I
Lukisan kanak-kanak sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi mereka dengan dunia luar mereka. Banyak maklumat yang boleh kita peroleh dari lukisan seorang kanak-kanak.
Sebagai contoh, dari lukisan mereka kita boleh melihat kesediaan mereka untuk belajar dan adakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru dalam bilik darjah.
Lukisan kanak-kanak yang dapat menyesuaikan diri biasanya mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Penggunaan warna yang pelbagai, cerah dan terang.
2. Penggunaan ruang yang maksimum pada kertas.
3. Gambaran keseluruhan lukisan ceria dan harmoni.
4. Melukis sambil mulut bercerita, bercakap, bertanya dan berkomunikasi dengan rakan
5. Banyak objek yang dilukis.
Semasa melukis beri tumpuan kepada murid yang lukisannya punyai ciri-ciri berikut :
1. Banyak menggunakan warna hitam.
2. Lukisan bersaiz kecil dan tertumpu pada kawasan kecil pada kertas.
3. Sangat pasif ketika mewarna, lambat dan kelihatan teragak-agak.
4. Ada tema destructive seperti watak orang dengan wajah sedih atau menangis, haiwan mati atau barang yang rosak.
Dengan kanak-kanak yang lukisannya sebegini banyakkan berbual dengan mereka, beri hadiah kecil seperti pencil atau pemadam atau kenalkan rakan baru kepada mereka untuk duduk sama dan mewarna. Ini untuk membantu mereka rasa lebih 'safe and secure' ketika berada dalam bilik darjah.
Lukisan kanak-kanak sememangnya punyai seribu makna. Belajar meneroka makna tersebut.
II
Melihat gambar sahaja sudah membayangkan penderitaan yang dialami kanak-kanak ini. Maaf jika tuan-tuan dan puan-puan kurang selesa jika saya terlalu kerap menulis tentang topik ini. Atas dasar keperluan saya berkongsi supaya kita tidak menyesal dikemudian hari.
Ini adalah antara koleksi lukisan yang disimpan oleh Prof Dr Frida Brigg. Lukisan-lukisan inilah yang membantu beliau mengesan penderaan seksual yang berlaku ke atas kanak-kanak ini. Salah satu lukisan ini, dilukis oleh seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di dinding sekolahnya. Seorang kanak-kanak yang sangat manja dan begitu mudah menempel dengan gurunya. Melintasi lukisan di dinding tersebut sudah cukup membuatkan si Profesor ini gelisah. Tidak lama kemudian, kegelisahan beliau ternyata berasas apabila siasatan mendapati kanak-kanak itu sudah beberapa tahun didera secara seksual olah abangnya. sendiri.
Rakan-rakan yang budiman,
Ada dua keadaan lukisan yang selalu dilukis oleh kanak-kanak yang menunjukkan mereka menjadi mangsa kepada penderaan seksual.
1. Symbol of Armless bila melukis dirinya sendiri
2. Symbol of third arm bila melukis pelaku
Ya, kanak-kanak yang menjadi mangsa sering selalunya akan melukis diri mereka tanpa tangan. Mungkin menggambarkan ketidakupayaan mereka untuk melawan dan ketidakupayaan mereka untuk berbuat apa-apa bila dizalimi sedemikian.
Dan bila melukis pelaku pula, kanak-kanak kebiasaannya akan melukis third arm yang sebenarnya kemaluan si pelaku. Kanak-kanak ini selalunya menggunakan istilah seperti worm, stick dan sebagainya untuk menggantikan nama alat sulit pelaku.
III
Apa yang kita boleh tahu dari sekeping lukisan?
Lukisan yang saya lampirkan di bawah adalah lukisan yang dilukis oleh seorang kanak-kanak berumur 12 tahun.
Percaya atau tidak, dari lukisan tersebut, ada simbol yang menunjukkan beberapa perkara.
1. Ibubapa yang asyik marah dan memukul
2. Suasana rumah yang tegang dan tegas
3. Cubaan melalukukan sesuatu yang tidak baik.
4. Sikap dingin terhadap keluarga
5. Keseorangan
Dalam sesi bengkel nanti kita akan lihat sama-sama apakah simbol tersebut dan bagaimana untuk mengesahkan maksud sesuatu simbol.
Ini bukan ilmu telek atau ahli nujum. Ini ilmu sains di bawah bidang psikologi yang menggunakan kaedah projektif.
Berminat menyertainya, sila tekan link tersebut.. Perkara baik kita kongsi bersama-sama.
#hidupbiarikhlasdanberjasa
No comments:
Post a Comment