Bermula perjumpaan dari pukul 9.30 sehingga 11 malam. Haha tak sedar masa berlalu. PLC tentang keluarga dan kehidupan. Bagaimana menguruskan anak disamping kewajipan PDPR dan lain lain. Indah benar jika ukhwah kerana Allah, bukan kepentingan dunia semata atau ada agenda tersirat Ukhwah itu akan tahan lebih lama. Bila jauh akan merindu, bila dekat akan bahagia.
Persahabatan harus disaluti dengan rasa percaya.Andai anda bersahabat lebih lama dengan saya kemudian hadirnya sahabat kedua dan ketiga yang datang dan anda tidak mempercayai saya maka itu adalah kesakitan. Bila bersahabat sepatutnya tiada rasa cemburu jika bersama-sama. Rasa cemburu adalah tidak baik. Cemburu akan mengundang hasutan syaitan untuk anda menjatuhkan sahabat anda agar anda dapat dekat dengan sasaran anda (sahabat yang lain).
Jika bersahabat, jika ada yang memburukan sahabat yang lain. Itu bukan sahabat namanya. Di depan lain di belakang lain juga bukan namanya sahabat. Kita boleh nilai sahabat yang tulus dan sahabat yang benar-benar ingin bersahabat dengan kita atau ada agenda yang tersembunyi. Itulah dunia. Tiada yang mustahil dalam dunia yang penuh tipu daya.
Bagi menyedapkan hati, ingatlah setiap yang berlaku disebabkan ketentuan Allah. Segala yang terjadi tidak akan terjadi tanpa izinNya. Bila kita disakiti, ada musibah yang datang, rupanya Allah nak tegur kita. Allah nak ingatkan kita. Allah sangat sayang kita. Ingat kita merancang dalam merealisasikan cita-cita. Allah merancang dalam cintaNya yang maha luas buat kita.
Walau ada persahabatan kita yang tewas, ada lagi persahabatan yang indah. Ada lagi persahabatn yang jujur yang akan membuat hatimu bahagia. Sahabat di alam persekolahan, sahabat sekolah menengah, sahabat matrik, sahabat semasa di universiti, sahabat semasa anda berjumpa dalam satu aktiviti perguruan, dan lain lain. Alangkah indahnya persahabatan itu. Menjalin persahabatan ibarat mengarang dan mencipta sebuah buku. Memusnahkan persahabatan itu seolah olah seperti kita membakar lembaran buku itu tanpa perlu bersusah payah. Lebih susah membina dari menghancurkan bukan.
Tapi alhamdulillah dikelilingi sahabat sahabat yang baik. Terima kasih Allah. Akan ku pegang persahabatan ini sehabis baik. Membina ukhwah atas kecintaanku padaMu, Allah.
#sayasygAllah
#sayasygkeluargasy
#setiapkejadianadahikmah
#husnuzon
#bahagiakitaygcipta
No comments:
Post a Comment