Friday, September 30, 2011

Alhamdulillah..

PEPERIKSAAN

Alhamdulillah semua markah percubaan SPM telah selesai dimasukkan ke dalam data SAPS_KPM. Kerja menanda telah selesai.. Kini masa untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan pelajar yg cemerlang agar terus gemilang, pelajar yang gagal agar tiada istilah putus asa di dalam diri mereka dan terus maju berusaha..

Berusahalah, kejayaan itu menuntut pengorbanan. Kegagalan menuntut sedikit kemanisan dan kesudahannya pahit dan lantung.

Moga ada kesedaran di hati-hati kalian..


KEHIDUPAN

Bahagia menjadi seorang isteri tidak sama dengan bahagia menjadi seorang kekasih pada lelaki yg bukan mahramnya. Bahagia seorang isteri kerana disitu letaknya syurga di atas segala keredhaan suaminya sebaliknya di atas keredhaan seorang kekasih di situ terhimpunnya dosa.

Di hati seorang isteri akan ada ketenangan yang tak terungkap. Di hati seorang kekasih ada cemburu yang meracuni fikiran dan memamah rapuh kewarasan. Maka baiklah menjadi seorang isteri yang sah dari menjadi kekasih yang hanya merosak keimanan, menidakkan kebaikan dan menidakkan kewujudan pahala dan dosa.

Di hati seorang isteri juga ada kerinduan cinta dan sayang yang tak terucap buat suaminya... dan di hati seorang ummi pula ada satu rasa halus sufi yang menjalar di seluruh pelusuk rasa, ada nur kasih yang mengisi setiap sudut hati, ada iman cinta yang tak mungkin berpaling..

Thursday, September 29, 2011

Belajar Cara Membuat Blog Di SMK Smpang

Hari ini, panitia kimia daerah LMS ada membuat bengkel cara membuat blog.. bagus sangat buat orang yang ada blog tapi sudah jarang menggunakannya...

kembali bersemangat untuk berblog... berusaha cikgu Yalin....