah ni kekal selamanya.
2.GILD – Salam lebaran buat adik. Bila nak balik Malaysia ini? Balik jangan tak balik tau. Hehehe . Oh ya biru mmg menawan kan?
3. MAWAR – Salam lebaran juga buat adik. Akak minta maaf zahir batin andai tersalah kata, atau apa sahaja.
4.PU3 – salam lebaran dan kemaafan. Makan kuih itu jangan lupa Yalin.
5.JIDAH – Syabas sebab puasa penuh. Boleh dapat duit raya itu. Nanti akak bagi kat ATM tapi no pin cari sendiri ya. Hehehe
6. NILE n APPLE – Salam lebaran dan salam kemaafan buat korang. Miss u always.
7.SF – Syukran juga sebab jenguk blog Yalin. Saya tak rajin mana menulis. Tengah kontang idea ni.
8. LOBAM- Sis dah baca cerpen adik. Best ! Tahniah dan teruskan usaha. Adik tanya cerpen akak mana? Tu ada di situ heheheh
9.PERINDU – Salam lebaran dan kemaafan. Putih tidak semestinya suci dan hitam tidak semestinya bernoda mengetuk diriku untuk berfikir. Syukran kadangkala bicaramu buat aku berfikir. Syukran sahabat.
10. IN_UBIE – Selamat hari raya adik, maaf zahir batin.
11. Nissa’Yusof – Bila nak datang rumahnya? Selamat hari raya ya adik Nissa.

BUAT TEAM BS, Selamat Hari Raya buat semua. Yalin dah beli dah BS 108. Memang best!! Cayalah. Teruskan usaha. Oh ya Buat adik PAC ending LM2C tu cantik. Akak suka, hahaha. Salam n wasalam.

Friday, October 20, 2006

BAHANG LEBARAN

PUISI BAHANG LEBARAN

Terhidu haruman lembaran
Bertamu menganti Ramadan
Bertalun takbir kemenangan
Mengisi segenap buana

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Laungan kebesaran itu
Menitip keinsafan
Membuka satu persatu naifku
Terbenam aku kekerdilan

Sekali lagi
Aku mabuk dalam khamar keasyikkan
Menghayati kemerduan
Memuji Tuhan
Allah ya Rahman
Allah ya Rahim.

INSANYALIN

p/s: Saya dah terlampau banyak buat cerpen. sebulan saya rehat dari membuat cerpen cinta. Mencari kelainan dalam berkarya mungkin kisah cinta saya sama sahaja. Jadi tunggu karya kelainanku tentang cinta hahaha. (gelak jahat0

Oh ya sempena lebaran yang akan menjelma tak lama lagi. yalin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada sesiapa yang terasa dirinya telah disakitkan oleh yalin. Minta maaf bukan sengaja. saya insan lemah yang tidak lari dari dosa. maka ceria-ceriakan diri anda sempena ramadan ini. Yalin nak duit raya boleh?

syukran buat SANG HENSEM, MYRA kiut, AKMA, LOBAM ( TAHNIAH karya di BS 108),Adik Nissa, Pu3, Adik Gild dan semua yang melawat blog Yalin. Salam lebaran buat semua. Yok main bunga api!!!

Thursday, October 19, 2006

Yahoo!!!

Pagi ini saya ceria. Saya sebenarnya tengah berusaha untuk membaiki blog saya yang comot. Sifu saya inginkan saya belajar untuk menguruskan blog dengan sendiri. Tapi saya benar-benar tidak tahu. Saya tahu sikit-sikit jer. Seperti nak tambahkan link dan sebagainya. Saya tanya brad,saya tanya pada nile, saya tanya cikgu ramy saya tanya pada semua orang . Saya rasa macam nak muntah tengok benda yang saya tak faham (kod-kod html). Sampaikan saya tekad untuk belajar cara membuat blog yang baru ini hasilnya.
  • Nay


  • Saya sedang mengkaji kod-kod html. Baru saya tahu sukar juga untuk mempelajarinya. Syukran sifu. Syukran sifu atas pertolongan membaik pulih blog saya sehingga ada yang memuji. Hei blog ini bukan hasil dari pengetahuan saya tapi dari sifu saya, Brad (Bro Rodin juga Sifu saya). Brad syukran yer saya memang suka dan cinta warna biru ini. Syukran. Hehehe. Yahoo!!! Saya gembiranya. Saya tengah meleret panjang ini. Jangan matikan senyuman dibibir saya.

    Oh ya selamat berpuasa. Berkobar-kobar saya untuk menghabiskan sisa-sisa Ramadan ini. Buat sifu, selamanya saya akan kenang jasa sifu. Dialah abang dan sifu saya. Saya benar-benar sayang dia. Ha ha ha ha. Setulus hati saya katakan ini!

    Wasalam.

    p/s saya terkejut sebenarnya apabila pagi ini blog saya dah cantik. Saya ingat saya kena mengadap sendirikod2 itu untuk pulihkan blog kesayangan saya ni. hahaha sukanya saya. SYUKRAN SIFU!!! saya tengah jerit kuat-kuat ni.

    Saturday, October 14, 2006

    DARIKU UNTUKMU

    SALAM AKHIR RAMADAN SAHABAT
    SALAM LEBARAN YANG BAKAL MENJELMA
    SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA
    ANDAI INSANYALIN INI ADA MENYAKITI
    SESUNGGUHNYA IKATAN UKHWAH YANG TERBINA INI
    PERSIS KUNTUMAN BUNGA
    YANG MEMBERI DAMAI DI HATI
    SENYAP TAK BERERTI LENYAP
    DALAM HATI INI ADA RINDU YANG MEMBARA

    SYUKRAN PADA YANG MELAWAT TERATAK KATAK YALIN.PERINDU, SYUKRAN ATAS KATA INDAHMU. NILE, SYUKRAN ATAS PERTOLONGANMU, JIDAH, SYUKRAN ATAS KUNJUNGANMU, HAIZAM,KAU MENINGATKANKU TTG KENENGAN DI UPM...ERM SYUKRAN BUAT SEMUA.

    Wednesday, October 04, 2006

    PUISI YALIN

    PUISI YALIN

    Izinkan

    Izinkan aku mabuk
    Meneguk khamar keasyikkan ibadat

    Izinkan aku melebur dosa
    Yang terhimpun di dada kejahilan

    Izinkan aku mencungkil keinsafan
    Menghimpun ketaqwaan
    Untuk ku persembahkan padaMu

    Izinkan aku dalam berada
    Dalam kenikmatan nyawa ini

    Ya TUHAN
    Moga RAMADAN meyentak lenaku
    Kezulmatan beralih sinar

    InsanYalin06


    PROSAIK

    Ini puisi prosaik
    Tercipta dikala aku kosong
    Untuk apa matamu tertancap lagi?
    Mengapa masih menatap?

    Kau tertipu
    Aku terlongo
    Amaran sudah ku beri
    Kutalun berkali-kali
    Kau masih lagi meladeni

    Hei RAMADAN hanya sekali
    Ia bukan prosaik tapi sesuatu
    Yang progresif!

    InsanYalin 06


    INSAN

    Bahana aku insan
    Terlupa aku
    Yang dia memandangku tajam
    Menyapa dalam bahasa bisu
    Yang jahil untuk aku mengertikan

    Bahana aku insan
    Aku terlupa
    Namaku bisa tercatat diukiran nisan
    Terpasak di bumi TUHAN

    Bahana aku insan
    Aku harus bangkit
    Mengagung TUHAN
    Bangkit mengisi RAMADAN!

    InsanYalin 06


    BERAT
    SAJEN)

    Aaaaaa !!! Beratnya mata!
    ZZZzzz

    Aaaaaa!!! Beratnya nak sahur!
    ZZZzzz

    Aaaaaa!!! Beratnya nak pergi Tarawih!
    ZZZzzz

    Aaaaaa!! Beratnya nak baca Quran!
    ZZZzzz

    Arghhhh!! Beratnya badanku!!!
    Dari S bertukar XL
    TIDAK!!!!
    Baju kebayaku sudah tak muat!!!

    InsanYalin 06

    p/s:Afalnya katak itu suka melompat..agaknya tu sebab hari pun dia lompat. Biarlah Brad 31/9/06 tu, kenangan. Idea buat cerpen tak ada maka terimalah puisi dari saya Putri Katak..

    Monday, October 02, 2006

    ermmm...

    30/9/06
    Cicak Oh Cicak

    Seberani saya rupa-rupanya ada binatang yang kecil saiznya bisa menakutkan saya. Walaupun tubuh saya berkali ganda besar dari tubuhnya tetapi binatang kecil itu mampu menarik seluruh kegelian dan ketakutan saya. CISS!! Kenapalah saya boleh takut pada haiwan yang tidak semengah itu? Kenapalah saya boleh gerun padanya sedangkan kalau saya pijak dia tentu dia mati katak!! Alahai bencinya saya.

    Semalam balik dari mengajar kelas tuisyen dan seusai saya melakukan apa-apa yang patut kelihatan anak saudara saya dengan Mak Longnya ( Kak Long saya) sedang mempamer senyum. Terkejut saya bila mendapati di tangan Kak Long saya ada seekor cicak. Ya ALLAH gelinya saya. Tak dapat saya bayangkan cicak itu yang rimas atau mungkin barangkali lemas berada dalam gengaman kakak saya ( hehe padahal saya geli tengok afalnya cicak itu) . Kakinya, ekornya, badannya dan mukanya eee keseluruhannya menakutkan saya!

    Saya benci cicak. Semalam saya telah menjerit-jerit ketakutan bila disuakan seekor cicak. Saya lihat anak saudara saya yang ketot itu tergelak-gelak melihat Mak Udanya yang ketakutan ni. Dia memang nak kena!

    Kak Long: Ziq, cam mana mak uda jerit takut cicak?
    Haziq: Aaaa (pandai dia mengajuk saya sambil mengeleng-geleng kepalanya cis!!!)

    Kak Long: Ziq nak bagi siapa cicak ni?
    Haziq: Da..Da
    Saya: (Sabarjelah budak ketot ini)

    Sebenarnya saya ketakutan tapi tidak dapat sempunyikan gelak saya bila anak kecil yang baru berusia setahun empat bulan itu mengusik saya. Akhirnya saya lari bersembunyi di bilik. Tolonglah Jangan kejar saya dengan cicak!! Saya boleh menangis bila orang lemparkan cicak pada saya. Dan barangkali juga saya boleh mati ketakutan bahana seekor cicak!!!

    P/s: Selamat berpuasa moga kita tak lupa membaca Al-Quran. Bagi sesiapa yang tiada teman tadarus bolehlah mengikuti tadarus Al-Quran di TV 1 jam 3.30 am. Tapi pagi semalam pukul 4 baru mula. Sekurang-kurangnya kita ada temam untuk bertadarus. Hidupkan Ramadan. Hidupkan malam. Cicak mati pun tak per! Hahaha – pesanan dari peminat RTM yer yer jer. Hehehe.

    31/9/06

    Seronok sangat. Ayah dan Hisham ada. Suasana berbuka puasa begitu meriah. InsyaAllah minggu depan ayah sudah tidak lagi kerja di KL. Ayah akan balik Perak buat selamanya. Heheh syoknya!! Dah tak jauh lagi dengan ayah. Ayah dah pencen. Umurnya sudah masuk 55 tahun. Tapi ayahku ini masih lagi gagah dan bergaya. Memang suka ayah balik sekurang-kurangnya zubir berpotensi menjadi anak yang cemerlang. Ayah memang tegas dalam mendidik anak. Tegas dalam sayang. Hehehe.

    1/10/06

    Cepat masa berlalu. Sudah bulan sepuluh. Tarian pena ini masih beku. Entah apa yang ditunggu. Kemalasan semakin berganda-ganda. Rindu nak menulis tapi kekeringan idea membantut segala. Entah kenapa nak bangun pagi pun terasa berat. Yang nyata jam yang berbunyi 3.30 pagi saya biarkan ia menyanyi tanpa respon yang sepatutnya. Asyik saya membatukan diri. Ternyata kalah sedangkan syaitan di dunia semua tergari. Mungkin syaitan dalam diri yang bermaharajalela. Argh! Saya perlu sali! Ramadan bukan datang selalu. Saya kena menghargai peluang yang ada! Mana tahu entah tahun depan insanyalin hanya tinggal pada nama yang tercatat pada seketul batu berukir yang terpacak di dada bumi.Siapa tahu.

    2/10/06

    Hari ini students saya ambil PMR. Buat pelajar-pelajar saya di HG, moga dapat jawab soalan dengan baik. Cikgu doakan. Ameen. Buat students saya di pusat Tuisyen SCI Dedikasi moga buat yang terbaik juga. Ingat man jada wa jada. Siapa berusaha pasti berjaya. Buat Ika, Faieza dan Biman juga Solehah buat yang terbaik. Kamu boleh jika kamu mahu. Aie, Isya, Ain dan Hidayat , cikgu juga doakan buat korang.

    Ya Allah moga KAU permudahkan studentsku menjawab kertas PMR dengan baik. Bantulah mereka Ya ALLAH. Moga mereka mengingati segala apa yang telah mereka pelajari. Amin.

    Wednesday, September 27, 2006

    Bila Pena berbicara

    KITa BuKan OKU tapi OKB

    Kita bukan orang kurang upaya
    Tapi orang kurang berusaha

    Kita bukan tidak berdaya
    Tapi manja terlampau over

    Kita bukan tak ada deria rasa
    Tapi kita matikan diri untuk merasa

    Kita bukan tak cukup sifat
    Tapi afal malas lebih menguasai

    Kita lebih teruk dari OKU
    Boleh melihat tapi buta mata hatinya

    Mereka buta mata tapi celik mata hatinya
    Mereka tidak upaya tapi tak lupa untuk berusaha

    InsanYalin
    P/s: Ilham ketika hatiku tersentuh melihat mereka.


    RSZ

    Pintu Ramadan mengetuk
    Laksana guru yang membentuk
    Kesedaran terhantuk
    Amalan mula terbentuk

    Syawal menjelang
    Hati tertawa riang
    Kesedaran hilang
    Keborosan tidak terbilang

    Zulkaedah menyapa
    Diri kembali alpa
    Amalan mula dilupa
    Al-Quran langsung tidak disapa
    Kembali menjadi manusia alpa

    Minta dijauhkan.

    InsanYalin 06
    P/s: Moga Ramadan terus mendidikku hinga keakhir hayatku. Ameen.

    Friday, September 22, 2006

    Sempena Ramadan

    Bila datang bisikan syaitan……


    1.Jika ia datang kepadamu dan berkata “anakmu mati” , katakan padanya , “Sesungguhnya setiap mahkluk yang hidup di ciptakan untuk mati dan peninggalan dariku (anakku) akan masuk syurga.


    2.Jika ia datang kepadamu dan berkata “Hartamu musnah” , katakan padanya , “Segala puji bagi Allah zat yang maha memberi dan mengambil lantas mengugurkan atasku kewajipan zakat”


    3.Jika ia datang kepadamu dan berkata “orang –orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seseorg pun” maka katakan padanya “Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan”



    4.Jika ia datang dan berkata “Betapa banyak kebaikanmu” Tujuannya untuk menjerumuskan kamu agar bangga diri(ujub) ,maka kata kan padanya “Kejelekkanku jauh lebih banyak daripada kebaikanku”


    5.Jika ia datang kepadamu dan berkata “Alangkah banyaknya solatmu” ,maka kata kan kepadanya “kelalaian ku lebih banyak dari solatku”


    6.Jika ia datang dan berkata “ Betapa banyak kau bersedekah kpd org miskin “ maka kata kan padanya “Apa yang saya terima jauh lebih baik dari apa yang saya sedekah”.


    7.Jika ia berkat padamu “Betapa banyak org menzalimimu” maka kata kan kepadanya “Orang yang ku zalimi lebih banyak”.


    8.Jika ia berkata padamu “Betapa banyak amalanmu “ maka kata kan padanya “Betapa senangnya aku bermaksiat”


    9.Jika datang kepadamu dan berkata “minumlah minuman keras” maka kata kan kepadanya “Saya tidak akan mengerjakan maksiat”


    10.Jika ia datang kepadamu dan berkata “Mengapa kamu tidak mencintai dunia?”
    Maka kata kan padanya “Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya”


    p/s:Marhaban ya ramadan. Selamat berpuasa buat semua dari Yalin.

    Thursday, September 21, 2006

    RAMADAN

    1.BUAT SANG PENGEMIS CINTA.

    Jangan kau mengemis cinta lara
    Rafakkan cinta itu ke langit tujuh
    Dakap erat cinta dari langit
    Yang bisa menganugerahkan cinta seisi buana

    Ramadan menyusul
    Biar cinta itu juga mekar
    Moga keberkatan menjanjikan
    Kebahagian menyentuh
    Andai ditakdirkan kita bersatu
    Cinta ini kujanjikan setia
    Hanya buatmu wahai kekasih

    Tapi jika cinta itu gugur
    Syukran kerana pernah
    Menyayangi diri ini
    Dan mengajarku erti rindu
    Kau bukan pengemis
    Tapi insan dermawan
    Yang terlalu ingin menderma cintamu

    Dari Al-insanYalin untuk Al-razi


    2.RAMADAN
    Alhamdulillah Yalin masih dalam nikmat nyawa lagi. Syukur pada Allah. Tak lama lagi Ramadan bisa menjelma. Alhamdulillah masih ada nikmat nyawa untuk menyambut Ramadan untuk kali ini. Hari ini kelas start pukul 2. Malam ini merupakan kelas terakhir Yalin di Pusat Tuisyen di Taman Saujana. Yahoo! Malam Ramadan ini insyaAllah Yalin pastikan tak ada kelas tuisyen. Budak-budak dah nak dekat periksa. Yang UPSR Yalin tidak kisah sebab dah lepas. PMR ini, moga anak-anak murid Yalin di SEK HG dan yang di Pusat Tuisyen SCI Dedikasi itu buat yang terbaik untuk PMR kali ini. Cikgu yakin korang semua boleh jika korang lenyapkan rasa malas dalam diri korang itu. Caiyok! Caiyok!
    Minta maaf juga sebab cikgu selalu membebel suruh korang baca buku. Cikgu memang cuka membebel kalau korang nak tahu. Haha bebelan yang mungkin buat korang benci. Tapi cikgu tahu korang sayang cikgukan? Hahaha.
    Untuk bebudak SPM juga buat yang terbaik. Cikgu doakan buat korang agar berjaya dunia dan akhirat. Ameen. Pastikan KIMIA dan BIOLOGI dapat A ya. Tapi jangan dua subjeck tu jer semua sekali biar dapat A. Caiyok! Caiyok!
    Buat adikku HISHAM n ZUBIR. Jangan malas-malas. Hisham moga tamat pengajian di UM dan jadi cikgu yang baik. Zubir jangan nakal-nakal sangat. Rajin sikit diri itu untuk belajar. Kak Lin belasah kau baru kau tahu yer! Hehe cam kuat jer kakak kau ini.
    3.HAZIQ
    Dulu kini dan selamanya Mak Uda sayang HAZIQ. Makin comel intan Mak Uda ini. Semua dia dah pandai. Hahaha. Love u baby. Nanti Mak Uda scan gambar Haziq jadi penyeri kat blog Mak Uda yer. Oh yer Haziq bakal dapat adik baru heheh, ini bermakna Yalin bakal dipanggil Mak Uda lagi oleh insane yang baru. Bestnya!


    4.KALAU tak salah Yalin ada orang tanya Yalin belajar kat Kolej Taj tahun bila? Emm lepas SPM. Yalin masuk sana setelah dapat MATRIK under KPM di Kolej Taj, Trolak Country Resort tahun 1999. Setahun setengah Yalin kat sana ambil Sains Hayat.

    5.OH YA! Jangan lupa beli BS 106 ada cerpen FATHIAH AMYSYAR. Lepaskan Dukamu ii. Yalin suka baca cerpen dia. Hei awak jangan lupa menulis lagi cerpen awak ini best! Sungguh! Tak benar Yalin tak kata.

    6.BUAT APPLE n NILE. Hang pa berdua ada interview hari ini kan? Moga berjaya yer. Ameen.Ameen.Ameen. Nile jangan takut sangat. Minum air kopi. Apple punya petua tukan di samping baca bismillah 21 kali. Moga sahabatku ini berjaya.

    Catatan TAMAT.

    Tuesday, September 19, 2006

    Pengemis dan Cintanya by Al-riza

    Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

    ...

    Pengemis dan cintanya

    Aku hanya pengemis

    Yang menadah tangan

    Mengharap derma cintanya

    Jika dia memberi

    Berbesarlah hatiku

    Jika dia berpaling dan memandangku jelik

    Aku hanya menunduk malu

    Kau di sini

    Sudah semakin dekat denganku

    Namun semakin jauh kurasakan

    Tika kau berkata “usahlah datang bertemuku”

    Maafkan aku

    Kalau compang campingku memalukanmu

    Maafkan aku

    Jika busuk badanku merimaskanmu

    Maafkan aku

    Andai ada cacat celaku yang memalukan keluargamu

    Aku hanya pengemis yang upaya memandangmu jauh

    Mengharapkan cintamu yang kutahu jalannya payah

    Mendambakan kenangan yangku tahu susahnya dicipta

    Aku hanya pengemis

    Yang hanya mampu melihat bintang

    Mengiranya, langsung kutahu satu bintang tidak muncul malam ini

    Adakah itu bintangku?

    Aku rayu

    Berikanlah aku satu sen daripada cintamu

    Buat aku membeli kenangan

    Akan ku simpan dalam sampul hati

    Hingga ajal menjemputku mati.

    Al-riza

    Nota: Sajak ini kuilhamkan ketika hatiku sepi, ketika aku menerawang tanpa tujuan dengan kapcaiku, ketika aku memandang ke tingkap dan merasakan dia semakin hampir denganku, ketika aku membaca “ayat-ayat cinta” yang tak mungkin itu cintaku, ketika aku diperbaringan dengan keluh kesah ketika mataku degil untuk meninggalkan hari ini dan juga ketika aku tidur tanpa seindahnya mimpi.

    p/s: Kredit for his. Syukran sahabat atas puisimu ini. Salam dari Yalin buat semua. Syukran sebab datang menziarah teratak Yalin. Yalin amat menghargainya. 2007 tu gimik jer..hahaha. Apa-apa pun syukran buat PU3 atas teguran. Yalin nyanyuk sebenarnya.

    Tuesday, September 05, 2006

    Kenangan terindah BS

    30/8/2007
    11.00 am
    Thanks You Maxis

    Haha entah apa yang saya buat hari ini. Dan tindakan saya ini dijayakan oleh Maxis. 200 sms percuma buat saya mempromot cerpen tak seberapa saya yang keluar di BLUES SELAMANYA 105 . Siap saya kena gelak dari seorang Pak Cik. Tak kisahlah. Itu cerpen yang ke 19 saya yang keluar di majalah itu.Saya bukan nak promot cerpen saya sahaja tapi juga kandungan majalah itu sekali. Saya dah sayang sangat kat majalah itu. Dari tahun 2003 hingga kini 2006, telah banyak melakarkan kenangan manis buat saya dengan Bs. Walaupun tak pernah sekali saja jejak MOY PUBLICATION itu. Tapi saya dapat merasakan jalinan ukhwah walau berjauhan. Saya nak sangat majalah kegemaran saya itu (selain DAF ) dihayati oleh semua orang. Hei, yoklah ramai-ramai baca BS!!

    InsyaAllah kalau ada ruang dan peluang serta izin dari-Nya nanti, saya akan menjejak kaki saya buat pertama kalinya ke situ. Doakan saya sampai nanti ya. Teringin nak jumpa sifu saya untuk merakamkan jutaan terima kasih buatnya. Serta teringin juga berjumpa dengan former setia BS yang tidak jemu-jemu ‘sanggap’ dengan majalah itu. Hei hidup BS!! Hidup kalian. Nak jumpa juga HERO BS yang dikatakan gila melukis tu hehehe. Nile, Rhea akak Jiewang dan semualah.

    SMS YALIN:
    SENGET JANGAN LAYAN cerpen Yalin yang keluar kat BLUES SELAMANYA 105. Sila beri sokongan.Hidup BS!! Beli jangan tak beli:-)

    ANAK MURID:
    Tak nak saya beli, baik saya sedekah duit itu.

    SMS YALIN:
    Malas cikgu nak layan kamu.  Jawapan dari cikgu nakal. Heheh
    Yalin dalam hati : Kureng betul anak murid aku yang sorang ini. Hehehe padan muka Yalin.

    Buat Adik Umar. Hei! Kak Uda sayang adik sebab selalu ada untuk sokong Kak Uda. Dia yang pertama balas SMS Yalin. Dia kata nanti dia cari. Haha syukran adik. Moga berjaya dalam interview KPLI yer. Kak uda doakan.Ameen.

    4.00 pm

    Pergi cari tiket bas. Ya Allah tiket dari Batu Gajah ke Kuala Lumpur dah habis. Hasrat terbantut. Malas betul nak pergi Ipoh. Huhu ketawa dalam tangis.Tapi rasa terharu sangat bila ramai yg tanya datang ke tak? Ramai yang suruh datang. Nile Syukran, in_ubie n Jidah comel syukran, Akma syukran sebab ofer nak ambil kat PUDU, Apple yang ada di KL pun siap bagi cadangan suruh keluar awal-awal pagi ke Ipoh esok beli tiket. RHEA syukran atas ingatan. Famia syukran juga sebab ambil berat. Hei korang love u all. Orang cuba yer cari tiket esok! Kalau tak ada juga, nampaknya bukan jodoh kita nak jumpa.

    31 Ogos 2006

    Cari tiket ke Medan Gopeng. (Baru tahu Medan Kid dah tak ada bas heheh). Syukur sangat bila adik cda mesej boleh temankan. Yahoo!! Beli tiket pukul 6. Sambil itu plan-plan dengan Nile bila dah sampai KL nanti. Nile budak yang terlampau over dos baiknya. Sanggup nak ambil orang kat PUDURAYA. Nile dari Bangi tapi sanggup nak ambil orang kat PUDU. Nasib baik adik Cda ada. Boleh beranikan diri naik LRT n Komuter dengan dia. (Bukan tak pernah naik tapi dah lupa). Sebenarnya adik AKMA dah offer rumah dia. Tapi orang betul-betul nak kenal rapat dengan Nile. Lagipun Apple dah ada kat rumah Nile (orang rindu kat Apple lagi walhal selasa lalu baru jumpa dia heheh) so nak gi rumah Nile juga. Haha aku yang nakal! Nile orang sayang awak yer. Awak ini mmg boleh jadi sahabat yang terbaik.

    cacatan kronologi perjalanan Yalin tertangguh.

    1 September 2006

    Huhu pergi Medan Gopeng untuk naik bas pukul 6. Tapi terpaksa tukar tiket ke jam 8 malam sebab adik Cda tak sampai-sampai lagi. Kesian dia balik mengajar sibuk memenuhi tuntutan kakak dia ini. Hehe syukran adik. Mak dekat rumah risau berkali-kali telepon tanya kawan itu dah sampai ke belum? Dah naik bas ke belum. Haha orang faham, sebab dia adalah emak yang sentiasa risau tentang insan yang bernama Yalin. Jumpa Zurin kat Medan Gopeng. Pensyarah di salah sebuah pusat Matrik sahabatku itu. Haha tahniah wahai sahabat. Sibuk berborak. Teruja betul bila jumpa sahabat lama ini. Heheh.
    8 malam naik bas. Sampai dalam jam 10 lebih. Nile yang baik hati datang menyambut dengan ditemani oleh Apple. Nile cakap Yalin lain dalam gambar. Haha. Syukran Nile. Malam itu tidur dengan Nile and Apple. Adik Jidah dengan adik Cda tidur di atas. Atas alasan orang tua-tua nak sembang budak kecil tak leh masuk campur. Poyo jer. Kah kah kah. Nile, mmg sahabat yang baik. Woi korang, Nile itu sweetlah. Apple pula tak yah cakaplah dia mmg best. Suka kawan dengan dia. Hei awak (Apple) 34 43 hahaha yang lagi sorang tu 58. Yang sibuk nak join sama 216 tapi tak leh nak link. Hehehe. Sabarjelah.

    2 September 2006

    Awal pagi dah bertolak. (Ya ke awal pagi, padahal siap bersembang panjang dengan Nile.Budak itu siap tunjuk karya dia dan gambar lama-lama dia) Memasing sembang pasal memori di BS. Kenangan berkenalan dengan BRADERMACHO yang hensem itu. Apple minta maaf yer, bukan tak mahu memberitahu tapi biarlah bukan dari mulut Yalin. Biar dari mulut dia sendiri. Tahu telinga Apple jadi panas sebab malu. Sorry kawan Haha.
    Sampai di MOY dekat pukul 12. Tapi yang lain tak sampai-sampai lagi. Kita orang pergi minum dulu. Macam tak cayer jer dah sampai kat sini. Nampak Brad heheh , itulah sifuku. Nampak pu3 (dia memang cun) , in_ubie (rabun cam kak yalin) dan Akma (cute jer dia).
    Alahai orang jumpa adik PAClah. Cutenya dia!!. Hensemlah kiranya budak sorang itu. Syukran atas coklat yer adik. Jumpa FAZRUL ARHAN, wow!! Lukisan dia cantik dan nampak real. Boleh pinjam tangan itu tak? Dia juga hensem kih kih kih tapi kalau dia pakai spek mata tentu lagi hensem. Jumpa JAKALLL budak senegeri dan senegara, PERAK tercinta. Ingat dia ini sombong tapi baik juga mamat ini. Jumpa Dragon, Famia, Ain, Mawar, Sang dan adik angkat dia, dan yang paling orang nak jumpa sekali ialah RHEA. RHEA , syukran atas nasihatmu. Syukran atas puisimu. Hei orang sangat gembira jumpa awak. Dan tidak lupa juga buat TINA. Budak itu bijak sungguh! Haha.
    Yalin minta maaf sebab kurang bercakap. Tapi rasanya Yalin riuh juga dari adik in_ubie yang pemalu terlebih dos itu. Heheh. Hei, Yalin sayang korang semua. Dengan hati yang ikhlas ini Yalin khabarkan, sayang korang semua.
    Semoga jumpa lagi di lain waktu dan ketika.

    3 September 2006

    Pulang ke tanah air tercinta. Terasa gersang dan sedikit usang apabila tidak memijak bumi tercinta ini selama dua hari. Nile dan Apple yang hantar adik Cda dan Yalin ke PUDURAYA. Nile siap menangis lagi mengiringi bas yang berlalu. Dia mmg seorang yang sensitive. Rhea pagi-pagi dah hantar mesej. Dia memang sweet. Yalin sampai Batu Gajah pukul satu tgh hari. Syukran juga buat Famia dan Akma .

    SALAM BLUES SELAMANYA dari INSAN YALIN, BRUTAL IN IMAN tapi sedikit penakut. Sedikit ke banyak heheheh?. Oh ya syukran atas lakaran-lakaran berharga pada sketch pad yalin. Adik PAC syukran yer heheh. Banyak adik lukis untuk akak. Tapi tak cukup lagi rasanya itu. Syukran sekali lagi. Emm syukran untuk semualah.

    P/s: Oh ya Orang kertas aka KALAMUTIRA syukran sebab beli BS dan baca cerpen Yalin. Juga buat adik Cahaya Pena, syukran sebab baca cerpen akak, heheh ending dia memang cam tuh. Sila sambung sendiri. Adik DIYA huhu nak suruh akak sambung cerpen itu jadi mode novel. InsyaAllah akak cuba yer. Doa-doakan. Moga terhasil sebuah novel dari Putri_katak Nay ini.
    Untuk DOKDANG sahabatku. SENGET, JANGAN LAYAN mana ada sambungannya. Hehe nantilah orang ikut cakap DIYA buat novel cerpen itu. (Kalau rajin bangat) . Hei syukran tau sebab baca. Orang amat menhargainya. Sungguh! Sungguh!

    Catatan TAMAT menunggu dientikan. Entah bila lantaran komputer kong king kong.

    Wednesday, August 23, 2006

    TanpaTajuk

    Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

    Sakit perit, itu yang aku rasa. Sebab apa? Biarlah. Biar hanya diri yang tahu selok belok penawar racun hati ini. Orang lain tidak berhak tahu. Orang lain tidak berhak melontar ayat tanya seperti kenapa? kerana akulah pemilik mutlak diri ini selain dari DIA yang mampu memanggilku dengan panggilan dan melamarku dengan pinangan mautnya. Jika jodohku sampai, aku akan dibawa ke satu daerah yang tidak pernah langsung aku jejaki selama ini. Hanya mendengar nama tempat nya di sebalik kalam yang benar.

    Dalam diri ini ada hati. Dalam hati ini sarat dengan cinta. Cintaku luas. Tidak hanya pada TUHANKU, tidak hanya tertumpu pada si dia yang mendapat ruang di hatiku, tidak hanya untuk ayah ibu tercinta, tidak hanya buat kawan-kawan yang mengasihiku. Tapi cintaku ini tersebar merata. Rasa cinta yang maha luas ini membuat aku lemas dalam lautan kasih sayang yang tidak bertepi. Namun aku rafakkan kasih ini pada yang sepatutnya agar kekecewaan tidak sekali menyapaku rakus. Walau kecewa itu ada walau seribu kali ku tegas jangan hampiri aku!. Biarlah. Itu seni kehidupan yang wujud dalam fakulti jiwa. Seni yang terindah bila perasaan itu dari setitik beralih dua lantas memenuhi lohong hati ini dengan warna-warna yang menarik.

    Sesekali aku berfikir sejenak. Ku cuba menanam kehijauan ini agar sentiasa dapat memanduku terang. Kerisauan menyapa takut cintaku pada insan menabrak janjiku pada Khalid. Oh tidak. Aku tak mahu sejahil itu aku mencintai manusia sehingga aku korbankan kasih teragung yang perlu ku semai padu. Hei aku ingin kahabarkan padamu. Kasih agung ini kasih abadi. Kau tidak akan kecewa apatah lagi dihukum penjara rindu. Rindu padanya nikmat sedangkan rindu pada insan ini sakit. Sakit di sini. Di hati ini kau akan tak terdaya menangung rindu. Tak percaya. Bercintalah! Ladeni rasa cinta itu. Dan khabarkan padaku nanti!

    NOTA KAKI

    1.KHA aka Hani Hamsyari. Nak kena betul peminat Hilmi Rindu ini. Kenapa baru kini kau katakan yang kau adalah Hani Hamsyari. Hahaha nakal ya budak bertuah ni. Sabarjelah.

    2.Adik Nissa Yusof, insyaAllah kalau ada izin dari-Nya. Kita jumpa kat pasar Batu Gajah. ( Apa kelas jumpa kat pasar kan hehehe).

    3.ADIK DIYA NORDIN syukran sebab selalu datang ke taratak katak ini. Ingat tau pakai spek mata itu. Orang yang pakai spek ini ayu/ macho. Macam abang permalu itu. Hehehe kacakkan dia. Kah kah kah. Yer adik rebut peluang!

    4.PERINDU, biar katamu sarat dengan cinta rindu. Walau kau nafikan hidupmu tiada rindu kekosongan cinta. Kau tipu yer!!!!

    5.LIANA n CAHAYA PENA n CDA Raudah juga Ummu Khair serta Yamie dan tak lupa adik SITI HASMAH moga ukhwah kita berpanjangan.

    6. APPLE hei mesti tidak sabar nak konvo. Selamat sahabatku. Moga berbahagia di hari bersejarah itu nanti.

    7. Buat teman yang hari lahirnya jatuh pada tanggal 26/8 . Selamat hari jadi sayang. Moga ukhwah ini berpanjangan. Sayang awak!

    Sunday, August 20, 2006

    SAYA, BS dan DIA

    Saya, Bs dan Dia

    Entah kenapa kehadiran rak buku baru menyebabkan saya memugar buku-buku kesayangan saya untuk diletakkan ke rak yang baru. Hei! Itu tindakan yang semestinya. Buku-buku kesayangan saya ini harus diletakkan di tempat yang sepatutnya. Gembira saya menyusun komik-komik kesayangan saya, Majalah Blues Selamanya, Malajah DAF, serta buku-buku ilmiah yang saya beli. Juga buku untuk saya mengajar.

    Saya mula menyoroti sejarah saya dengan BS ya ALLAH sungguh banyak kenangan indah saya dengan BS. Saya baca balik komen pertama saya di ruangan HELLO BEBEH. Saya terkenang si dia yang hadir sebagai kawan dalam hidup saya hingga ke hari ini. Dialah yang memberitahu saya yang komen saya tersiar di BS via email. Dia juga yang mengajak saya berdakwah semasa saya di UPM dulu dan dia jugalah yang tak jemu-jemu bergaduh dengan saya via SMS. Dan semalam dia memberitahu sejelas-jelasnya pada saya yang dia sayang saya dah jatuh hati pada saya. Saya tidak pernah bertemu dengan dia. Tapi dia jatuh hati kerana karya saya. Pelik bukan.Saya bukan penulis agung saya hanya penulis cerpen jalanan.

    Saya teringat perkenalan saya dengan seorang abang yang baik. Lantas peluang demi peluang diberikan pada saya. Saya bersyukur. Dari hanya komen di ruangan HELLO BEBEH beralih kepada satu ruang untuk saya “MEMBURU MIMPI BERSAMA NAY” tapi tak bertahan lama sebab saya suka merepek. Kemudian saya cuba-cuba menulis cerpen. Alhamdulillah diterima dengan cincangan yang kritikal. Kemudian abang itu suruh saya cuba buat novel mini. Masa itu saya terlalu naïf. Memang saya sukar untuk melakukannya. Tapi saya cuba juga. Terhasil tapi dengan hasil yang tidak berkualiti. Saya menyesal sebab tidak menghargai peluang yang datang ada hanya sekali itu. Jika saya buat yang terbaik pasti karya saya menjadi tatapan umum. Syukran jazilan buat abang yang baik itu. Jasa abang yang baik itu tak saya lupa sampai bila-bila. Abang tu dah jadi SIFU saya dulu, kini dan selamanya.

    Itu sebab saya kan marah pada orang yang diberi peluang tapi tidak menghargainya sebaik mungkin. Saya insan yang suka sangat kalau diberi peluang untuk menulis. Itu seolah-olah kepercayaannya pada saya. Buat dia syukran sebab memberi saya peluang untuk membantunya. Percaya tak, kalau saya katakan saya belajar dari setiap tugasan saya yang berbayar itu. Awalnya saya menolak bayaran tapi dia menasihatkan bahawa setiap kerja perlu mendapat upahnya. Syukran buat dia. Syukran yer. Saya tak akan lupa sampai bila-bila.

    Saya baca balik BS lama-lama. Heheh saya teringat kartun BLUES KEHIDUPAN by BAWANG. Ini yang kartun paling saya minat. Karya BOYOK juga saya minat, ingat lagi watak Abang Faisal, Sue, Kak Ana erm memang best. X-gen mulanya saya tak minat sebab saya minat pada orang yang lukih komik tuh heheh (ketawa sambil jelir lidah). Tapi lama-lama baru saya minat x-gen. Sebab adik saya Zubir suka sangat baca karya JAKALLL itu. Karya BLUE dan V-KEYpun saya suka. Keladi pun sama. TOPAN citer 17 ‘n’ STORY dia yang saya minat. Lukisan dia cantik tapi seksi giler. Malu saya nak tengok lebih-lebih. KIND JK hahah ‘hatiku terkoyak lagi’ bahasa cinta yang terlalu hiperbola. Dia mmg karat. Sekarat-karatnya.

    Hahah karya ANNE D FERRA, NIGHTMAN dalam blues tengah malam. Ini saya jarang baca sebab takut hahaha. Hei nak tahu tak BS banyak peningkatan. Dulu tak ada PAC, sekarang dah ada. PAC ini ibarat sebutir bintang tau! ( lepas ni mesti dia perasan gila heheh) Dulu tak ada BLUR sekarang dah ada. Dulu tak ada sesuatu antara waktu sekarang itulah yang bestnya. Dulu tak ada SANGBOGOROYO tgk sekarang dia ada. Dulu APPLE tak ada. Sekarang damai di hati boleh kita cari bersama APPLE. Cayok! Cayok! APPLE! Hei yok ramai-ramai beli BS.

    Ada kenangan indah antara saya dan BS. Hidup Blues Selamanya! Kerana BS hati saya melonjak-lonjak untuk mencapai cita sebagai PENULIS selain peranan cikgu yang saya bawa selama ini. (Ini kalau mak dengar mesti marah! Heheh )

    Salam dari Yalin.

    Tuesday, August 15, 2006

    LIMAZA

    Kenapa ya? Kenapa seseorang itu berpaling dari cahaya menuju zulmat. Di mana salahnya? Di mana silapnya? Apakah yang sedang berlaku? Tolong jawab untukku. Biar jeles segala pertayaan yang mula bersarang serabut di fakulti mindaku.


    Cahaya
    Kezulmatan
    Kau padam cahaya
    Kau kejar zulmat

    Akalmu waras?
    Aku jadi sangsi
    Tindakanmu benar?
    Atau kau dikaburi janji dunia.

    Kembalilah
    Jika masih ada cahaya
    Yang menyuluh dalam kelam

    Kembalilah
    Jika secalit iman itu
    Memberi kekuatan

    Mungkin kau kabur
    Langkah mula merapu

    Insanyalin 06

    Wednesday, August 09, 2006

    Renung-renungkan...

    Adat Bersendikan Hukum ,
    Hukum Bersendikan Kitab Allah
    Syarak Menyata dan Adat Menurut


    renung-renungkan.
    Majulah Islam buat semua. Ingat bila kita pinggirkan ISLAM hidup kita akan kelam. Lihatlah sejarah. Bagaimana zaman gelap melanda Eropah? Adakah kalian telah buta. Moga Lina anak pak Akob ini tidak buta matanya. Ameen.

    Tuesday, August 08, 2006

    TENTANG ogos lagi

    Catatanku pada 5 OGOS

    5 ogos melakar cetera, hari jadinya juga hari jadi ayahku. Kebetulan yang sungguh tidak ku jangka! Mereka berkongsi hari lahir yang sama. Bahana dia sahabatku aku mungmungkan di sini dengan talunan gembira bahawa hari ini hari jadi dia yakni sahabatku dan juga hari lahir insan yang amat ku sayang yakni ayahku. Sahabatku itu bernama SANGBOGOROYO atau nama machonya Dicky Khuzairy . Moga dia sentiasa ceria dan bahagia hendaknya. Itu yang kuharapkan buatnya. Tambahan baru-baru ini dia baru kehilangan insan tercinta. Al-fatihah buat arwah bapanya. dan ku doakan ketabahan di hatinya dan sentiasa miliknya.

    Buat ayahku, YAACOB BIN JUWAHER. Selamat hari jadi ayah. Selamat hari jadi. Moga ayah sentiasa di bawah lindungan-Nya dan sentiasa ceria dan sihat selalu. Sempena hari jadi ayah ni, kita nak jalan mana? Heheh tak sabar tunggu ayah pulang.

    Ogos juga hari lahir insan biasa dalam hidupku. Mohd Khairul Riza Bin Tuan Yusop. Dia juga sahabat terulungku yang mendapat tempat dalam hati ini. Sikit ajer tempatnya, tak banyak. Heheh kalau dia baca mesti dia marah. Marahlah orang tak takut! Haha aku yang sentiasa nakal. Tapi ingat kenakalanku yang sedikit ini tidak sampai memusnahkan buana. Aku tetap mendaulatkan pencipta dan merendah sebagai hamba-Nya.

    Ogos juga hari lahir sahabatku tersayang AIFA JASNI. 28881. Dia dulu kupanggil Sifu sebab dia yang mengajarku cara nak bawa motor. Aku yang dulu terlalu takut nak bawa motor. (Rasanya sampai sekarang kut) Terasa bagai semua kenderaan di hadapanku ingin melanggar matiku. Aifa syukran sahabat. ABC yang kujanjikan masih belum lagi membasahi tekakmu. Ampun. Akan aku pastikan kita akan bersua nanti. Pasti! Dan saat itu kita akan bergembira menikmati ABC..heheh salam sayang buat dirimu dariku.

    Ogos ini membuat rinduku membuak pada sahabatku SITI FATIMAH. Hei awak ! minta maaf sebab mak angkat kepada anakmu ini belum lagi menjengukkan mukanya untuk melihat wajah hensem anakmu. Tiga bulan bukan, usia anak angkatku itu. Wahai Fatimah sesungguhnya aku tak sabar nak menjenguk anak angkatku itu! InsyaAllah nanti akan ku sampai juga ke N9 , untuk bersua denganmu sahabat dan juga anak angkatku itu. Mesti dia cantik sepertimu. Eh bukan cantik, hensem!

    29 JULAI yang lalu, hari jadi adik Amal. Adik, akak tak pernah lupakan adik. Sentiasa adik dalam ingatan. 26 julai juga hari jadi adik SITI HASMAH, adik selamat hari lahir. Minta maaf sebab kakakmu ini lelah dalam mengejar masa. Bukan ku tak ingat tapi lantaran kesibukan dan entah apa2 benda yang aku buat. Aku mengabaikanmu. Salam kemaafan. Hei ari tu orang call rumah tak ada orang angkat pun adik Has!! Oh ya katak yang cantik kiriman itu tu, akak dah letak dalam keta. Katak itu akak namakan Katak Haslin sempena nama kita dua yer.

    Salam kemaafan buat semua. Yalin ini tak lari dari silapnya. Ampunkan yer. Salam Ogos setelah berakhir JULAI . Sekarang Rejab .Tak lama lagi lepas Syaaban lantas Ramadan bertandang. Hei! Betapa aku rindu akan Ramadan itu!!! Moga sempat untuk aku bersamanya. Mudah-mudahan. Ameen.


    CATATANKU selepas 5 ogos

    Kami sekeluarga menyambut hari Jadi ayah. Potong kek, makan bihun tomyam dan beberapa juadah yang lain. Heheh hope ayah gembira. Aku hanya menghadiahkan angpau buat ayah. Hope ayah ceria, tak tahu nak beli apa untuk ayah. Rasanya semua ayah dah ada. Hari itu meriah juga sebab semua ada. Hisham ada, Kak ngah n Abang Ngah ada, Haziq yang sentiasa cute n cute, Kak Long yang jelita, Zubir yang perasan macho heheh , erm kiranya satu family berkumpul. Ayah doaku agar kesejahteraan dan kebahagiaan memayungi hidupmu ayah. Ketahuilah ayah kami semua yakni anak-anakmu teramat sayang akan kamu. Love u ayah n I love my Famili n u too, Riz. Hehe. (jangan nak perasan Riz). Untuk awak, nak kena belasah!! Kih kih kih.

    Salam penuh kecintaan dari Yalin.

    Wednesday, August 02, 2006

    Ogos yang Ceria

    BULAN Ogos kembali menyapa.
    Setahun sudah usia blog yalin. Yalin ingat lagi blog ini hadiah dari Brad. Dia memang baik. Kalau dia bujang memang dah lama yalin tackle (kih kih kih ini gurau jer ek? Bukan betul-betul. Selain Sifu Rodin, dia juga sifu Yalin so kena hormat) . Yalin ingat lagi suatu malam di bulan Ogos tahun lalu. Brad bagi mesej. Dia suruh Yalin buka email. Ada hadiah untuk Yalin. Buka-buka ada blog untuk Yalin. Heheh masa itu warna dia biru. Ada gambar kartun perempuan. Brad tahu Yalin suka warna biru dan suka tengok kartun. Syukran Brad. Pastu Brad letak cerpen Yalin yang keluar kat BS. Takdir Cinta Luka tajuknya. Masa itu memang happy sangat. Orang tak tahu nak buat blog tau. Orang pernah cuba buat tapi tak jadi. Alih-alih ada orang hadiahkan. Memang best sangat. Brad juga buatkan email baru untuk yalin. Yalin_lina@yahoo.com. Suka sangat dengan email itu. Cute jer namanya. Orang pun tak pernah terfikir nak buat email cam tuh. Tapi brad ini memang kreatif. Rasanya selain Sifu Rodin, brad memang boleh jadi abang yang sangat baik. Syukran Brad, syukran. Orang akan sentiasa sayang dan hormat Brad sampai bila-bila. Itu janji orang. Sebab Brad orang pertama yang sudi menjadi sifu dan memberi dorongan buat ana yang masih bertatih dalam menulis ini. Syukran Brad, Syukran sifu jasamu selamanya dalam ingatan. Nak tahu tak? Orang yang paling orang nak jumpa sekali kat MOY ialah sifu Brad selain sifu Rodin yang hensem bangat itu. Orang nak ucap terima kasih banyak-banyak. Tunggulah orang jejak MOY nanti ya. Jangan tak tunggu!

    Bulan lapan juga hari jadi ayah orang. Tahu tak ayah orang berkongsi hari jadi dengan sahabat orang? Heheh nak tahu siapa dia tunggu!

    Salam dari Yalin
    P/s: Buat Anjang, Perindu, Nile, Diya dan semua yang datang ke teratak katak Yalin ini Syukran yer.

    Thursday, July 27, 2006

    Kun Fayakun

    Bencana itu Kita Penyebabnya

    Bertalun ingatan dari langit
    Perantarannya Rasul
    Dititipkan sepelusuk buana
    Dijulangkan ke segenap rasa

    Ad-din penyelamat
    Kita pemusnah
    Ad-din mulia
    Kita dimuliakan
    Diangkat dari hina menuju cahaya
    Diterangi dari kezulmatan

    Tapi kita rakus
    Seolah dunia ini milik kita
    Kemulian dibalas kejelikkan
    Kasih sayang dibalas tuba
    Itu mencabar-Nya
    Itu tidak mensyukuri-Nya

    Kun Fayakun
    Maka berlimpahlah air laut
    Membenam manusia

    Kun Fayakun
    Maka keluarlah lahar membakar ego manusia

    Kun Fayakun
    Bergetarlah bumi
    Tergoncang segala

    Bencana itu bencana ingatan
    Bencana itu kita penyebabnya.

    insanYalin 06

    Thursday, July 20, 2006

    BiCaRaKu

    Aku tidak akan berbicara jika apa yang akan aku khabarkan itu tidak benar. Kerana aku takut natihaj dari tidak berkata benar itu seafal dengan orang munafik. Aku tak ingin menjadi seperti mereka. Insan yang berbicara tetapi mendustai, insan yang berjanji tapi dia mungkiri, insan yang bergaduh tapi melampaui batasnya dan insan yang diberi amanah tetapi dia mungkiri.

    Bila aku berbicara tentang cinta. Ingin sekali aku khabarkan bahawa cinta itu memang maha luas maknanya. Bahana cinta kita mengakuinya dengan seikhlas hati, menyebut berulang kali dengan lidah, malah berusaha membuktikan cinta yang melangit itu dengan perbuatan. Secara tidak langsung dari cinta maka lahirlah cahaya yang dipanggil iman. Tanpa cinta tidak akan lahirnya iman. Maka terhasilkan satu kata yang dinamakan iman cinta.

    Iman cinta ini lahir dari afalnya kesedaran lantaran cahaya yang menyuluh hilang kezulmatan kitab hati. Berlajarlah dari kitab hati, terjemahkannya dengan setulus fuadmu, kau akan tahu bahwa cinta itu bukan sekadar cinta antara Adam dan Hawa. Bukan sekadar cinta insan untuk insan yang hanya talunannya hebat tapi zatnya lesu, tapi ia mencakupi semua. Cinta itu berlegar-legar di antara langgit dan bumi. Dan cinta itu juga berada di antara aku dan engkau, dia dan juga seluruh alam ini.

    Kalian tahu tak? Bahana cinta jugalah Islam tersebar dengan hebatnya sehingga hampir satu pertiga dari penduduk dunia ini dihuni oleh umat Islam. Islam tersebar bahana cinta. Kekuatan cinta pada Allah dan Rasulnya serta pada Ad-Dinnya sehingga masing-masing mendambakan syahid. Wallhualam.

    Salam penuh kecintaan dari Yalin.

    Wednesday, July 19, 2006

    KeRana Kau istiMEwa

    KeRAna KAu istimewA….

    Perasaan kalau dipendam bisa terbuku keresahan
    Luahkan biarkan ianya dilafazkan
    Walau melalui tulisan
    Laksanakan agar ketenangan bisa disapa…

    .Aku tak tahu kenapa aku dihimpit resah. Berperasaan sebegini. Tapi yang aku tahu selaut kasih kucurahkan padanya selain daripada PENCIPTA yang Esa. Kau insan kedua beraja dihati. Mencintaimu setulus jiwa itu yang pasti. Tapi kadangkala kelakuan tak seperti di hati. Banyak tingkah yang menyakiti. Aku tak pandai mempamer kasih menyata sayang. Cuma mengharapkan dalam kebisuan ini kau mengerti rahsia di hati. cinta yang terpatri.

    Ibu
    Percayalah kau ratu di hati. Maafkan aku andai kelakuanku mengundang resah di hatimu. Bukan kuinginkan kau berduka .Melukaimu aku terseksa, menguris jiwamu aku menderita. Kebahagianmu serta kecerianmu itu yang ku damba kerna kau ibuku. Namun seringkali diri menyakitimu tanpa disedari, melukakanmu tanpa disengajai. Maafkan aku ibu. Ampunkan dosaku. Tanpa redhamu mana bisa kuperoleh redha dari yang Esa.

    Ibu
    Harapan yang mengunung yang kau dambakan padaku membuatkan aku terseksa. Nilaian sempurna yang kau labelkan padaku buatku menderita. Aku takut ibu! Takut harapan mengunungmu musnah. Takut nilaian sempurna itu tak setanding denganku. Aku insan yang ada kekurangan. Pintaku terimalah aku seadanya. Ibu aku tahu … ibu mana yang inginkan anaknya menderita, ibu mana yang tak mahu melihat anaknya disinari cahaya yang gilang gemilang. Namun semua itu di luar kemampuanku. Juah dari jangkauanku.

    Ibu
    Maaf andai aku tidak sesempurna gambaranmu. Tak sehebat keinginamu. Aku tetap aku yang bersederhana. Aku sama seperti insan lain yang ada kalanya emosi menguasai diri. Aku bukan malaikat, aku juga bukan nabi yang ma’sum dalam melakukan dosa. Tapi aku adalah manusia yang menpunyai kelemahan dan kekurangan. Mana bisa kesalahan dapat ku elakkan. Tidak banyak sedikit kesalahan dan keburukanku pasti ada!

    Ibu
    Aku hargai selaut kasihmu, aku tahu keinginan dan harapan seorang ibu pada anaknya. Tapi itu mustahil untuk kupenuhi. Mana bisa ku jolok bintang dilangit andai galahku hanya sehasta. Maafkan aku. Akan aku cuba menjadi anak yang terhebat buatmu. Cuba memahami dirimu sebaiknya, belajar cara mempamerkan sayang. Cuma satu pintaku terimalah aku seadanya kerana tahap kesempurnaan itu sukar kugapai.

    Anakmu Ai‘hA’.(aku ini hamba ALLAH)

    Daripada Anas ra Rasulullah saw bersabda : “Siapa yang meredakan kedua orang tuanya maka sesungguhnya dia telah meredakan Tuhannya .Sesiapa yang memurkaan kedua orang tuanya maka sesungguhnya dia telah memurkaan Tuhannya”
    (Ibnu Najjar)

    Friday, July 14, 2006

    Aurat Bukan Urat

    Aurat Wanita dari Firman Allah
    dan Hadis-hadis Nabi

    1. Bulu kening
    — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
    menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
    Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

    2. Kaki (tumit kaki)
    —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
    mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-
    Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan
    badan mengikut hentakan kaki.

    3. Wangian
    — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
    suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
    dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii,
    Ibn Khuzaimah dan Hibban.

    4. Dada
    — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
    menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

    5. Gigi
    — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
    supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan
    yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
    Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

    6. Muka dan leher
    — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
    menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."
    Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
    ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

    7. Muka dan Tangan
    — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
    pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
    seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan
    anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat
    Muslim dan Bukhari.

    8. Tangan
    — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
    daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
    Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

    9. Mata
    – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
    menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi
    SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
    Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak
    dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

    10. Mulut (suara)
    - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
    sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
    tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda
    SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
    namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-
    bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
    mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

    11. Kemaluan
    - "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
    menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An
    Nur : 31.

    "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
    Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah
    ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
    Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka
    pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
    tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
    Majah.

    12. Pakaian
    — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
    memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad,
    Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

    "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
    berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
    lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan
    tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan:
    Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
    berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah
    kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang
    mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
    yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka
    tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab :
    59.

    13. Rambut
    — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
    digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah
    mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
    oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.


    source : website tranungkite, bhgn atas, part mingguan, subpart
    muslimat.
    p/s; Moga orang yang menulisnya mendapat manfaat. Tutuplah aurat sebelum aurat kita nanti bakal ditutup lantaran terjaganya kita dari lena yang panjang yakni MATI.

    Tuesday, July 11, 2006

    JagalaH

    Jagalah solatmu
    Jagalah amalmu
    Jagalah imanmu

    Walau lantunan suara itu mudah
    Mengerjakan kepayahan mengganggu
    Keperitan mengikat
    Kemalasan memuncak

    Hindarkan
    Hindarkan

    Bahana
    Jika kau menjaga hubungan dengan ALLAH
    Maka Allah akan menjadi matamu
    Menjadi hatimu
    Menjadi segalanya untukmu
    Lantaran kau menjagaNya maka DIA melindungimu
    DIA mengasihanimu

    Ya Allah moga KAU menjadi SEGALANYA buatku
    yakni hamba yg sering leka bersulam alpa..

    Ameen..

    Yalin 06

    Sunday, July 02, 2006

    DaLaM HaTi

    KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
    Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

    Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

    Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

    Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

    Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

    Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

    Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

    Saturday, July 01, 2006

    Karya merungkai segala

    Karya merungkai segala.

    Benar dari karya seseorang tidak banyak sedikit pasti kita dapat merungkaikan serta menterjemahkan apa yang tersirat dalam hati penulisnya. Bahana itu penulis sering menggunakan nama pena untuk sesebuah karya agar orang tidak mengenalinya, tidak dapat meneka dan mengetahui bicara hatinya dan apa yang difikirkannya hanya dengan menggunakan nama pena! Lihat sahaja di esastera. AJ, (saudara AJ jangan saman saya hehe) tentu sahaja sesiapa yang gemar ke esastera dan Geju mengenali insan yang bernama AJ ini tanpa melihat wajahnya. Lihat sahaja di blognya. Berapa ramai orang yang setia membaca blognya. Lihat sahaja komen disetiap enteri yang dimasukkannya. Fuh! Ramainya peminat setianya. Tanpa dikenali oleh khalayak tentu sahaja dia bebas untuk meluahkan atau melakarkan apa yang dirasakannya. Segala apa yang terbuku dihatinya dapat diluahkan tanpa sebarang sekatan. Jangan salah sangka ini bukan cara si pengecut yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakannya tapi ini gaya seseorang yang merendah diri. Penuliskan seorang yang perahsia. Jiwanya halus bak sutera. Terlalu sensitive terhadap perubahan rasa dan suhu. (Ceh ceh ceh pepandai jer aku ini, tapi iyolah! Penulis memang sensitive, itu afalnya) Mungkin padanya untuk apa dikhabarkan pada buana agar keporpulaan mereka tidak menyekat pergerakan mereka nanti. Kebebasan adalah bayaran diatas kepopularan itu. Macam Mawi! Kan teruk dia kena serbu. Eh apa yang saya merepek nih. Apa kena mengena dgn Mawi tersedak dia. Kasihan Ina. Apa sebenarnya yang saya nak sampaikan?

    Hehe tentang karya. Dari karyanya yakni seorang sahabat saya dia ada menyentuh tentang saya. Walau kata-kata itu ditujukan secara halus tapi saya merasainya. Walau dia menafikannya hanya kebetulan tapi kebetulan itu seolah betulnya.Woi, jangan salah faham dia tidak menulis sesuatu yang menjatuhkan saya! Sebab saya kenal dia. Dia sangat baik. Itu hanya kebetulan dan secara kebetulan saya juga kebetulan merasainya. Sungguh saya tak mahu menjadi pemusnah cinta. Saya ingin jadi insan yang menyemai cinta. Insan yang membina cinta. Walau cinta bukanlah kehidupan tapi kehidupan itu memerlukan cinta. Buat dirinya selagi ada peluang, selagi ada ruang, selagi masih bernyawa, selagi itu peluang cintanya masih ada. Sungguh jangan putus asa dengan cinta. Kerana sekarang hidup saya bahagia dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Dan saya juga mahu dia menemui cintanya. Saya mengharapkan kebahagian buatnya. Harapan yang benar-benar ikhlas dari saya. Dan saya nak dia tahu saya teruja menanti karyanya yang terbaru. Teruskan tarian pena itu sahabat. Yalin menyokongmu senantiasa!!

    Wednesday, June 28, 2006

    entah apa-apa entah

    Hari ini dalam sejarah.

    Bukan hari ini sebenarnya tapi semalam. Selasa, hari yang paling saya suka. (Sebenarnya saya sangat suka hari Jumaat, sebab saya lahir pad pagi Jumaat) . Hari Selasa adalah hari cuti saya. Maka hari itu saya buat janji temu dengan sahabat saya Apple. (Saya dah anggap dia sebagai sahabat saya. Apple saya sahabat kamukah? Soal saya sambil tersengih). Saya jumpa Apple pukul 5. Saya jumpanya dengan gembira. Saya dan Apple ada banyak persamaan. Yang lain adalah dia penulis tetap di Bs tapi saya penulis jalanan di BS freelancer. Hehehe. (layak ke saya nobat diri saya sendiri as freelancer di BS? Heheh ah! Lantaklah kih kih kih) Saya bertuah kenal dengan Apple. Saya tak sangka rupanya Apple adalah rakan sekolah saya. Kami pernah belajar di satu sekolah dulu. Hehehe . Betapa kecilnya dunia. Seperti biasa memang saya teruja bila mengetahui dia juga berasal dari Batu Gajah!! Ternyata kami memang ada jodoh. Kepada peminat-peminat Apple . Jangan jelous sebab saya dah jumpa Apple dan Apple dah jumpa saya. Akibat terlalu asyik berjumpa Apple. Dan bahan manfaatnya butir bicara kita orang. Saya terlupa. Rupanya malam itu saya ada kelas ganti di pusat tuisyen. Kak Shima miscall saya sampai lima kali. Dia akhirnya meninggalkan satu pesanan ringkas buat saya. Alamak saya terlupa!! Hampir 45 minit juga saya terlewat. Dan saya pecut dengan lajunya. Betapa kelam kabutnya saya tika itu hanya tuhan yang tahu. Apple awak tahu tak? Kita gelak sorang-sorang bila habis mengajar malam tadi. Ya Allh perlupanya mak cik Lina nih!!

    ADIK MUJAHIDAH. Adik untuk adik masih ada cinta. Kakakmu ini tidak pernah melupakanmu. Callah akak. Akak sesekali tidak pernah lupakan adik. Dari kejauhan akak doakan agar adik bahagia. Adik akak tak tahu kuatnya merajuk akak kini menempiasi hidupmu. Kau memang adik yang baik. Lantaran afalnya kakakmu ini menjadi sebahagian darimu. Adik love u. Kerana kau masih adikku. Ingat tu tak ada hilang-hilangnya. Selamanya Kak Lina ini kakak adik tau!

    ADIK DIYA kerana DIYA cintaku berputik. Kerana Diya kusambut huluran cinta itu. Adik Tahniah! Moga adik berjaya dalam arena penulisan. Tak lama lagi terhasilnya novel cintanya. Adik cayalah! Akak pasti akan paksa budak pemalu itu beli novel cinta adik. Hehe

    ADIK HISHAM n ZUBIR. Moga kejayaan menyinari kedua adikku ini. Hisham kau tak ada kerja ke asyik benar minta Kak Lin top up kan kau? Moga kau cepat habis belajar dan tiba giliran Kak Lin pula untuk kau top upkan yer. Heheh. Zubir moga kemalasanmu hilang berganti dengan kerajinan. Pelik Kak Lin., Kak Lin punya rajin tapi apasal adik bongsu ini jadi pemalas. Di sebabkan kau malas. Maka Kak Lin tak benarkan kau bersahabat dengan PAC, walau kau minat sangat kat budak kecik tu. Sorry PAC, risau kau ajar adik akak yang bukan-bukan. Heheh.

    Hari ini memang dalam sejarah. Sedang asyik saya menulis tentang catatan ini dalam pukul 5 tadi. Tiba-tiba dapat panggilan dari Puan Shela. Kih Kih Kih saya ada kelas ganti hari ini di pusat tuisyen SCI DEDIKASI. Ya ALLAH kenapa dengan saya? Patutnya hari ini saya buat KIMIA 2 jam dengan mereka tapi jadi sejam. YA ALLAH mungkin ini ingatan dari-Mu buatku. Semoga aku jadi hamba yang tak sering lupa dan leka. Ameen.

    SENGET. Mamat ni memang senget.Lama dia menyepi alih-alih dia kata dia sangat sayang saya dan nak ajak saya kahwin dengan dia. Saya tak pernah jumpa dia.Bercakap di telefon pun tak pernah. Dia pun tak pernah jumpa saya . Dia hanya tahu saya menulis cerpen di BS.Tapi yang peliknya dia boleh kata saya ni jodoh dia. Huhu. Dia nak kumpul duit dulu. Bila dah cukup dia nak terus nikah dengan saya. Ya ALLAH ini cinta apa ini? Boleh pula tumbuh cam tu. Pelik.

    Salam dari Yalin
    P/s: Catatan ini diakui tidak langsung mempunyai Ilmu. Maka fikirkan banyak kali untuk membacanya. Kecuali buat insan-insan namanya disebut. Anda wajib membacanya. Ikhlas dari Yalin.

    Thursday, June 22, 2006

    Suka, SAyang dan CINTa

    SUKA, SAYANG dan CINTA

    Kerana cinta pada Allah, kerana Ukhwah kita bersama. Ungkapan yang sering kita laungkan dalam jemaah. Kita tu siapa ek? (Budak-budak KBMUPM jemaah kitalah hehe alamak rindu kat korang semua. Betapa rindu ini telah melangkaui jendela hati yang telah mati ini) Jangan risau. Mati hati ini bukan dalam membuat perkara yang baik. InsyaAllah hati ini masih cintakan kebaikkan. Masih bersalut iman walau tak banyak. Tapi imankan ada naik dan turunnya. Ada pasang dan surutnya. Ingat dulu.. kita selalu bertanya ‘Apa khabar iman kita hari ni?’ Yer, moga iman kita dari hari demi hari makin bertambah. Ameen.

    Suka, sayang dan cinta. Semua itu adalah perkataan yang berbeza. Suka tak semestinya cinta. Suka tak semestinya kita sayang. Tapi kalau ianya cinta. Ia meliputi rasa sayang, suka, kasih dan yang sewaktu dengannya. Pada saya suka tak bermakna cinta. Kalau orang suka pada saya, tidak semestinya dia ingin hidup bersama saya. Mungkin dia suka melihat cara saya. Suka apabila melihat saya menolongnya atau mungkin suka melihat saya diperbodohkannya.Itu kemungkinan! Banyak kemungkinan dengan perkataan suka ini. Tapi cinta… entahlah ia sesuatu yang sukar diterjemahkan. Kita akan benar-benar jatuh cinta apabila kita tak tahu menerangkan sebab mengapa kita mencintai dia.Sungguh saya tak tahu kenapa saya sangat suka dan cinta pada katak dan benci sangat pada cicak? Heheheh

    Persoalan? Adakah anda kini jatuh cinta? Kalau ya kenapa dan bagaimana anda boleh jatuh cinta?

    Ya saya kini sedang bercinta. Jatuh cinta dalam dunia penulisan dan yang saya lelah mencari sebab kenapa saya mencintai bidang penulisan ini.

    Maka kesimpulannya cinta saya pada bidang penulisan adalah benar. Hehehe. Entah apalah yang saya merepek siang-siang buta ni? Saya sebenarnya tengah mencari idea. Mencari idea dalam melakarkan sesuatu. Dan anda adalah mangsanya kerana terpaksa membaca tulisan saya yang mengarut ini. Salam. Dan pesan saya jangan ada benci. Wasalam

    Friday, June 16, 2006

    Assalamualaikum

    Catatanku Kini Bermula.

    Lama menyepi bukan bermakna tinta ini telah kaku, atau idea ini kembali beku. Tapi keripuhan mengejar waktu bagi insan yang tidak kuat berlari ini sedikit menyukarkan. Terasa lelah dan kadangkala terlalu leka membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Sungguh ruginya insan yang bernama aku ini! Percayalah! Sesekali tidak yalin menyalahkan waktu. Segalanya berpunca dari tingkah laku dan kelemahan Yalin sendiri itu yang pasti.

    Bagi adik-adik yang rindukan catatan Yalin, syukran. Tak sedarkan kalian catatan ini tidak seharusnya dirindui bahana tiada langsung manfaat disebalik apa yang tercatat. Hanya bualan kosong yang seringkali tersasar entah kemana. Syukran juga sahabat-sahabat yang menjenguk teratak katak ini. Meriah walau tuan rumahnya sepi buat sementara.

    Jagalah Allah..Allah Menjagamu. Dari Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni dan La Tahzan (Jangan bersedih) karya penulis yang sama membuat insan ini tertarik untuk memilikinya. Yalin ini memang afalnya haloba dengan buku. Walaupun banyak lagi buku yang belum dikatamnya dia masih lagi mencari buku baru. Betapa perasaan tamak itu sentiasa tersadur dalam dirinya. (Tamak buku jer insyaAllah) .

    Jagalah Allah, Allah Menjagamu. Buku yang berharga Rm30 ringgit ini memang berbaloi memilikinya. InsyaAllah andai kelapangan milik Yalin kita akan kongsikan bersama intipati buku ini. Yok kita jaga ALLAH (jaga hubungan baik dengan Allah) , insyaAllah ALLAH akan menjaga kita.

    Kebaikan insan padaku. Syukran


    1. Yalin berterima kasih pada untie penjual malajah di Batu Gajah itu. Baiknya dia! Dia simpankan satu Majalah Daf untuk Yalin. Siap dimasukkan dalam plastik lagi. , ‘ Ini saya simpan satu tuk awak lo,’ Yalin tersenyum mendengar bicaranya. Syukran untie ya. Memang Yalin asyik tanya majalah tu selain BS.

    2. Muthu. Yalin baru tahu namanya Muthu sebab hari ini dia mesej Yalin. ‘Kereta ada bunyi lagi ke?’ . Baiknya dia. Semalam masa Yalin pergi bengkel tukar ada bahagian kereta yang rosak. Yalin ada minta dia tengokkan kereta Yalin ( keluarga punya sebenarnya) yang sering berbunyi. Dia siap minta no tefon Yalin lagi. Sepatutnya Yalin yang minta nombor dia. Heheh . Syukran Muthu.

    3. Pak Latip. Syukran pada pak cik yang percayakan Yalin. Pak cik, sedikit sebanyak apa yang pak cik buat memberi keyakinan pada Yalin. Syukran pak cik. Yalin hargai kepercayaan Pak Cik pada Yalin.

    4. Brad. Dia memang baik. Sering ada tak kira susah atau senang. Dialah sifu Yalin selain Uncle Rodin. Depalah yang kenalkan Yalin pada dunia penulisan. Yang membuatkan cinta Yalin semakin hari semakin mekar untuk menulis. Syukran sifu. Syukran atas kepercayaan dan peluang yang diberikan inilah maka lahirlah insanYalin yang masih menapak dan bertatih ini


    Salam dari Yalin.

    Untukmu ayah

    Ayah
    Kecintaan ini telah lama kusemai
    Sayang itu telah lama mekar
    Hormat itu milikmu
    Hanya milik mutlakmu

    Ayah
    Kau tegas bersadur kasih
    Kau marah tapi amarahmu bersebab
    Kau dingin tapi dinginmu
    Demi kebaikan anakmu

    Ayah
    Tanganku pernah berbirat
    Lantaran lambat mengerjakan solat
    Syukran Ayah
    Bahana itu anakmu tidak pernah
    Melambatkan solat.

    Ayah
    Kaulah wira
    Kaulah panglima
    Kaulah pahlawan
    Di hati anakmu ini
    Syukran Ayah
    Jasamu terlalu luas
    Tak mampu aku membalasnya

    P/s: Dengan bangga yalin memperkenalkan bahawa insan yang bernama Encik YAACOB BIN JUWAHER itu adalah ayahku yang tersayang.

    Wednesday, May 31, 2006

    Email Bodoh

    Email Bodoh

    Pagi tadi bila saya check email saya jumpa satu email bodoh. Barangkali dihantar oleh orang bodoh yang meletakkan akal di kaki lutut dan nafsu dijulang megah. Selalunya jika saya mendapat email daripada orang yang tidak saya kenali. Aksi delete mendelete akan terus saya lakukan tanpa membaca isi kandungannya. Tapi entah macam mana, nama pengirim itu buat saya nak tahu apa kandungan isinya. Ternyata kandungan email tu terdapat unsur-unsur seks yang boleh menjatuhkan anak bangsa. Kisah yang menceritakan adegan-adegan zina itu amat memualkan dan menjijikan saya. Lebih sedih lagi apabila melihat email itu terlalu banyak penerimanya. Astaqfirullah hal azim. Hati saya benar-benar dipagut kesedihan yang teramat. Ternyata email yang sepatutnya diletakkan dibakul sampah itu tersebar dengan meluas. Natijahnya pasti ada yang akan terpengaruh!! Pasti ada si bongok yang akan teruja dan barangkali mencuba. MINTA DIJAUHKAN!!

    Saya kesal, benar-benar kesal. Mungkin pengaruh dari video lucah menyumbang pada masalah ini. Dalam email itu jelas ada diselitkan tentang video lucah yang pernah ditonton oleh penulis asal email itu. Sungguh tidak bermaruah dan terpamer rendahnya akhlak penulis serta penerima yang menforwardkan kandungan email yang bodoh itu!! Kemudahan yang ada untuk penyebaran maklumat jangan disalah guna. Itu lambang kejahilan teramat. Bodohnya pada orang-orang yang meletakkan akal di kepala lutut mereka. Nafsu yang dijulang megah itu bisa menjahanamkan diri. Tolonglah jangan jadi bodoh lagi. Menjatuhkan maruah umat islam jer. Islam itu hebat tapi penganutnya kebanyakkannya sampah!! Bukan salah ad-din tu!! Tapi salah sendiri yang tak tahu memperhalusi dan menikmati indahnya islam itu. Huh!

    p/s; Islam is the best way of live

    Ad-Din bukan Tin Sardin

    Ad-din bukan tin Sardin.

    Ad-din tu gah
    Penyuluh kegelapan
    Penyelamat umat

    Tin itu kosong
    Bunyi ajer kuat
    Buatnya tidak
    Jeritannya memekak
    Bertalun hebat
    Tapi berkarat!!

    Ad-din itu sinar
    Bersulam iman
    Bukan pandai cakap
    Tapi bersulam Amal

    Tin itu sebatian
    Hasil dari campuran timah
    Di ciptakan tuhan
    Bukan untuk dicontohi afalnya
    Mana bisa setanding dengan ad-din

    insanYalin 06

    Monday, May 29, 2006

    HaWa

    Untuk Hawa

    Hawa
    kenapa kaku mentaati ajaran-Nya?
    Mengapa segan menjulang ad-din-Nya?
    Kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

    Sinar islam menyuluh kita!
    Memartabatkan kita!
    Memayungi kita!

    Harus
    Kesyukuran kau panjatkan melangit
    Keangkuhan kau lebur lenyap
    Keengkaran kau lumat hancur

    Wajib
    Terpasak kukuh menyemai syukur
    Tunduk merendah sebagai hamba
    Malu menghiasi segenap rasa

    Goncang dunia ini Hawa!
    Tapi bukan dengan tangan kotor menggoda
    Bukan dengan lenggok mencair taqwa Adam
    Tapi dengan ilmu bersulam iman
    Dengan kasih keibuan mendidik insan
    Dalam melahir insan hebat
    Yang menjulang panji kebenaran
    Moga kau ternobat srikandi
    Bersalut nikmat bukan duri

    Yalin 05