Friday, January 27, 2006

TenTang Kita

BrAd PUnyA CiTer-TenTAng KITa

Tersenyum membaca Tentang kita yakni kolum yang dikendalikan oleh BRADERMACHO. Dia memang macho bukan hanya pada rupa (kihkihkih.. perasanlah Brad pas ini) tapi dari segi pendapat dan pandangannya juga melambangkan kemachoan. Kagum betul!! Sesekali terasa dalam sedar tak sedar mengena diri. Kui Kui Kui. Semuanya terjadi apabila diri ini menafikan 100% bahawa tiada istilah Jiwang menghalusi hati .Tapi yang nyata, perasaan itu sebenarnya bersarang dalam diri insanYalin walau tak banyak sedikit itu mesti ada (sure kena gelak dengan brad ini). Kalau tidak masakan dia dapat menghasilkan cerpen2 jiwangnya dalam Blues Selamanya. ( Huhu Jiwang rupanya saya ini, moga Jiwangnya saya dalam iman, Ameen). Mungkin usia yang meningkat remaja ini ( Uhuk!uhuk! remaja ke saya? Bukan warga dewasa dan bakal menjadi tua ke? ngeh ngeh ngeh) memandu saya agar lebih matang. Sungguh dulu saya benar-benar malu mengatakan soal cinta. Malah teramat malu untuk berbual dengan insan yang berlainan cas secara reality. (kalau via forum n sms mmg saya berani heheheh). Tapi kini alhamdulillah lepas saya bekerja jumpa dengan pelbagai orang dan ragam, mengajar students lelaki yang macam bapak orang kihkihkih tambah budak-budak tingkatan tiga hingga lima . Mereka lebih tinggi dari saya yang ketot ini! Sikit demi sesikit perasaan malu untuk berdepan dengan makhluk lain cas ini berkurang. Syukur, sebabnya bukan apa kadang-kadang perasaan malu itu menyekat pergerakkan. Padahal perkara yang kita ingin lakukan itu bukannya berdosa lantas menempah neraka. Macam saya dulu, nak belajar pandu kereta. Semua adik beradik saya belajar dengan En. Nazari ini. Kiranya pangkat abanglah. Tapi saya malu sangat. Sampai kena perli dengan kak long saya. Dia kata takkan nak belajar kereta pun kena cari cikgu perempuan. Jenuh saya kena gelak dengan dia orang. Betul juga kata kak long walaupun awalnya memang niat nak cari cikgu perempuan tapi tak ada!!!! So saya belajarlah dengan En. Nazari itu. Bila dia datang ambil saya dari rumah, saya duduk belakang. Ceh! Cam bos pulak, sungguh tak sopannya saya! Kihkihkih. Lama2 baru saya duduk kat seat sebelahnya. Saya yang permalu.

Eh apa yang saya melalut ini. Saya bukan nak cerita pasal itu tapi apa yang brad sampaikan dalam BS 90 itu. Apapun, gua rasa you all awek-awek yang kata dirinya tak jiwang, tak main jiwang itu mungkin masuk kategori awek yang tak mahu berkorban.Namun kebanyakkan you all yang kononnya tak jiwang inilah yang ramai terkorban dan jadi korban cinta. Erm..inilah kata-kata brad pada perenggan ketujuh dalam bicaranya Tentang Kita. Huhuhu jadi korban cinta ke? Mungkin sebab tiada pengalaman cinta lantas menerima sesiapa yang disangkanya baik menjadikannya kurang cerdik ya brad? Tambah-tambah bila yang datang itu hanya mempermainkan hati dan perasaan lantas meninggalkan kita bila ada perkara yang tidak senang dihatinya. Sedangkan dulu dia yang meminta jalinan, tapi kini dia juga yang memutuskan ikatan dengan alasan sudah terikat dengan yang lain, atau jua mungkin ada yang terbaik buat diri selain dirinya, atau just sekadar nak kenal kita sebagai kawan, just making friends. Huh! Lelaki gagah perkasa konon tapi gagah membinasa hati dan perasaan. (Jangan marah brad huhuhu).

Tapi nak tergelak bila brad kata bercinta kadangkala bukan jadikan kita lebih cerdik tapi lebih bodoh. Macam betul jer! Erm malaslah bercinta, tak nak jadi macam orang bodoh! (Tambah tugas sebagai cikgu ini .Banyak ilmu yang kena ingat dan kena jadi pandai setiap masa. Kalo tak ganna nak ajar anak murid) Agaknya sebab merindui dan asyik mengingati. Secara tak langsung terlabel bodoh orang yang bercinta ini. Serah segala bertambahlah bodohnya! Untuk apa bercinta kalau jadi bodoh? Kui kui kui. Maka katakan TAK NAK!! Pada cinta.. huhuhu .

P/s Brad jangan marah brad. Ana tahu apa yang brad cuba sampaikan. Ana bukan membaca separuh lalu mentafsir yang bukan-bukan. Tapi sekadar mengusik orang yang sedang/tengah bercinta. Siapa? Siapa-siapa jelah. Huhuhu.

Brad, ini kata2 dari blog Brad ana transfer kat sini..cam best jer.. minta izin letak sini ya…huhuhu.
Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di kerongkong? Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi kepadanya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
P/s: Itu Bukan Cinta, ini bukan cinta!! Maka cinta itu apanya? Huhu. Nak tahu pergilah tengok blog Brad. ( Malu pula rasa bila berbicara soal hati ini. Uhuk!Uhuk! rasa cam dah tua pulak kui kui kui tutup muka, tutup muka. Adios)

Monday, January 23, 2006

Tanpa Tajuk

7 Formula Individu Cemerlang by Dr Danial Zainal Abidin

Alhamdulillah formula yang pertama berjaya saya khatamkan. Mengenali kehebatan dan pontensi diri. Umat islam disarankan jangan bersifat inferior atau rendah diri berdepan dengan kegawatan hidup pada hari ini. Jangan pula bersifat superior agar tidak memakan diri sendiri.Islam adalah ad-din yang hebat! Penganutnya seharusnya hebat seiring ad-dinnya. Ini dibuktikan dengan perkataan A.M Lothrop Stoddard di dalam The New World of Islam yang bermaksud : Kebangkitan Islam adalah satu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam. Dalam proses tu ia meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya mnenegakkan dunia baru yakni dunia Islam.

As-Syeikh Hassan an-Nadwi di dalam buku Maza Khasiral Aalamu Binhithaatil Muslimiin (Eh apa tajuk buku ini ya dalam BM?) merumuskan beberapa punca kejatuhan umat islam pada hari ini.
1.Kepimpinan berpindah pada orang yang tidak layak.
2.Politik dipisahkan dengan agama.
3.Pemimpin dan para penguasa Muslim menunjukkan contoh yang buruk
4.Para ilmuwamn Islam gagal memperkembangkan ilmu.
5.Timbulnya Bidaah dan kesesatan dalam dunia Islam.

Mencontohi keunggulan Zulkarnain.

Formula Islam yang dibawa Nabi saw mampu melahirkan lebih ramai Zulkarnain yakni pemimpin yang menguasai timur dan barat, namun timur dan barat tidak menguasai beliau. Yang menguasai beliau adalah petunjuk Allah yang berada di dalam hatinya. Beliau yang membina tembok yang memisahkan yakjud makjud dari terus melakukan kerosakan di muka bumi.Keunggulannya dan kehebatannya tidak dapat dinafikan serta mempunyai sebab antaranya.
1.Jelas Destinasinya: Berwawasan
2.Fikir Global: Mempunyai Misi
3.Memiliki Kompas Hidup: Bertaqwa.
4.Sentiasa Mencari dan Membuka Peluang: Berminda Strategik
5.Menguasai Ilmu Besi dan Tembaga: Menguasai Teknologi.
6.Mendengar dan Memahami: Berkomunikasi secara Efektif.

Buku ini best sesangat. Belilah rugi kalau tak beli. Ini baru Formula yang pertama (itupun tidak merangkumi semua) belum lagi yang keseterusnya. Formula kedua, ketiga seterusnya hingga ke tujuh. Bila meladeninya pasti ada sesuatu yang akan kita dapat. Pastinya! Sungguh!!! Tak caya keluar duit ,pergi kedai, beli and baca. Salam.

Kerinduan yang memuncak.

Entah kenapa rindu dalam diri ini menghimpit nubari. Terkenang sahabat handai KBMUPM. Terkenang kemesraan yang terjalin, ikatan yang terpatri. Betapa kerinduan ini membawa saya melangkaui jendela alam nyata hingga sering dipandu oleh kenangan silam. Pantas tangan memugar album lama. Cuba menyegarkan kenangan tatkala bersama mereka dulu. Bergerak secara Jemaah melambangkan kekuatan. Saling ingat mengingati dalam perkara kebaikan itu kemanisan yang teramat. Bantu membantu dikala kesusahan itu nikmat yang terbesar. Kasih sayang yang terbina ibarat saudara merupakan kebahagian yang tidak terkata. Sanggup bersusah payah demi kemakmuran bersama merupakan anugerah yang paling berharga.

Sungguh! dulu bila lepa ada insan yang mengingatkan. Dulu bila terleka ada nasihat yang dititipkan. Dulu tersalah laku ada tangan yang menghalang, mulut yang menegur dengan penuh hikmah. Dulu segalanya dibuat secara berjemaah. Menghadiri, mendengar juga sesekali menyampaikan sedikit ilmu dalam usrah. Apa khabar agaknya anak buahku? Moga semuanya berjaya di dunia dan akhirat. Apa khabar sahabat-sahabatku? Moga moto Hidup Biar Berjasa itu kita pegang sampai bila-bila. Dan kejauhan ini tidak melenyapkan segala apa yang pernah terbina. Buat semua sisters dan adik-adik KBMUPM . Kekalkan kemantapan kalian. Kak Lina merindui kalian..

Sunday, January 22, 2006

CiNta RinDu

21st January 2006 bersamaan 21 Zulhijjah 1426

Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah (Ibnu Qayyim Al-Jauzilah)
Terpandang lalu terbaca sahaja tajuk buku itu di satu deretan rak buku-buku agama di kedai buku Alaf Padu di Batu Gajah, entah kenapa teruja saya untuk menyelami isi kandungan buku tersebut. Lalu pantas sahaja tangan saya mengapai dan membayar harga buku itu. Hehe buku itu kini sudah menjadi hak milik mutlak saya.(Nak pinjam? Tengoklah dulu) Akan saya hadamkan. InsyaAllah. Fuh! Tamak betul mak cik Lina ini semua buku dia nak baca. Sempat ke habis ini? Huhuhu. Bukan istilah cinta dan rindu itu yang menguja saya tetapi sambungan tajuknya itu Menurut Al-Quran Dan Sunnah itu menaikkan semangat inkuiri saya untuk meladeninya. Usai saya mengajar di Pusat Tution yang terletak di atas kedai buku itu terus saya balik rumah dengan semangat untuk membaca buku tersebut.(Selalunya pun mmg saya terus balik pun kalau mak saya tak pesan apa-apa) Siap saya balut lagi buku itu pada sebelah malamnya. Balut dulu baru baca. Malam itu saya lihat di muka surat pertamanya bahawa buku itu diterjemehkan oleh Kathur Suhardi. Eh! ini nama orang Indonesia. Pastinya buku ini mengandungi banyak perkatan yang saya tidak mengerti. Iya …memang benar! Kerisauan saya memang bertempat!
‘Satu cambukan mengenai onta cambukan tatkala ia menderum’. Huhuhu ana la afham!! Kapan bila mahu khatam sih? Huhuhu saya tergelak besar lalu menghantar mesej buat dua orang adik saya untuk berkongsi cerita. Adik umar saya balas: Kenapa kak uda beli buku bahasa Indonesia ? kena cari pekerja kontrak dari Indonesialah untuk menterjemahkannya. Sempat adik saya itu mengelakkan saya dalam mesejnya. Sabarjelah adik saya itu. Saya cerita pada anak murid saya tentang buku itu. Macam ada sinar pulak bila dia kata : Cikgu, Kak yong ada kawan, dia lahir dekat sini tapi ibu ayahnya dari Indonesia. Saya dah terbayang nak buat list bagi semua perkataan yang saya tak tahu. Eh! Bukan ke setiap kesukaran itu ada kesenangan. Hehehe.Alhamdulillah. Saya yang sepatutnya sentiasa bersyukur.

Cerpen saya
Huhuhu saya check,check balik, rupanya ada 8 lagi cerpen terbengkalai saya. Dua buah cerpen telah saya siapkan.Lagi lapan cerpen ini saya tak tahulah bila ia bakal disiapkan. Ripuh saya mengejar waktu. Mengajar,menulis, mengajar, menulis, dua kerja yang seolah bersemadi dalam diri. Begitu gembira saya mengajar (tambah untuk subjek Biologi. Saya memang gemar Biologi) begitu tenang dan selesanya jika dapat menulis. Dan begitu seronoknya dapat bermain dengan Haziq yang comel. Cepat masa berlalu permata saya itu dah berusia lapan bulan. Bulan lima nanti genaplah dia setahun. Haziq mak uda sayang Haziq. Sayang yang teramat sayang.

Kerja itu HOBI!!! (pinjam kata-kata Brad)
Ingat itu insanYalin. Salam.

Tuesday, January 17, 2006

hehehehe

Alhamdulillah kereta dah siap!! Esok mulalah rutin saya mengajar seperti biasa. Ayah pagi-pagi tadi dah call. Pergi ambil duit dekat bank pastu jangan lupa cuci kereta sekali dengan enjin. Huhu itu pesannya. Syukran ayah yang pasti RM 640 ayah telah melayang. Sikit pun ayah tak marah cuma dia ingatkan yang kereta itu bukan berharga 20 sen. Itu pun melalui emak. Alahai terasa bersalahnya saya. Masa nak ambil kereta itu saya tanya kat mekanik itu. Apa masalah kereta itu sebenarnya? Orang itu cakap biasalah dah jauh berjalan mmglah jadi lagu itu. Hahaha terubat hati saya. Tapi mak kata saya ini mmg ganas bawa kereta compare dengan adik saya Hisham. Zubir pula kata : Kak Lin ini bawa kereta tak macam abang. Abang kalo dengar kereta bunyi dah lain sikit dia slow Kak Lin bukan nak slow. Kak Long pula marah: Lina ini bla…bla..bla.. kereta bla..bla. Hehehe yang pasti memang salah saya!!! Saya mengaku kadangkala saya bawa lebih 80 km/j . Cuma kalau dengan emak ajer saya bawa 60 hingga 70 km/j sebab mak saya takut. Saya yang bersalah bersedia untuk dihukum dengan rela hati. Kononnya.

Saya ini pantang nampak buku. Baru-baru ini saya ke kedai buku Rhythm untuk mencari buku rujukan/latihan buat students saya. Tiba-tiba saya ternampak sebuah buku yang bertajuk 7 Formula Individu Cemerlang by Dr. Danial Zainal Abidin. Apa lagi buku rujukan saya tak beli buku itu yang saya bayar.( Buku rujukan yang saya nak tak ada sebenarnya). Saya mula menghadami buku itu. Minda saya sedikit terketuk membacanya. Walaupun tak habis lagi tapi banyak yang saya dapat dari buku itu antaranya:

1. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling pandai membaca Quran, paling bertaqwa kepada ALLAH, paling bersungguh-sungguh mengajak kepada makruf, paling bersungguh-sungguh mencegah kemungkaran dan yang paling suka menghubungkan silaturahim.

2.Golongan yang berjaya adalah golongan yang tidak melupakan peringatan ALLAH. ALLAH menyatakan dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud : Sesiapa yang berpaling daripada peringatanku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta.

3.Atara ciri-ciri penting dalam formula keunggulan yang dihayati oleh sahabat nabi saw ialah:
-Mengenali peta hidup dengan mendampingi Quran
-Memulakan perubahan dengan diri sendiri menuju taqwa
-Mengajak serta membantu orang lain kepada kebaikan.
-Berperanan mencegah kemungkaran
-Mementingkan hubungan baik sesama manusia berlandaskan kebenaran.

InsyaAllah mati dan hidup saya untuk Allah. Kadangkala kita sibuk nak jaga hati manusia dan lupa peringatan ALLAH. Menjaga hati manusia yang juga setaraf hamba sehingga menabrak perintah ALLAH. Bukan bermaksud hubungan sesama manusia itu tak perlu dijaga tetapi jangan sampai hubungan dengan manusia itu lebih kita agung hingga melanggar perintah ALLAH. InsyaAllah ini ingatan buat diri saya sendiri serta kalian yang membacanya. Moga kita jadi hambaNya yang benar-benar taat. Ameen.

Haziq kesayangan saya.

Dia buah hati saya, kesayangan saya, si comel saya. Dia dah 8 bulan hari ini. Gigi ada 4 batang. 2 atas 2 bawah. Dia tak pandai merangkak tapi dah berjalan lebih dari dua langkah. Mulutnya sentiasa bising. Pandai memanggil mak..mak ..mak. Jenuh saya ajar dia cakap uda…uda..uda, agar dia dapat panggil saya mak uda. Haziq..Haziq kaulah ratu hati mak uda. Sayang Haziq . Muaaah!

Madah cinta Yalin
Cinta bukan hanya lafaz perlu iringan keikhlasan hati bersulam perbuatan. Cinta ibarat iman mengaku dengan lidah, membenar dengan hati disulami dengan amal. Maka cinta itu perlu iman agar sesekali tidak mengundang murka Khalidnya.

Catatan insanYalin
17 januari 2005 bersamaan 17 Zulhijjah 1426

Sunday, January 15, 2006

Tanpa Tajuk

Ayah Ibu kaulah Segalanya..

Saya terima SMS dari teman rapat saya. Dia minta saya mengajak ibu saya menonton cereka Pondok Buruk di Tv satu. Saya tak berkesempatan menyelami ceritanya dari awal. Saya hanya dapat menonton dalam 5 atau 8 minit sebelum cerita itu tamat. Ya Allah cerita itu bukan sahaja mampu membuat mutiara jernih meladungi tubir mata saya malah jatuh mendudu. Saya benar-benar tersentuh melihat watak ‘Pak Mat’ yang hanya menggunakan papan beroda untuk bergerak. Terusik hati saya bila melihat dia begitu gembira dengan daging yang dibelinya hasil titik peluhnya berkerja pada hari itu. Lama dia berjalan begitu tapi tak ada ke insan yang datang membantunya? Mustahil tak ada orang yang melalui jalan yang sama! Melihat situasi itu saya merasakan dunia ini benar-benar zalim dan kurang orang yang berhati mulia.Huhuhu saya sedih sangat-sangat ini!!! Mak ayah!! Lina sayang sayang sayang sayang sayang sayang kuasa berbilion-bilion mak dengan ayah! Janji akan jadi anak yang baik! Paling baik!! Ameen.

Dari Abdullah bin Amru bin Al Ash katanya:Rasulullah saw bersabda : Keredhaan Allah berdasarkan keredaan kedua ibu bapa .Dan Kemungkaran Tuhan juga berdasarkan kemurkaran kedua ibu bapa.(At-Tarmizi)

Daripada Anas ra Rasulullah saw bersabda : Siapa yang meredakan kedua orang tuanya maka sesungguhnya dia telah meredakan Tuhannya .Sesiapa yang memurkakan kedua orang tuanya maka sesungguhnya dia telah memurkakan Tuhannya (Ibnu Najjar)

Dia sahabatku..

Jumpa sahabat lama saya kat UPM dulu. Dia itu x-roommate saya. Dia citer pasal cintanya. Dulu cintanya pergi dua kali. Tapi kali ini dua cintanya datang pada masa yang sama. Kiranya serentaklah. Huhu pelik saya bila hubungan yang baru mencecah 9 hari boleh terbit cinta! Huhuhu ajaib sungguh! Dan yang paling menghairankan lelaki itu sanggup belikan no baru untuk kawan saya sekaligus top-up kan kredit buatnya. Saya tak respect lelaki yang top-upkan aweks dia. Sungguh!! Kalaulah saya jadi adik kepada L itu saya akan marah abang saya dan labelkan dia b*d*h sebab berkorban duit buat perempuan yang belum tentu jadi isterinya. Pernah juga seorang syabab offer nak top-upkan kredit untuk saya. Jawapan saya macam ayat kat atas itu. Andaikan saya ini adik dia. Saya pasti akan marah dia. Lagipun saya tak nak terhutang budi pada seseorang dan mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Sendiri fikirlah ek!


Kereta keluarga saya

Huhu kereta kancil milik keluarga saya yang saya usung kehulu hilir itu dah cacat. Hehe bukan cacat tapi sakit. Dah masuk bengkel dah! Eloklah dia demam sehari selepas saya demam. Mula-mula tuan dia deman pastu dia pula demam. Tiga hari pula itu dia kat sana. Rindu saya padanya. Mana tak rindu, langkah saya pastinya tersekat!! Tuisyen saya pastinya terbantut. Elok sangat bila satu pusat tuisyen kat Batu Gajah panggil saya mengajar esok kat pusat tuisyennya.Nampaknya esok saya kena naik bas.Huhu dah lama saya tak naik bas!! Tapi saya happy ada rezeki yang DIA kurniakan buat saya. Thank You ALLAH!!!

P/s:Huh kerosakkan pada kereta yang saya pandu itu kritikal. Habis melayang duit ayah saya sebab duit saya mana cukup nak bayar semua itu..huhuhu syukran ayah. Anakanda minta maaf lepas ini tak racing lagi.Sedar kancil tak mampu berlari sepantas kilat. Tapi kadangkala boleh ayah!! Huhuhu

Friday, January 06, 2006

bicaraku untukmu...

6 Januari 2006 bersamaan 6 Zulhijah 1426

Kerja adalah hobi! Itu yang saya titipkan dan cuba bisikan dalam diri. Kata-kata dari my sifu yang cuba saya sematkan menghalusi peribadi. Tak salah menjadikan kerja sebagai hobi, agar semangat untuk melakukan kerja itu sentiasa ada dan berkobar-kobar. Cayalah sifu sedikit kagum dengan prinsip hidupnya. So sebagai anak murid kena follow apa yang sifu buat. Tapi kalau sifu jiwang karat. Wajib tak usah ikut…huhuhu. Jangan marah sifu. Anak murid gurau ajer.
Huhu tugas sebagai guru kini bermula. Orang lain bercuti sabtu ahad, tapi bagi saya yang bergerak as tuition teacher dua hari inilah yang paling sibuk sekali. Dari pagi santak ke petang saya akan mengajar, mengajar dan terus mengajar. Hobilah katakan.Maka mesti dilakukan dengan senang hati dan penuh keikhlasan. Hidup Biar Ikhlas dan Berjasa. Coyok Cikgu Lina!! Cayok! Cayok!! Huhu saya rindu pada students saya di Henry Gurney, Batu Gajah. Bilalah dia orang nak panggil saya agaknya. Ke tahun ini depa dah tak ambil dah cikgu tambahan dari luar.Huhuhu. Cikgu rindu korang!!
Cikgu Yalina..Cikgu Yalina. Saya konfius bila parents pada student saya panggil saya Cikgu Yalina. Bila pula saya kenalkan diri saya Yalina. Huhu tergeletek rasa hati saya. Cikgu Yalina pun Yalinalah huhuhu. Asal ada Lina Lina itu sayalah itu. Kerja itu hobi Mak cik Lina ingat itu.

Buku saya bulan ini
1.Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran by Dr. Danial Zainal Abidin
2.Empayar Minda Muslim by Dr. Danial Zainal Abidin
3.Kit Kombat Islam untuk Remaja by Dr. Danial Zainal Abidin
4.Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden by Dr. Danial Zainal Abidin
5.Apa Perlunya Tuhan dan Agama by Shopuan Anuar Ahmad

Saya cuba habiskan buku-buku yang saya beli melalui pos di PTS. Moga saya dapat hadapkan dan kunyah apa yang nak disampaikan oleh penulis dalam buku-buku ini. Dan insyaAllah akan saya titipkan buat anak-anak murid saya.

SMS with Adik Amal
Amal: Akak cerpen akak itu memang best. Cerita itu sedih jalan cerita pun menarik.Cuma rasa cam tergantung ajer ending dia
Saya: Arif mati, namun cintanya segar dan mekar dalam diri Nurain. Bukankah organ mereka telah bersatu dan cinta mereka telah berpadu.
Amal:Memang betul tapi kalo tak silap saya Arif mengamanahkan untuk menerima adik kembarnya kan?
Saya:Tak mana bisa kasih bertukar ganti.Cinta teguh pada yang satu. Itu yang cuba dipertahankan oleh Nurain. Tapi andai bertemu jodoh dengar kembar Arif itu benjana Ilahi yang tidak dapat kita menabrak atau menolaknya.
Sepi. Lama pulak itu
Saya: Aik dah kehilangan kata-kata ke adik Amal.
Amal: Bukan kehilangan kata-kata tapi sudah kehabisan kredit. Ini nombor baru kalu terdesak.
Saya: Huhuhu gelak saya dalam hati.

Adik Amal. Saya suka dia. Dia selalu beri komen dan pandangan untuk setiap cerpen saya. Bila saya cakap yang cerpen kakaknya ini keluar dalam DAF DIS, ripuh dia mencari majalah itu. Hehehe Adik ..adik.

Oh ya Adik Mujahid aka Sis Has.. dia ini suka buat surprise kat saya. Heheh saya terima kad ucapan ‘buat yang diingati’ darinya. Adik oii lain kali tak payah susah-susah untuk akak. Tapi kad itu cantik sangat huhuhu. Syukran adik. Sis always lap u kay. Don’t worry.

Haziq saya dah pandai bertatih!! Dia pandai berjalan setapak dua pastu jatuh.. so cute. Yang best si comel dan bijak macam mak uda dia itu telah skip satu step! Dia tak pandai merangkak tapi dah pandai berdiri dan bertatih.. hehehe sukanya mak uda!! Nanti kita jalan kay.

Catatan dari saya yang berusaha menjadikan kerja itu satu HOBI!!!
InsanYalin atau Cikgu Yalina Uhuk !Uhuk! Uhuk!

Wednesday, January 04, 2006

KeSAYAnganku

Image hosted by Photobucket.com

Merekalah kesayanganku.

Wajah itu
Wajah yang menatap karenahku tanpa jemu
Wajah yang menyekolahkanku hingga berilmu
Wajah yang mendidikku menghalusi laku

Wajah itu
Tak pernah merungut padaku
Mengajarku dengan sabar
Menyuluh zulmat di dadaku
Dengan cahaya iman bersulam amal

Wajah itu
Tak jemu berdoa untukku
Mengharap sinar dalam hidupku
Mencurah selaut kasih buatku

Wajah itu
Terlukis pengorbanan yang besar
Untuk aku menghargai
Sepenuh jiwa ragaku

P/s: Merekalah permata hatiku. Dan akulah salah seorang dari 3 puteri dan 2 putera hasil cinta padu tanpa berbelah bagi ayahanda Yaacob bin Juwaher dengan bonda tersayang Nor Azian Omar.

oleh:InsanYalin

Apa-apa sajalah YALIn ini..

Nak Dengar cerita tak?

Kak Zan. Ingat lagi tak kak Zan yang saya jumpa di LIMA 05 tempoh hari. Dia hantar msg pada Saya: Akum Lina, Hi Athia..haha Lina jangan terkejuz akak dah beli majalah BLUES. Huhu teruja sungguh saya membacanya. Akak itu memang sporting habis siap dia suruh saya guna nama dia dan suaminya untuk next cerpen saya. Zan n Badrul. Huhuhu Ibu kepada 3 orang anak itu memang bergaya dan sungguh bergaya. Tak padan dengan usianya bahana dia nampak muda dari usia yang sebenar. Sempat juga saya korek rahsianya. Dia kata jangan putus amalkan minum air masak. InsyaAllah kak nanti saya buat. Saya ini dahlah suka minum air yang berperisa. Jenuh teguk air masak hari-hari nanti. Huhu yang kelakarnya siap dia kenenkan saya dengan staffnya yang bertugas dengannya di LIMA 05. WIRA. Hehehe WIRA angkasa terbersik nama itu di bibir saya bila pertama kali dengar namanya di LIMA 05. Takpalah kak, walau nama dia WIRA saya tak naklah dia jadi WIRA saya sebab saya hanya mencari putera katak… WIRA itu pada sudah saya terlampau gah untuk saya putri katak yang tiada rupa dan biasa-biasa ini huhuhu.

Hari Pertama sekolah
Adik Bongsu kesayangan saya bersekolah hari ini. Form one. Cepat benar masa berlalu tahu-tahu adik saya dah remaja rupanya. Dan yang paling tak best dia dah tinggi saya. Nampaknya gelaran ketot yang dipegangnya kini tak lama lagi akan beralih pada saya. Huhuhu. Eh, mana mungkin Kak Ngah saya lagi ketot. Kih Kih Kih. Zubir Zubir dah besar rupanya adik Kak Lin ini. Cayok adik! Moga jadi pelajar yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Tapi mampu ke dia macam itu andai kemalasan itu lebih diturutkan dari kerajinan. Ingat Zubir KERAJINAN DAPAT MEMBUKA SEGALA PINTU KESUKARAN! Ingat itu adik!!!! Cakap pasal dia, baru-baru ini dia komen pasal saya. Nak tahu apa katanya: Heranlah Kak Lin ini cerpen dia bukan best pun tapi keluar. Huhu poyo tak adik saya itu.

Mutiara Kata
Agaknya silap saya kut send mutiara kata ini pada sahabat-sahabat saya di samping titipan ucapan selamat tahun baru 2006.

CiNta bermula dEngan Mata Tumbuh di haTI dan BErakhir dEngan AirMatA tEtapi Sahabatan bErmula dEngan sEnyuman tumbuh dEngan KEsEfahaman Dan ia berakhir DEngan KEmatIAN.

Mutiara kata yang saya dapat dari Adik Umar than saya forwardkan buat sahabat-sahabat saya di samping ucapan tahun baru untuk mereka.. Pastu saya terima balasan dari Yamie.. dia menyangkal bahawa cinta itu perlu berakhir dengan kesedihan. Katanya lagi kalau tidak masakan ada perkahwinan dan Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan. Saya pun balas: Just nak buat perbandingan antara cinta manusia dan sahabat. Selalunya cinta manusia ini bila hadir benci terus lenyap. Tapi sahabat tetap subur insyaAllah hingga ke akhir hayat. Tak gitu Yamie? Pandai-pandai jer saya. Huhu

Catatan kenangan insanYalin sambil mengintai-intai adiknya nak pergi sekolah
Apa intai-intai nak hantar cepatlah.
Tak nak gi naik bas sekolah!!
Antara pukul 11.30 to 12.30 tghhari

Sunday, January 01, 2006

Monolog Yalin

Kenangan Silam

31/12/2005. Hari bersejarah buat sahabat saya Suzaihan Sulaiman. Aan. Saya panggil dia Aan dan dia panggil saya Lina. Today hari jadi dia yang ke 24. Selamat hari jadi sahabatku. Selamanya saya sayang awak. Huhu banyak kenangan bersamanya yang masih kukuh dalam ingatan. Kenangan zaman matrik kat KOLEJ TAJ COUNTRY RESORT yang terletak kat SUNGKAI itu. Pekan koboi yang tak ada apa-apa itu. Sekarang tak tahulah sama ada membangun ke tidak pekan itu. Tangjung 10. Hei korang ingat lagi Tangjung 10 itu. Aan, Zurin, Roppy, Liza, Emma, Azza, Nazirah, Ila, Ain, Su, Alin..huhuhu rindunya kat korang. Ingat tak kita masak nasi goreng, bubur tomyam, mentabak Maggie dan macam-macamlah guna rice cooker. Pastu ingat tak drama kita yang tak jadi di pentaskan di dewan apa entah namanya itu tapi kita pentaskan di jalan raya berhadapan dengan rumah kita Tanjung 10. Huhu ingat lagi tak siapa bapak Sudin yang korang buat misai tipu kat wajah cutenya. Kenangan yang paling mengembirakan. Ada juga kenangan duka bila persahabatan kita diduga dengan rintangan masalah. Salah seorang ahli rumah kita buat hal.. kita semua hadapinya dengan tabah. Dan saat itu kewibawaan Aan sebagai ketua terserlah. Cayalah Aan huhuhu. Dan segala yang berlalu menjadi kenangan terindah buat diri ini. Hei korang kata nak buat reunion tahun 2005 ini! Tapi sedar tak dah nak masuk 2006 ini! Huhuhu! Rindu bangat sih!!

Rezeki TUHAN
Rezeki kalau bukan untuk kita usaha macam mana pun tentu tak akan dapat jua. Tapi Allah itu maha pemurah. Setiap insan ada sahaja rezekinya.Maka perlu sabar dan berusaha. Cayok! Cayok! Mak Cik Lina.

Detik 12 MALAM
Tahun baru.2006 menerjah. Cepat benar masa berlalu. Entah apa sumbangan diri ini terhadap Islam. Huhuhu. Sedih pula rasanya. Tahun ini saya still sambung azam saya setiap tahun. Nak jadi anak solehah dan Hamba ALLAH yang paling taat. Nak jadi lebih rajin menulis dan nak jadi insan yang berguna pada Agama dan bangsa. Lagi satu nak buang tabiat saya yang suka merajuk. Huhu saya memang kuat merajuk tapi rajuk saya bersebab. Selalunya dekat rumah, mak saya jangan haraplah dia bujuk saya kalau saya merajuk. Hehe ayah juga yang baik!Kalo saya merajuk masa kecil-kecil dulu sampai besar ini dialah yang pujuk. Hehehe luv u ayah! Mak pun luv gak. Huhuhu.

SMS brutal!
Kawan: Selamat tahun baru, yang berlaku biarkan berlaku so kita buka buku baru.
Saya: Tahun baru saya satu Muharam.
Kawan: Oh saya yang bodoh. Selamat tahun baru kelendar orang putih!!
Saya: He he he (saya yang nakal)

RENUNGAN buat saya 2day
Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

Sesiapa yang menyangka ia akan mendapat syurga tanpa usaha, dia hanyalah berkhayal.Dan sesiapa yang menyangka dia akan mencapai syurga dgn hasil usahanya , dia sebenarnya seorang yang tidak mengingati Allah.
(Saidina Ali k.w).