Sunday, November 27, 2005

Tinta Keinsafan

Kenapa kita perlu beragama?

Zaman kegelapan di Eropah berlaku bila penduduknya patuh bersungguh dengan kuasa gereja. Namun kegemilangan sinar islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw berjaya menabrak kezulmatan itu lalu mengantikannya dengan nur yang berupaya menyuluh zaman itu beralih dari gelap menuju zaman Renaissance. Ini diakui sendiri oleh Marquis of Dufferin and Ava dalam bukunya Speeches. 'Eropah terhutang budi kepada sains Islam, seni Islam dan sastera Islam kerana faktor-faktor inilah yang menyebabkan ia akhirnya keluar dari kegelapan Zaman Pertengahan.'

Di Zaman Gelap ini Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak.Walau bagaimanapun institusi ini terlalu memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja.Maka disitu wujud kepincangan maka gereja sering dianggap mengonkong kehidupan masyarakat Eropah.

Berbanding dengan Islam.Islam adalah cara hidup!! Meminggirkannya seolah kita mencari nahas dalam hidup kita. Islam tidak memisahkan antara dunia dan akhirat. Islam menyarankan umatnya maju dunia akhirat. Cuma kita yang masih tak sedar dan alpa. Lihatlah apa yang berlaku di dunia sekarang apabila islam dipinggirkan dalam kehidupan. Akhlak tercabut, malu hilang, pelbagai maksiat dan kucar kacir yang timbul. Terbaru seorang anak memukul ibunya sampai mati dan membelasah ayahnya dengan parah hanya kerana ditegur agar memperlahankan bunyi tv!

P/s: Eropah pincang bila patuh pada gereja tapi kita akan hancur bila meminggirkan islam dan menganggap temeh dengan kalam dan janji-janji ALLAH. Sesungguhnya hidupku dan matiku adalah untuk ALLAH. Ameen.

Sentuhan Tinta keinsafan insanYalin

Saturday, November 26, 2005

Perjuangan

Apakah kau tahu maksud perjuangan?

Kau kata kau ingin berjuang ,
Untuk apa perjuangan ini?
Untuk siapa perjuangan ini?

Kau ingin berjuang,
Tapi tak sanggup hadapi ujian ,
Kau ingin berjuang,
Tapi tetap mahu bersenang,
Kau ingin berjuang ,
Tapi tak sanggup hadapi cabaran.

Kau ingin berjuang ,
Tapi masih mahu berbalah,
Kau ingin berjuang,
Tapi cinta pada pepecahan yang dijana,
Kau ingin berjihat,
Tapi masih terjerat,
Kau ingin mati syahid,
Tapi tak ikhlas dalam melaksana.

Perjuangan ! Perjuangan !
Sering kau laungan,
Tanpa seiring dengan niat,
Tanpa disulami keikhlasan.
Islam itu hebat!
Sering kau lontarkan,
Tapi kena dirimu kian merosot.
Adakah kau tahu apa itu perjuangan?
Jangan hanya tahu menutur tanpa memperhalusi,
Menutur tanpa mengotakan.

Perjuangan itu adalah kepedihan,
Kesengsaraan rentetan kebenaran,
Kerana kebenaran itu pahit walaupun ia benar,
Perjuangan itu pergorbanan,
Menolak kesenangan,
Mengamit penderitaan,
Perjuangan itu derita,
Menegakkan yang hak, menolak kebatilan.

Untuk apa perjuangan, kalau diri sendiri tak terbela,
Untuk apa perjuangan sedangkan dalam hati takut kesempitan,
Untuk apa perjuangan kalau masih kaku dalam mentaati ajaranNya,
Untuk apa perjuangan sedangkan ada maksud di sebaliknya,
Untuk apa perjuangan andai diri dan jiwa masih dikotori dosa.
Untuk apa perjungan seandainya dunia yang kau hajati,
Ingatlah org yang jahat itu menggunakan dunia untuk dunia ,
Tapi orang yang paling jahat ,
Ialah orang yang menggunakan akhirat untuk dunia.

Nay 03, Perak tercinta 29/9/03.
p/s Terlupa saya dengan perjuangan saya. :-(

Orang yang pandai ialah orang yang mahu menyiasat nafsunya dan beramal untuk bekal kehidupan sesudah mati. Dan orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (Dengan angan-angan kosong).
Ws.

Apa yang saya MEREPEK ini!!

Petua Nenek2000( Kenapa 2000 tapi tak 2005? Jangan TANYA!!!)
Cara nak menghindari/tolak cinta dari insan yang masih belum lagi kita pastikan kesungguhan dan kejujurannya melangkaui nilai infiniti!!

1.Bagi dia takut dengan kita! Caranya biar kita yang berlebih-lebihan dalam semua perkara dari dia.(Di tegaskan perkara-perkara yang melanggar serta menganggu gugat kesucian islam dilarang melakukannya sama sekali!!!!) Tentu dia takut pastu mesti dia cabut! Kih Kih Kih. Contohnya korang sms dia sampai dia tak larat nak layan. Natijahnya kredit korang akan habis!!

2.Ikut angin kita. Sama ada nak balas balik sms dia atau sepi ajer. Andai dia tanya kredit awak habis ke semalam? (Poyo punya soalan) Jawablah adakah wajib untuk saya membalas msg awak? Kalau saya tak nak tak boleh ke? (walaupun waktu itu memang kredit awak kering pun hehehe)

3.Nampakkan semua keburukan kita padanya. Jangan sesekali ceritakan tentang kebaikan diri anda. Setiap orang inginkan insan yang sempurna jadi pasangannya (walhal dia bukan sempurna mana pun!). Maka secara mudahnya dia akan reject anda bila banyak sangat buruk dari baik. Tapi kena berhati-hati sebab mendedah kelemahan diri pada musuh seolah-olah memberi senjata padanya untuk menikam kita kelak. So watch up!!

4.Korang ikutlah petua ini. Kalau tak menjadi jangan marah ya. Petua bukan untuk mencari cinta tapi tolak cinta kih kih kih. Bukan dari orang yang pakar tapi sekadar ingin menjadi dr.cinta almaklumlah nak jadi doktor real pointer tak cukup 4 masa matrik dulu! Kekeke.

Wei korang!! Yang no satu itu jangan lakukan. Buat membazir duit korang ajer. Bukankah membazir itu amalan syaitan. No 2 itu okaylah kalau nak ikut! No tiga itu jangan sesekali buat!! Tak bijak namanya kekeke. Sebenarnya apa yang patut korang buat ialah buat bodoh jer!! Jangan layan nanti dia give uplah!! Sifu betul tak buat bodoh jer!!

CINTA ALLAH ITU lebih sesuai kau jejaki sebelum sibuk mencari cinta manusia yang pastinya tidak kekal itu...Adios..
Budak yang suka merepek..AKULAH itu...

Friday, November 25, 2005

Dugaan dan Kebahagiaan

Dugaan
Beg duit saya hilang. Semua orang marah saya sebab cuai. Saya pun tak tahu cicir kat mana. Ic, lessen memandu, kad bank, duit, gambar adik Mujahid, kad komik saya (untuk dapat diskaun beli komik hehehe) , duit seringgit berbentuk love pemberian adik saya Zubir, dan entah apa lagi khazanah yang terdapat di dalam beg duit saya telah lesap!! Maka orang yang paling pokai sekarang ini ialah saya! Hehehe!! Sabarjelah, isbir kata arabnya. Kak ngah kata siapa suruh cuai sendiri salah. Ayah geleng kepala. Mak bising bangat sih!! Kak long buat tak reti tapi, saya tahu dia juga pelik dengan saya yang kuat pelupa ini. Ahaks!! Nak buat cam mana memang sendiri salah. Kih kih kih.

Kebahagiaan.
Saya gembira bertemu dengan sahabat maya saya. Adik Simple_Shida. Bagaikan tak percaya apabila dia menjejak kaki ke rumah saya bersama adiknya yang cute. Persahabatan di alam maya yang dipanjangkan ke alam nyata. Saya benar-benar gembira bersua dengannya. Adik Shida syukran sebab sudi datang ke rumah akak. Moga ini bukan pertemuan yang terakhir. Moga adalah untuk kesekian kalinya.

Jom layan nasyid jap!!
Sesekali kita perlu derita,
Sesekali kita perlu kecewa,
Untuk kita mengenali erti bahagia,
Untuk kita mengenali erti berjaya.

Sesekali kita perlu menangis,
Sesekali kita perlu terhiris,
Untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi,
Untuk kita mengenali diri sendiri.

Ujian yang datang menguji kesabaran,
Mengukur keimanan dan ketakwaan,
Sebagai hamba kepada Tuhan ,
Kita harus bertahan.

Jalan ke syurga penuh dengan likuannya,
Penuh dugaan dan rintangannya,
Hanya yang cekal dan yang tabah ,
Pastikan menemuinya.

Ujian yang datang menguji kesabaran,
Mengukur keimanan dan ketakwaan,
Sebagai hamba kepada tuhan ,
Kita harus bertahan.

Masihkah lagi mahu menghitung sedikit mehnah-Nya,
Jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmat-Nya,
Seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada,
itulah tanda kasih sayang Tuhan kerana kita sering terlupa,
oh dan doa kepada Tuhan agar peroleh keredhaan.

Lagu nasyid kumpulan Wildan kalau tak silap hamba..

Saturday, November 19, 2005

Penduga iman persahabatan!!

Satu
Ya dalam persahabatan kita sering diuji bagi menilai kejujuran, keikhlasan dan keutuhan ikatan kasih sayang yang terbina. Saya bersyukur dengan hadirnya seekor dinasour merah yang cuba menganggu gugat iman persahabatan antara saya dengan adik Mujahid. Alhamdulillah walaupun pada awalnya saya hampir terpedaya dan hampir percaya. Berkat nasihat seorang abang dan kasih seorang adik akhirnya kami dapat mengalahkan dinasour merah yang kononnya membawa selaut cinta dan kasih sayang. Dengan menggunakan lazer iman persahabatan serta pancaran kejujuran bersalut kasih sayang, saya dan adik Mujahid dengan aksi ala-ala Naruto berjaya menjatuhkan dinasour merah itu dengan perancangan teliti seorang abang yang cute macam Nobita menurut kata adik mujahid. (Part Nobita ini saya tak campur kih kih kih)

Dua
Saya gembira menghadiri majlis bersejarah buat sahabat saya Rabiatul Adawiyah dengan pasangannya Mohd Shahrizan. Tersangat gembira berjumpa semula dengan ahli-ahli jemaah saya sewaktu di UPM dulu, budak-budak KBMUPM yang sangat-sangat saya rindui. Mirah, Wani, Nini, Adik Cda, Adik Haris, dan dua orang lagi adik yang saya terlupa namanya.(Sorry ya adik berdua Kak Lina ini nyanyok sikit), bersama 3 brother KBM iaitu Brother Borhan dan dua lagi brother yang saya tak ingat namanya tapi ingat rupanya. Hampir dua tahun saya tak jumpa mereka. Rindu sangat dengan adik Cda. Ingat lagi sewaktu di UPM selalu jumpa adik ini study dekat library. Bila penat belajar saya akan ajak dia pergi makan apam balik yang dijual berhampiran dengan DN. Ya Allah, tak dapat saya gambarkan perasaan saya saat itu! Sebab persahabatan ini juga diuji dengan jarak dan waktu. Yang pasti biar jauh di mata tapi insyaAllah mereka tetap di hati saya. Sayang adik Cda!! Adik Mujahid jangan jelous ya! Kekeke.

Tiga
Seperti biasa buat sifu saya. Syukran. Bahana saya perempuan afal dan tindakan saya lebih dipandu emosi. Nasib baik sifu sering ada mengimbangi emosi saya dengan ciptaan lebihan akalnya. Saya bersyukur pada ALLAH sebab menemukan saya dengan sifu. Itu sebab bila saya ada masalah ajer orang pertama yang saya ingat ialah sifu! Mugkin sebab saya sering bertanya ttg karya hingga terbawa-bawa ttg masalah saya. Syukran sifu!!

Kerana Cinta Kepada ALLAH Kerana Ukhwah Kita bersama
Hidup Biar Ikhlas dan Berjasa
Budak Brutal in Iman@ Nay
5.01 pm

Friday, November 18, 2005

Banyak betul benda nak buat!! Ops, Kerja itu hobi!!!

Salam 16 Syawal

1.Apa lagi menulis,mengajar, menulis, mengajar, menulis dan mengajar.
Menulis sebagai hobi yang tak pernah surut dalam diri manakala mengajar sudah memang kewajipan saya sebagai cikgu tuisyen yang bergerak sepenuh masa. Tiba-tiba rindu pula pada pelajar-pelajar saya di HG. Yang pasti mereka semua sedang bertarung dengan kertas soalan SPM. Moga Allah permudahkan mereka untuk menjawab soalan. Moga kalian dapat menjawab soalan dengan baik. Ameen.

2.Selasa lalu sibuk buat risalah dan edarkan, la ini sibuk tunggu panggilan pelanggan ttg home tuisyen pula. Minta-minta adalah rezeki pastu kena susun jadual untuk mudah gerak nanti. Dulu lakukan dengan Cik Nany sekarang dengan Cik Fatimah pula sebabnya Cik Nany dah nak tukar jadi Puan Nany bulan 12 ini. Dia nak tumpukan pada banyak perkara dari buat tuisyen ini.Kekeke.

3.Teruja membaca kejayaan teman di e.sastera yang menang dalam pertandingan menulis cerpen dan puisi. Tahniah buat Salha. Kejayaannya sedikit menaikkan semangat saya. Teringin nak masuk pertandingan menulis cerpen tapi bila mengenangkan penulisan saya masih lagi ditakuk lama, masih lagi kurang taringnya, masih banyak lagi benda yang saya tak tahu , ia sedikit melumpuhkan semangat saya. Tapi tak apa! Saya tak kira tahun ini saya nak cuba juga masuk pertandingan cerpen atau puisi!! Tak kira nak cuba jugak!!! Macam mana sifu restu tak anak murid nak masuk pertandingan ini? Hehehe…cuba jelah ek sifu!!

4.Saya nak betulkan balik novel mini saya yang hancur itu. Nak tukar balik kata-kata yang sekeras papan itu menjadi bicara sutera yang halus buatannya. Biar berseni. Biar memikat hati saya sebagai pembaca. Orang lain saya tak kisah!! Hehehehe

5.Saya mula rindu pada sahabat saya di U dulu. Mardiah, Fiza dok dang, Cik Tim, Emma, Lizard, cucu, Aminah, adik Cda dan semuanyalah!! Dee, Dok dang dan Tenperten memang sahabat yang baik! Bukan sahaja banyak persamaan tika di U tapi sampai la ini sebab masing-masing single lagi. kekekek. Bila tanya Dok dang bila nak kawen ? Dok dang kata tunggu Tenperten sebab takut langkah bentul. Kihkihkih. Bila tanya Tenperten bila nak kawen? Tenperten kata tunggu Dee dulu..heeheheh.. Bila tanya Dee pula? Dee balas aku ini memang beku dan kaku dalam semua ini..ahaks!!

6.Malas nak layan perasaan sedih saya!! Bukan pasal cinta tapi pasal persahabatan maya saya. Pada saya persahabatan memerlukan kejujuran dan kesetian tapi yang saya dapat tahu sebaliknya. Saya pelik!! Memang pelik!! Manusia ini memang pelik-pelik kan? Ahaks!! Malas saya nak fikir, banyak lagi yang perlu saya buat. Review ttg buku pun saya tak buat lagi! Saya perlu bergerak pantas .Jangan biarkan sesuatu menguasai saya. Sebab saya adalah juara!! (sebab suka minum milo) kihkihkih . Adios.

Catatan malas insanYalin
18/11/2005 masa tak ingat!!

Monday, November 14, 2005

Pengalaman Juga Pengajaran Bersalut Peringatan!

Semalam 12 Syawal 1426 Hijrah, ada sesuatu yang berlaku dalam hidup saya. Perkara yang saya tidak jangka berlaku telah terjadi. Antara kepercayaan, kejujuran persahabatan dan mungkin juga sedikit rasa kasih sayang.Pengalaman yang tak best itu, sedikit sebanyak mengetuk minda saya. Bagai tumbukan padu yang mampu mencairkan otak saya yang tepu dan beku dalam semua hal.Saya belajar sesuatu yang bermakna dan amat berharga. Sungguh! Antaranya:

1.Setiap orang kena melalui pengalaman yang tak best dalam hidup baru lengkap satu kitar kehidupan itu. Kuang..kuang..kuang

2.Apa yang terbaik adalah apa yang kita buat buat sendiri, buruk baiknya kita yang tahu, kita yang tanggung. Orang lain walaupun sahabat sendiri tak mampu menyelami hati kita hingga ke dasar (sepenuhnyalah). Benar terlampau benar!

3.Jangan fikir sangat tentang orang lain sebab ada waktunya lebih baik kita fikir tentang diri kita sendiri.Kalau kita asyik menjaga hati orang, siapa nak jaga hati kita. Maka kitalah yang perlu jaga hati kita sendiri. Hehehe itu yang pastinya!

Syukran sifu!! Syukran sebab sering ada di kala ana buntu. Banyak yang ana belajar dari sifu. InsyaAllah ana akan kenang jasa sifu sepanjang hayat! Yang pasti wajah saya yang sedikit monyok beralih ceria. Hati saya yang sedikit gementar beralih tenang!! Wanita memang makhluk yang beremosi !! Sarat!! Kadangkala itulah saya!!

Salam syawal. InsyaAllah besok saya raya setelah berpuasa 6 . Yang pasti esok sinar Syawal pasti memayungi saya. Hidup mesti slamber + brutal tapi biar dalam iman!! Sifu! Syukran. (senyuman buat sifu! Nampak ke tak nampak ini? Heheheh)

InsanYalin
Cinta + perasaan + persahabatan itu memang pelik!

MANA DUIT RAYA UNTUK SAYA?

RM 5.00! Dalam usia 24 tahun ini ana masih mendapat duit raya. Sungguh terharu pada Mak Long yang memberi walau jenuh saya mengelak. Syukran Mak long !

Sampul duit berisi cicak saya terima dari adik bongsu saya Muhamad Zubir Yaacob. Dan saya menghadiahkan jeritan padanya! Adik yang nakal!! Nak kena belasah ini!!

Duit raya saya = RM5.00 + cicak mati

SiNaR SYAWAL 1426 Hijrah

Buat sahabatku disinar Syawal
10 Syawal 1426 Hijrah
AMINAH MAHMUD dan pasangannya JOHA MUHSIDI
P/s:Amin minta maaf sebab tak dapat hadir di hari bermakna buatmu. Bukan tak sudi tapi ada halangan nak pergi! Jangan lupa send gambar nanti.

17 Syawal 1426 Hijrah
RABIATUL ADAWIYAH dan pasangannya MOHD SHAHRIZAN
P/s:Biah insyaAllah tiada aral bertemu kita nanti di Ipoh, Perak.Doakan.

SELAMAT PENGANTIN BARU DARIKU BUAT KALIAN BERDUA
MOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT. AKANKU DOAKAN KEBAHAGIAN BUAT KALIAN. AMEEN

P/s:Putri Katak Nay lelah mencari Putra Kataknya. Kena minta tolong JP carikan kat bendang ini! atau adik MUJAHID mengayatkan serta BRAD menilaikan. Kekeke

Ya Allah...
sesungguhnya aku mengharapkan cintaMu...
dan cinta seseorang yang mencintaiMu....
aku memohon amal perbuatan yang dapat membawaku kepada cinta
kasihMu...
jadikanlah cinta terhadap Engkau itu lebih aku cintai dari diriku
sendiri, dari
keluargaku dan dari air yang sejuk....